No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 23 Disember 2012

Karnival Si Jantung Hati

 Buat pertama kalinya pada hari ini, Kebun Bahagia Bersama Team Members akan mengambil bahagian untuk karnival charity 'Si Jantung Hati' seperti tertera di poster atas akan diadakan di Dewan Annexe, UITM Shah Alam dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Terdapat pelbagai acara dan aktiviti untuk kanak-kanak dan seisi keluarga berseronok. Pelbagai jualan juga ada untuk kutipan derma bagi membantu pembedahan adik Ibrahim yang mengalami masalah jantung yang tidak sempurna. Disebabkan tukang kebun pernah mengalami situasi yang sama maka apa rezeki di kebun kami yang ada pada minggu ini terasa ingin kami berkongsi bersama supaya adik Ibrahim akan membesar cergas sihat seperti tukang kebun Rayyan untuk membantu kos perubatannya. Salah satu impian tukang kebun juga telah direalisasikan dengan tujuan niat sebenar pada mulanya 'Kebun Bahagia Bersama' direka supaya dapat menyalurkan sumbangan begini dari sokongan gardener-gardener lain. Terima kasih kami ucapkan. Supermom Nadia yang tidak pernah pun kami bersua tapi sekadar kenalan dari group 'Tanaman' facebook perkenalkan tukang kebun dengan carnival ini dan dapatlah kami berganding bahu dengan supermom Nadia untuk buka booth gardening dengan sumbangan juga dari supermom-supermom yang lain untuk menjayakan carnival hari ini.
Antara item jualan yang Kebun Bahagia Bersama akan jual di carnival ini ialah:
 Pokok bunga keladi bunting dan kiambang.
 Pokok bunga white anthirium.
 Buah kelapa tua untuk santan.
 Buah Organik Lemon.
Buah Organik NamNam.
 Buah Organik Markisa.
Buah NamNam limited itu sahaja yang ada kalau ada yang mengidam.
 Anak pokok mempelam telur.
 Cili Organik.
 Seeds.
Gardening Booth masih in progress.
Buah betik muda dan rambutan pun ada.
Kalau sempat mungkin ada penambahan tuaian lain dari Kebun Bahagia Bersama.

Mari Kita Membeli Sambil Beramal.
Semua jualan dari Kebun Bahagia Bersama 100% ke Tabung Karnival ini.
Sesiapa yang berkesempatan dan duduk dekat area Shah Alam, moga dapat berjumpa di sana ya.

8 ulasan:

wani sc berkata...

alamak, ruginya tak dapat nak pergi. suami outstation sampai selasa ni pulak :(. ada seeds yg boleh saya beli melalui talian untuk disumbangkan pada tabung karnival? sangat berharap dapat membantu

Awin berkata...

Buah kelapa utk santan sungguh fresh kalau buat nasi lemak.

Ibu Qistina berkata...

Dah habis ke pameran dia,baru baca posting diana. Kalau nak menyumbang boleh lagi ka.

aida_aminshah berkata...

Baru taula Diana :( kalau tak dah hantar wakil suh gi beli...

Umm AA berkata...

Bagus effort nie diana..saya sokong sangat..kalaulah dekat dptlah bersama2 jgk...anyway all the best ya..

Tanpa Nama berkata...

Salam diana,
Semoga Berjaya Kerja amal ini. :

TukangKebun berkata...

Wani, Ibu Qistina, Aida ~ Kalau nak menyumbang lagi sambil membeli boleh join group 'Tabung DOA Ibrahim' di FaceBook, selain seeds ada juga barang-barang menarik lain.

Zamzurina~Selalunya ayam-ayam di belakang rumah, suami belah kelapa tua untuk kasi diorang makan.

UmmuAidan~ Siapa nak menolong memang dialu-alukan sebab mostly mothers pastu ramai yang still breastfeeding terpaksalah fathers tengok-tengokkan juga while mothers kat Parent Room for BF.

SM Forestgarden~ Terima Kasih excited sungguh kami :).

Tanpa Nama berkata...

berapa harga keladi bunting tu?