No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 9 Disember 2012

Restocking Alpine Strawberry

 Setelah tukang kebun buat stok checking baki biji benih Alpine strawberry selepas semua penghantaran selesai bagi bulan November dan penambahan biji benih yang baru selesai dituai ada lagi tinggal beberapa pek. Tapi rasanya next offer biji benih Alpine strawberry setelah habis stok bulan Disember akan tidak dimasukkan lagi beberapa bulan yang akan datang semuanya bergantung kepada anak-anak tukang kebun dan kaum sugarglider. Kebun kami pun masih tak cukup bekalan untuk memuaskan tukang-tukang kebun kecil punya bahagian. Belum lagi termasuk yang dari family bird bersayap tu pandai sahaja menunggu bila buahnya ranum.
Anak pokok Alpine strawberry yang baru bercambah.
 Menanam biji benih strawberry selalunya memerlukan sedikit pengalaman dalam alam perkebunan dan banyak kesabaran tapi ada juga beginners luck. Biji benih alpine strawberry juga menguji skill veteran gardener. Tukang kebun kali pertama semai biji benih alpine strawberry masa tahun pertama berkebun dan menunggu masa yang lama untuk ianya bercambah sehingga ingat tidak akan bercambah. Apabila 6 minggu lebih hairan pula tengok ada anak pokok timbul dalam bekas semaian yang terbiar. Nasib baik tukang kebun tak campurkan tanah dekat bekas lain nak recycle lagi pada waktu itu. Pada tahun kedua percentage percambahan biji benih yang disemai meningkat dan bercambah kurang sebulan apabila tukang kebun dah faham kerenahnya. Apabila masuk musim ketiga tak perlu pula tukang kebun semai biji benihnya tapi banyak anak-anak pokok alpine strawberry tumbuh merata-rata di dalam kebun dan di celah-celah rumput pun jumpa sampai terpijak-pijak tak perasan.
 Kembali ke tanahair bulan lepas, tukang kebun bawa balik beberapa pokok dari dicabut oleh agen rumah masuk ke tong kompos. Tukang kebun saja-saja buat eksperimen ada yang pokoknya dicantas sampai hampir botak sebelum tanam dan ada yang tak dicantas langsung terus ditanam untuk melihat pertumbuhan manakah yang paling baik untuk recovery pokok alpine strawberry setelah seminggu dibiarkan di atas meja tanpa tanah (bare-rooted).
 Hasilnya selepas baru sahaja 2 minggu, pokok yang dicantas daunnya mempunyai pertumbuhan yang sangat cepat berbanding dengan yang tidak dicantas. Pokok yang tidah dicantas langsung daunnya semua gugur cuma tinggal 'Crown'nya yang botak. Tapi tukang kebun rasa crown ini walaupun botak seakan sudah mati akan juga mengeluarkan daun baru nanti. Sebab dulu masa heat wave seminggu 40 degree Celsius tiap hari terbakar daun Alpine strawberry tukang kebun di Adelaide sampai botak dan ingatkan dah habis riwayat. Tapi syukur alhamdulillah selepas cuaca dah kurang panas, pokok-pokok yang tukang kebun ingat sudah habis riwayat kembali segar dan menghasilkan buah untuk kami. 
  Biji benih yang dibuat posting blog untuk bulan Disember akan dibuat penghantaran selepas 20hb Disember kelak. Boleh minta tukang kebun reservekan dengan meninggalkan pesanan di komen box. Siapa cepat dia dapat dulu bagi biji benih yang limited. Disebabkan tukang kebun nak mudah buka buku baru untuk tahun 2013, jadi segala reservation biji benih pada tahun 2012 perlu dipos sebelum akhir bulan Disember untuk mengelakkan kekeliruan. Sekiranya tiada tuntutan biji benih tersebut, tukang kebun akan terus masukkan ke stok list biji benih tahun depan dan ditawarkan kembali kepada gardener lain.

STOK HABIS.

~Biji Benih Organik Heirloom Alpine Strawberry ~
Approximate 50seeds per-pack (RM3.00).
Pembayaran bank deposit melalui bank CIMB, Maybank atau RHB.
Kos penghantaran bagi Disember 2012 bagi apa-apa bilangan biji benih ialah RM2.

Masih disimpankan untuk : Gardener (1), Kertinah (2), Mama Pongkey (2), Mat Jon (2), Ratu (1).

Second Chance Offer: Aida (1), Indah (1), Samiah (1).

P.S: Gardener yang dapat Second Chance Offer sebab biji benih back in stock please confirm sekiranya hendak mencuba tanam Alpine Strawberry :).

31 ulasan:

Nitesky berkata...

benih alpine yang saya semai dah tumbuh tapi tumbesaran perlahan. agaknya berapa lama baru matang dan boleh dipindah ke pasu lain

Aku P@aN berkata...

nak tanya,biji benih alpine strawberry yg saya dapat baru-baru ni boleh terus semai atau kena buat stratification process dulu?tq

Tanpa Nama berkata...

Aida confirm nak satu packet diana. Tq!diana,gambar nombor dua yg tunjuk anak pokok dalam post ni,diana semai terus di tanah ye?

suka suka berkata...

K mar nak order ada lagi ke?

Avia Mishat berkata...

Avia nak sepeket yer diana.thanks.

Awin berkata...

saya nk satu pack

Awin berkata...

saya nk satu pack

Unknown berkata...

Ada lg? Reservekn utk sy..

Tanpa Nama berkata...

Salam bahagia Diana,

Saya amat confirm nak benih Alpine
Strawberry ni. Thanks ya and happy gardening. - Samiah

Farhani berkata...

Salam,

Kalau ada lagi, simpan saya 1 ya..TQ

Umm AA berkata...

mencabar jgk tanam alpine strawberry nie yer..sy nak jgk tp tau mmg susahlah nak jgk tuh,heheh

Tanpa Nama berkata...

puan sy berminat . simpnkn tuk sy 1 pek benih ini.terima kasih


linna_linn@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Nitesky~ Pertumbuhan awalnya memang selalu dirasakan sangat lambat. Bila dah ada 4-5 daun sudah boleh dipindahkan.

Simpanan masa depan Kak Mar, Avia, Zamzurina, Dira, Farhani,dan linna_linn@yahoo.com

Total: 6 pek

Aku P@an~Boleh dicuba beberapa terus semai dan boleh juga dibuat stratification process juga. Tengok mana kaedah yang sesuai di kebun anda. Sebab ada setengah gardener tidak perlu memerlukan kaedah stratification.

Aida~Gambar No.2 itu disemai dalam bekas dahulu. Kemudian transplant.

UmmuAidan~ Mula-mula je rasa susah tapi once bila dah adapt kuat pokoknya dibiarkan sahaja.

Sasha Tan berkata...

saya pun mau satu..

sasha tan berkata...

Chup satu ye!

Mama Pongkey berkata...

Yes! Thanks Diana! I puasa kejap from blogging. But tertekan link ni from Green znook. Hahaha.

gardener berkata...

Benih benih lain yg saya book Ada tak? Senang bayar semua sekali

Roslan berkata...

untuk saya xde ke?? saya order hari tu dah abihh, second trip pun xde :)

TukangKebun berkata...

Sorry Roslan ada kut rezeki nanti saya email terlupa nak add dalam second offer tu ;p.

Sasha~ Hopefully next stock check ada extras.

Mama Pongkey~ Blogging memang mengasyikkan.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Next reserve for me also ya.. teenine@gmail.com

Riza

Ratu berkata...

untuk saya satu pek yang masih disimpan tu saya buat bayaran dulu boleh ke?

TukangKebun berkata...

Dear Ratu boleh. Hantar email ke (kebunkmg@gmail.com) .

Tanpa Nama berkata...

sy berminat nak dptkan benih strawberry ni. masukkan dlm waiting list, boleh x? ^_^
aini

calligrapher_01@yahoo.com

terima kasih!

aini berkata...

ay berminat nak dapatkan benih strawberry ni. boleh masukkan dlm waiting list x? terima kasih

ni emel sy: calligrapher_01@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Aini dear, next kalau ada saya inform ya.

Tanpa Nama berkata...

saya pun nak juga kalau ada stok benih nie lagi . teringgin nak tanam sendiri .

blue_fairous@yahoo.com

nama saya fairous :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Biji benih alpine strawberry sudah kembali dan tukang kebun sudah email seperti pesanan di atas. Jika ada yang tukang kebun tercicir jangan marah ya. Human error.

CT berkata...

mana nak dapat bekas utk tanam camtu ya...cutelah..

TukangKebun berkata...

Mungkin Di Ace hardware ada kut CT.

红龙 berkata...

Saya ingin order benih strawberry ni, tolong masukkan saya dalam waiting list. Terima Kasih
pctan88@hotmail.com

TukangKebun berkata...

Noted.

Emailed.

Thank You.