Antara jenis zinnia yang mula berbunga pada bulan November lepas ialah jenis Zinnia Yellow Canary. Anak-anak pokok zinnia Yellow Canary ini yang tukang kebun pindahkan beberapa jam sebelum bertolak balik kampung untuk menyambut Raya Haji tahun ini (related posting klik sini). Corak bentuk kelopak Zinnia Yellow Canary ada perbezaan dengan Zinnia Dahlia Kuning ataupun Zinnia Cactus. Kelopak bunga Zinnia Yellow Canary adalah lebih ketara membulat pada hujungnya dan meruncing pada bahagian mencantum dengan center bunga. Kadang-kadang kalau kelopak hujung itu ada terkoyak sedikit di tengahnya nampak macam heart shape. Sekiranya ada yang tertanya apa nampak beza bunga Yellow Canary dengan jenis bunga zinnia kuning yang lain. Saiz bunga zinnia Yellow Canary adalah dalam kelompok sederhana.
Zinnia Yellow Canary menghasilkan pokok yang samaada bunganya multi-layer atau single-layer. Tukang kebun perhatikan kalau pokok yang bunganya menghasilkan single-layer, saiz bunganya lebih ketara besar berbanding dengan saiz bunga yang menghasilkan kelopak bunga berlapis-lapis. Zinnia Yellow Canary adalah jenis zinnia yang tahan panas. Yang batch Zinnia Yellow Canary kali ini tumbuh dalam full sun dan seumur hidupnya menerima rezeki air hujan sahaja sejak dipindahkan. Biji benih Zinnia Yellow Canary minggu ini ada stock semula hasil dari tuaian biji-biji benih baru-baru ini di Kebun Bahagia Bersama.
~ Zinnia Yellow Canary ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
Biji-biji benih zinnia lain yang benihnya baru sahaja dituai dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini back in stock ialah:
~ Zinnia Dahlia Red (Info klik sini) ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
~ Zinnia Dahlia Yellow ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
2 ulasan:
Cantik kuning ni. Kak ada tanam aritu Bila keluar bunga ada jadi selapis dan ada jadi dua lapis.
Salam Bahagia Kak Mala.
Yellow Canary ni kelopaknya unik sikit berbanding dengan zinnia lain, membulat tak panjang meruncing.
Catat Ulasan