Kami tiba di Sabah pada petang Christmas 2014. Seperti biasa mulalah nak lepaskan mengidam nak mencari jus avocado pada malam Hari Natal tersebut. Ingat nak pergi port tukang kebun biasa pergi. Tapi Tuan Tanah ajak ke Tanjung Aru lepak minum jus. Anak-anak layan je sebab tempat ni banyak kenangan Tuan Tanah dan Big Boss berdating zaman dulu kala.
Selain dari melepaskan mengidam minum jus avocado ialah makan mempelam potong muda. Tak tahu kenapa tukang kebun rasa mempelam muda potong di Sabah ni rasa lain dari Semenanjung Malaysia. Jadi bila balik ke Sabah mesti asyik pulun makan mangga muda (ambil gambar dalam plastik nak habis dah). Seperti biasa Big Boss mesti tanya tukang kebun ni tengah pregnant lagi ke. Tak delah mempelam muda ni biasalah benda mesti makan macam mencari nasi. Nasib baik di Tanjung Aru pun adalah syurga untuk orang yang suka makan benda-benda masam macam jeruk juga pelbagai pilihan.
Yang ingin bersantai-santai di Tanjung Aru sambil snacking banyak pilihan yang ada seperti kacang tanah rebus dan jagung rebus. Tapi kacang tanah rebus yang dibuat sendiri beli kacang tanah segar di Tamu sebenarnya lebih sedaplah.
Sate dan kepak ayam panggang pun ada untuk yang nak isi perut lebih sedikit.
Di persisiran pantai pun tidak menjadi gelap pada waktu malam bercahaya-cahaya ada gerai-gerai kecil menjual alat permainan. Nenek Ilhan kata wah Ilhan kalau ada mama dia tak berani nak buka mulut nak minta. Kalau jalan dengan nenek atuk kalau tak dapat muka pandang atas macam nak sampai ke langit tengok. Ilhan bermanja lama dengan atuk nenek cuti sekolah panjang ni lama sejak awal bulan ikut atuk balik.
Sebelum bertolak ke Sabah terdapat pelbagai bunga baru je nak mula musim bunganya seperti French Marigold. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang.
~ French Marigold Marietta ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
Musim bunga Mexican Sunflower Red Torch juga sedang meriah berbunga.~ Red Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (Tithonia rotundifloria).
Cepat betul rasa tahun 2014 berlalu. Esok dah masuk tahun baru 2015.
Apakah azam baru atau projek baru di kebun gardeners lain tahun depan?
Jika pembaca blog Kebun Bahagia Bersama membaca posting ini di sebelah pagi hari ini, kebarangkalian tukang kebun sedang bahagia di Tamu Tamparuli ya.
6 ulasan:
Amboi masih meneruskan makan angin lagi ye. Kakak tengok fresh fruits tu ngences tau dik hihi...
Bunga yg mekar lagi aduhai cantiknya:)
bestnya kakak balik sabah ye hehehe...rindu pula nak p ke Tanjung aru tu, kakak ada singgah ke kawasan air pancut tu? Julie sefamily asal balik sabah je mesti singgah sana, tengok air hehe...rindu kampung :)
Foto k Mar kat Sabah beberapa tahun lepas masih tak upload lagi... entah bila dapat ke sana semula...
tanjung aru disabah
tanjung lumpur di kuantan
sesekali rasa makan digerai boleh jugak tapi jangan jadikan amalan
jafmy
projek penuhkan tanaman makanan di Petak Hijau :)
Salam Bahagia KakZakie,
Masih duduk bermanja dengan mak lagi ni. Tapi cuaca kadangkala hujan ribut tak dapat sangatlah nak berjalan-jalan.
Salam Bahagia Julie.
Kami sampai dah malam ramai betul orang duduk berjalan-jalan di Tanjung Aru pada malam Krismas Julie. Tak perasan pula ada air pancut hehehe...sibuk dengan nak lepaskan mengidam makan pelbagai.
Salam Bahagia Kak Mar.
InsyaAllah ada rezeki sampai ke sini Kak Mar. Bolehlah jenguk kampung kami di sini nanti. Big Boss dan Tuan Tanah tengah kumpul budget nak perbaiki rumah di kampung lama. Rumah baru pula pun tengah tunggu masa nak tambahkan bilik dan luaskan dapur. Tukang kebun punya bilik tak de lagi di rumah baru duduk menumpang rasmi dulu bilik-bilik adik perempuan. Barang pun masih banyak tak keluar dari kotak sejak pindah.
Salam Bahagia Jafmy.
Betul tu sekali sahaja kan makan di gerai. Bagus lagi masak sendiri lagi bersih dan sihat.
Salam Bahagia Awin.
Nanti nak juga datang lawat Petak Hijau lagi :).
Catat Ulasan