No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 8 Disember 2012

Promosi Kacang Panjang Hujung Tahun untuk Novice Gardener


Tukang-tukang kebun bahagia bersama bagi penutup tahun 2012 ini, ingin membuat promosi benih kampung yang sesuai dan mudah untuk gardener yang baru hendak berjinak di alam perkebunan. Kami Kebun Bahagia Bersama team members ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan di taman sendiri tidak kisahlah berapa besar saja kawasan yang kita ada kerana 'Malaysia Boleh' dan membantu menghijaukan alam serta mengurangkan perjalanan makanan atau 'cut food-mile'. Benih-benih kampung sayur-sayuran yang ditawarkan telah bergenerasi tanam di Kebun Bahagia Bersama dan amatlah sesuai tanam di kawasan kita yang beriklim tropika ini. 

 Pokok sayur kacang panjang nak tunggu kacangnya kena bersabar sedikit tapi bila dah mula keluarkan kacangnya, banyak betul hasilnya dan dahlah berkembar kacangnya dari satu tangkai. Kacang panjang tidak beberapa gemar diberi baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi sebab dirinya sendiri dah boleh buat nitrogen. Oleh itu elakkan guna baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi seperti pellet/tahi ayam kepada tumbuhan keluarga kekacang sebab nanti daun pokok banyak, hasilnya pula kurang.

$1.00 satu pek  dengan anggaran 15 biji benih kacang panjang kampung.

12 ulasan:

nadia rashid berkata...

salam diana..yang ini sy nak juga

Awin berkata...

saya nak satu pack

makcikmanggis berkata...

Cm pernah tanam beberapa pokok.memang tak habis makan.Terjuntai juntai buahnya.

Ibu Qistina berkata...

saya nak 1 pek diana. tq

Tanpa Nama berkata...

Salam Diana, saya nak 1 pek yer, aslina272@gmail.com.tq.

suka suka berkata...

K mar 1 pek

Tanpa Nama berkata...

Kalau masih Ada, 1 pek utk Eila yerk :)

TukangKebun berkata...

Simpanan Kacang Panjang untuk masa depan- Nadia, Zamzurina, Ibu Qistina, Kertinah dan Kak Mar.

Reservation: 5 pek.

Makcikmanggis~ Tukang kebun baru bersihkan satu lokasi yang dulunya tumbuh kacang panjang ini untuk semai pokok yang lain pula. Sekali banyak pula anak-anak pokok kacang panjang tumbuh meriah balik di kawasan itu.

cikmanggis berkata...

Tertarik dgn cerita Diana ttg Ilhan dan Rayyan suka bercakap selepas tinggal bersama nenek.

Cm baru berckp dgn Mommy Maryam topik yg sama.Ada kajian yg menyokong /ada bukti mmg ada kebenarannya anak anak yg tinggal bersama nenek n datuk lebih cpt bercakap dari tinggal bersama ibu dan bapanya sendiri.

Nampak gayanya Cm kena jaga Maryam agar Maryam cepat n pandai bercakap hehe.

Pelul cium untuk Rayyan'Ilhan dam Abby :)

Tanpa Nama berkata...

Diana, aida nak satu packet. Tq!

Tanpa Nama berkata...

saya nak 1 pek

TukangKebun berkata...

Cikmanggis~Ilhan dulu masalah Language disorder sampai nak dekat 4 tahun tak berapa banyak words dia tahu, jadi masalah nak komunikasi. Sekarang tak berhenti bercakap sampai semua dah malas nak melayan ...hehehe...atuknya yang paling rajin melayan sudah nak give up layan.
Mungkin memang betul kalau cucu dengan grandparents cepat bercakap.
Maryam duduk sekejap dengan Makcik InsyaAllah cepat bercakap,anak pertama selalu lambat sikit kut nak bertutur.
Ilhan duduk pun baru dari bulan 9 dengan neneknya di Sabah.
Rayyan tiada masalah cepat je bercakap dan faham. Abby pun dah suka mengajak berborak kalau tak layan pandai pula marahnya.

Simpanan untuk Aida dan SMForestgarden.

Total 7 pek.