No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 20 Disember 2014

Tanam Asparagus Sweet Red Crown

  Pada hari Jumaat yang mulia semalam, tukang kebun tak sabar-sabar nak curi masa menanam 3 crown sweet red asparagus di atas raised bed bekas tangki air yang terletak berdekatan dengan pokok durian. Panggilan 'Crown' tu sebenarnya untuk set akar asparagus yang dah berakar banyak dan besar serta tak perlu tunggu lama untuk mula mendapatkan pucuk-pucuk muda yang poking out dari tanah untuk dituai. Biasanya untuk asparagus yang dah hampir matang atau dah matang biasanya dibekalkan dalam bentuk crown. Dalam bentuk anak pokok biasanya yang baru lahir jadi nak kenalah tunggu beberapa tahun atau bulan sebelum dapat dituai. Musim hujan inilah masa paling sesuai nak menanam asparagus crown.
  Nak tanam asparagus crown ini tak susah pun cuma elok akarnya itu kita spread out macam dalam gambar. Tanam dalam tanah lebih kuran 10~20cm deep.
 InsyaAllah tengok rezeki air hujan dan perubahan cuaca nanti keluarlah pucuk asparagus dari tanah. Tukang kebun rasa ramai tak faham bagaimana terjadinya pokok asparagus. Yang kita nak tuai ialah pucuk muda macam dalam gambar di bawah. Ibaratkanlah pokok asparagus ini macam buluh yang nak dituai ialah pucuk rebungnya yang muda. Begitulah asparagus yang nak dituai ialah pucuk muda, Biasanya pucuk muda ini cepat tinggi, kalau tak dituai cepat kekadang lebih 5 hari dah keras dan dah menjadi batang pokok yang tinggi sepertilah buloh. Seperti gambar di bawah yang batang berwarna coklat adalah batang dah tua boleh trim kasi kemas. Yang batang-batang hijau keras tu pun asalnya adalah pucuk muda dah tumbuh tinggi menjadikan ianya pokok asparagus. Prinsip nak tuai pucuk asparagus muda ini sama sahaja macam nak tuai pucuk rebung. Pucuk muda asparagus Mary Washington seperti dalam gambar di bawah berwarna hijau muda keputihan yang rasanya sangat manis.
 Gambar di bawah adalah pokok-pokok asparagus Mary Washington yang tumbuh dalam partial shade di raised bed sebelah yang setiap minggu memberikan pucuk baru untuk tukang kebun tuai. Sebab ramai kata supplylah dalam bentuk pokok, tak mudah nak supply dalam bentuk pokok dengan daunnya yang tinggi tu. Pucuk-pucuk baru akan keluar dari akarnya menjadi pokok baru disebabkan itu kebiasaannya dibekalkan dalam bentuk dormant crown. Kita bukan nak tuai pucuk asparagus dari pucuk atas batang pokok yang dah besar ini. Tapi pucuk asparagus yang akan keluar dari mata-mata tunas terletak atas crown asparagus macam gambar no. 1. Tambahan pula saiz set crown pun akarnya nak pakai pot besar. Dalam stock tukang kebun pun ada akar yang dah lebih 30cm panjang, mestilah diameter saiz pot juga nak kena besar dari itu. Inipun tukang kebun tengok yang dah lama ditanam ini ada siap akar-akarnya yang sesat tersembul keluar dari tanah sampai dah lebih 50cm panjangnya.
 Syukur Alhamdulillah 3 Sweet Red Asparagus crown dah selamat ditanam di dalam raised bed (1 metre square) di gambar bawah yang akhirnya tukang kebun kemaskan semalam. Hari ini nak sambung kemas di petak belakang nak tanam Jersey Giant asparagus crown pula bersama-sama dearest husband. Sweet Red Asparagus Crown tukang kebun dah tutup offer sebab yang ini rare dan pesanan dari Awin di Petak Hijau dan Cikgu Z di SriKota Garden sudah selamat dipos semalam.
 Yang masih terbuka ialah Mary Washington Asparagus Crown (RM75) dan very limited Jersey Giant (RM90). Yang jenis asparagus crown ini saiznya lebih besar dari Sweet Red Asparagus crown menandakan saiz pucuk asparagus yang akan keluar adalah lebih besar dan banyak dalam satu musim. Penerimaan pesanan terakhir untuk Asparagus Crown ialah 24hb Disember 2014.

Related posting klik here.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pun baru ubah akar asparagus
ke tempat baru yang seronok nya baru 2 hari dah keluar tunas (kalau buluh dipanggil rebung)

patut pun mahal akarnya tapi memang senang dapat hasilnya.

jafmy

Bunda_nora berkata...

Assalam...
Ada teknik dia yer...barulah menjadi segar...bunda bab2 ni memang faillah...

Bestnyer bertanam asparagus sendiri..

imm berkata...

ooo asaparagus pun boleh tanam kat sini ekk..?
hihih banyak betul ilmu baru yg imm dpt dlm blog akak ni..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jafmy.

Kalau tanam dari crown memang super express berbanding dengan biji benih. Biji benih nak kena tunggu lama sikit. Sebab tu akarnya yang boleh keluarkan hasil super express harga boleh tahan. 1 sayur asparagus pack pun boleh tahan harga jual di pasaraya.

Salam Bahagia Bunda,

Memang cukup seronok tanam asparagus bila dah mula dapat tuai dengan kerapnya.

Salam Bahagia Imm,

Asparagus boleh tanam dekat tanah rendah Malaysia. Tak susah jaga.

Red orchid berkata...

Saya berminat untuk membeli dan Cuba menanam asparagus tp bagaimana saya hendak membeli benih asparagus tersebut

Red orchid berkata...

Bagaimana saya boleh dapatkan benih asparagus ini?

Red orchid berkata...

Saya berminat untuk membeli dan Cuba menanam asparagus tp bagaimana saya hendak membeli benih asparagus tersebut

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Red Orchid.

Stok asparagus crown tiada sekarang.
Mungkin jika ada rezeki dalam hujung tahun akan kami umumkan di blog posting Kebun Bahagia Bersama.

Tanpa Nama berkata...

Berminat jugak if ada bgtau yer