Minggu lepas sudah bermula musim bunga Cosmos Red Dazzler (Cosmos bipinnatus) 2nd batch semaian untuk penghujung tahun 2014. Itupun banyak sambil membesar anak-anak pokok cosmos red dazzler tersebut kena 'hit and run' oleh si Tigger yang juga sedang membesar. Dengan cuaca bulan Disember memang lepas dipindahkan tak pernah disiram bergantung kepada rezeki air hujan. Nasib baik pertumbuhannya lebih pantas dari rumput yang mengelilinginya (sejak dipindahkan tak done nak weeding cover area ini). Apa yang menarik dengan jenis Cosmos Red Dazzler ialah perubahan warna merah yang menarik dari mula kembang hinggalah tua. Gambar di atas adalah warna bunga Cosmos Red Dazzler kembang pada hari pertama to dazzle tukang kebun. Warna tersebut akan berubah dimakan usia kepada warna yang dazzling juga seperti yang ditunjukkan dalam posting laman (klik sini).
~ Cosmos Red Dazzler (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
Semalam dari pagi hujan dah mula turun rintik-rintik , kemudian tengahari makin lebat. Yang sempat dituai ialah mulberry sahaja. Tapi sambutan mulberry hambar dari semalam sebab budak-budak ni dok seronok makan rambutan. Yalah mulberry hampir sepanjang tahun diorang ni boleh makan. Rambutan selalunya hujung tahun barulah puas makan. Pampered kids, nak kena puasa mulberry agaknya baru rindu balik hehehe...
Thank you dear for remembering my favourite biscuits (Kyoto speciality), lovely surprises (mak budak pun kena pampered). 3 tin biscuits equivalent for 3 babies ke? Sweet drops for the kids sebab dearest hubby teringat favourite Ghibli Studio animation movie 'Hotaru no Haka' (Grave of the fireflies). Lepas makan biscuits, kotak tin boleh buat tempat simpan biji benih. Yang merah for Zinnia seeds collection, yang hijau for balsam seeds collection and yang biru for Ipomoea/Morning Glory seed collections. Barulah organize sikit senang nak cari biji benih.
Teringat masa ehem hangat-hangat bercinta dulu, masa boyfriend (now husband) pergi ke Kyoto, souvenir yang dibawa balik ialah jenis biscuit sama brand ini juga. Cuma corak gambar tin dah berbeza sedikit. Tin biscuit yang lama dulu, tukang kebun buat simpan gambar-gambar. Dulu hobby ambil gambar. Sekarang hobby buat koleksi biji benihkan jadi buat tempat simpan benih pula terutama tahun ini memang banyak self-harvest zinnia, balsam and morning glory seeds. Ambil gambar pun masih hobby juga as you can see tukang kebun punya collection photos of Kebun Bahagia Bersama in this blog. Gardening and photography as one hobby.
4 ulasan:
Ahh...Ghibi Studio. Love all Hayao Miyazaki animation esp. My Neighbour Totoro & Spirited Away...Rgds, Choi Min
Serampang dua mata. Lepas dpt nikmat biskut dapat diguna utk simpan benih. Praktikal dan nampak sweet pulak tinnya:)
Salam Diana, sorry lari topik sikit... Diana ada benih pokok Salvia hispanica @ famous dengan panggilan Chia Seed tak?
Saya tertarik dengan khasiat chia seed ni.
http://en.wikipedia.org/wiki/Salvia_hispanica
http://longtimemother.hubpages.com/hub/How-I-grow-and-harvest-organic-Chia
Regards,
Janatul
Salam Bahagia Choi Min,
Totoro is really a favorite character for us. Cuma the latest Hayao Miyazaki anime Ghibli Studio punya tak sempat nak tengok.
Salam Bahagia KakZakie.
Ya best bila dah isinya habis dimakan, bekas tin comel tersebut boleh dikitar semula.
Salam Bahagia Janatul,
Salvia hispanica ada cuma tinggal 1 pek sahaja lagi.
Catat Ulasan