No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 7 Julai 2014

Aoi Tsuki Seri Pagi Jepun

 Yang menggembirakan hati tukang kebun apabila Kebun Bahagia Bersama melanda musim kemarau ke-2 tahun ini ialah Si 'Aoi Tsuki' (Ipomoea nil) bulan lepas. 1st half tahun 2014 ini memang kawasan area Kebun Bahagia Bersama sangatlah kering. Macam merajuklah pula awan yang membawa hujan itu nak basah bumi sini, dibawanya ke tempat lain. Seolah-olah awan tersebut marah pula, kalau diberinya pun bila 2 minggu sekali hujan yang begitu lebat menyebabkan banyak yang tumbang atau pun patah-patah. Begitulah penangan El-Nino ke kawasan Kebun Bahagia Bersama. Jadi tukang kebun mengharap bulan Julai ini tidaklah sekering bulan June. Moga di murahkan rezeki hujan bulan ini. Tangan ni dah gatal-gatal rasa nak menyemai pelbagai.
 Aoi Tsuki atau boleh diterjemahkan kepada ' Bulan Biru ' adalah jenis seri pagi yang banyak berbunga berbanding dengan kategori bunga seri pagi yang kampungnya dari Jepun. Boleh dikatakan hampir setiap hari ianya berbunga sepanjang musim bunganya. Boleh bezakan daunnya yang mirip seperti daun buloh berbanding dengan seri pagi di tempat lain berbentuk hati. Di tepi bunga kelopak berwarna biru ini adalah berwarna putih dan di tengah berwana merah jambu. Kembang bunganya besar purata 10cm. Ianya bukan hanya kembang di sebelah pagi tapi sehingga ke lewat petang. Tukang kebun pun sebenarnya mula-mula terlupa juga ada menyemai batch seri pagi ini di sini, entah berapa minggu agaknya baru muncul keluar anak-anak pokok berbentuk seri pagi ikut rezeki kuantiti hujan. Memandangkan tukang kebun tak ingat semai jenis apa terpaksalah tunggu sampainya kembang. Senyum berseri-serilah tukang kebun tengok yang tak disangka lupa semai memberikan seri pagi yang diidamkan. Semangat setiap pagi tengok belek-belek sebelum keluar rumah. 
 Ada juga kadangkala yang keluar berbentuk seperti bintang di atas antara pokok-pokok seri pagi yang membelit di rangka arch tersebut. Yang gambar terakhir ini kerap dipanggil Blue Star-Rayed. Kalau bernasib baik tercampur dengan biji benih yang tukang kebun nak offer hari ini. Ada juga kebarangkalian tercampur dengan biji-biji benih kampung bunga seri pagi Jepun selain dari Aoi Tsuki harap maklum. Rasanya macam dah tukang kebun ikut trail pokok Aoi Tsuki manalah tau ada yang tercampur especially biji benihnya open-pollinated oleh si Lebah-lebah. Batch Aoi Tsuki kali ini tukang kebun tak semai banyak jadi cuma offer 1 pek sahaja untuk musim morning glory Aoi Tsuki kali ini. Ini batch Aoi Tsuki yang tumbuh on the dry side tak berapa sangat terima air masa musim bunganya, tak berapa dimanjakan. Memandangkan ramai peminat seri pagi, untuk adil dan tiada kata tukang kebun berat sebelah. Maka siapa yang tinggalkan komen berminat nak dapat 1 pek batch kali ini dapatlah dulu ya (just comment, no email). Next batch tukang kebun belum tentu semai Aoi Tsuki bila lagi sebab banyak on the list Seri Pagi yang tukang kebun nak cuba bila hujan kerap bertandang.

~ Aoi Tsuki Japanese Heirloom Morning Glory ~
Anggaran 5 biji benih dalam 1 pek (RM3.00).

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya berminat.ada bg emel tadi soul_mate8281

raiyan jazlan berkata...

zinnia cactus
bunga seri pagi bunga yg buat saya baru jer cuba nak tanam sebab sebelum ini susah saya nak dptkan dari nursery berhampiran saya..bln lepas saya baru jer beli di blog ni..moga2 ia tumbuh dgn subur nanti

Julie M berkata...

Sukanya Julie tengok morning glory ni kak, lagi suka bila kakak mentioned yg morning glory ni rajin berbunga, bestnya...kalo cepat tumbuh & berbunga lagilah best, bleh menceriakan laman rumah esp lagi time2 raya nanti hihi :)nak tanyalah kak, berapa lama pokok ni dari benih hingga berbunga?

LOVEmeONLY berkata...

macam best je
penghantaran macam mana

LOVEmeONLY berkata...

saya berminat la kak macam mana yek

LOVEmeONLY berkata...

nak tanya akak ada tanam pokok lavender tak

Seri7ujuh berkata...

Cantik...Sy suka bunga2 ipomea ni, tapi dgn keadaan cuaca sekarang, off dulu menyemai sebab semaian sebelum ni byk problem...

Shas berkata...

Sweet nye color bunga ni.

Normala Saad berkata...

Diana..morning glory kak yang beli aritu tumbuh eluk benar. Semalam hujan + angin kencang. Bangun pagi ni...tinggal la lagi sepokok dua. Patah anak pokok tu. Menyesal semai awal patut balik dari kampung baru tanam. Macamana pula jadinya nak tinggal hampir seminggu raya ni.
...frust betul.

nUrieM StOrY berkata...

-Crinum-
Lembutnye warna. tanam pokok nie berhampiran pagar, or gazebo, then biar dia melilit kat situ. msti cantik. Kehijauan + purple. Tp sy confius jugak, ape beza pokok bunga seri pagi ni dgn petunia & kembang pukul 4 ye???

Tanpa Nama berkata...

So beautifulllll ! Yesssss.... 1 packet each for me pleaaase

Choi Min
hohcmin@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Hi Diana, 1 packet for me pleasee....

Choi Min
hohcmin@yahoo.com

gina marna berkata...

cantikk... blom tnm lg morning glory aritu.

TukangKebun berkata...

Dear Mieza,

Nanti bolehlah check order mana tau terlupa nak kasi masuk si bulan biru ni.

Dear Raiyan Jazlan,

InsyaAllah kalau cuaca di sana menginzinkan cepat sahaja ia membesar bagaikan juara. Bunga seri pagi ni cepat berbunga kalau semua keperluannya mencukupi.

Dear Julie,

Sebenarnya ada testing pelbagai serentak di situ tengok yang Aoi Tsuki paling selesa banyak berbunga di situ mungkin sebelah dia lebih banyak expose dengan cahaya matahari berbanding sudut di sebelah lagi. Biasanya dalam 6~8minggu. Kalau dia berbunga kurang umur sebulan dia tak matang kira "bolting", bunga 1~3 pastu RIP sebab stress dengan sekitar.

Dear LOVEmeONLY,

Jika biji benih sahaja by regular postage RM2. Nak hantar pakai Pos Laju pun boleh. Kalau berminat boleh email (kebunkmg@gmail.com) untuk dapatkan senarai biji benih yang terbaru. Kalau ada pokok dan lain-lain nak kena confirm jumlah berat barang baru boleh beri shipment cos via POS LAJU. Pokok lavendar tiada stok.

Dear Seri7ujuh,

Tengok jenis ipomoea juga kalau cypress vine, cardinal climber dan kangkung boleh tahan cuaca sekarang. Tengok cypress vine kebelakangan ini banyak naik sendiri. Kalau seri pagi yang serombong besar-besar elak pada musim panas dan kering nak semai biji beninhnya.

Dear Shas,

Sweetkan tengok cahaya juga kejap nampak ungu kejap nampak kebiruan. Depend on the time of the day...

TukangKebun berkata...

Dear Kak Mala,

Syukur Alhamdulillah dengan keadaan cuaca sana sekarang sangai sesuai untuk awal pertumbuhannya. Benda-benda gitu memang di luar kawalan. Tukang kebun di sini pun selalu kena redha dan pasrah sahaja. Tapi mana tahu rezeki patah nanti lebih merimbun pokok-pokok morning glory tersebut akan branching. Sini pun kekadang ada patah-patah juga tapi ada yang membesar dengan jayanya. Yang khuatirnya Che Kam meragut sajalah masa Kak Mala tiada di rumah. Musim panas dan kemarau tempoh lalu tengok 2~3 hari tak siram pun masih OK lagi. Masa panas dia layu nanti petang daun dia tegak balik hehehe...

Dear Nuriem Story,

Petunia pokoknya tak menjalar dengan sendiri. Pokok kembang pukul 4 berubi.

Dear Choi Min,

Good luck with next time ;).

Dear Gina Marna,

Kalau sana ada kerap hujan bolehlah cuba tanam sebelum musim tengkujuh.

Nurul Husna Md Noh berkata...

Saya berminat nak beli semua jenis seed Morning Glory dr kebun bahagia..boleh email details kat saya di : teacherhusna@gmail.com

TukangKebun berkata...

Dear Nurul Husna sudah email.