Lalu lalang depan pokok-pokok orkid sampai tak perasan pada peringkat awalnya sedang berbunga sebab tukang kebun kepala pusing memikirkan mana nak pindah tanaman yang belum lagi dicuba di Sungai Buloh. Kebiasaannya bagi tanaman baru di tempat yang belum lagi tukang kebun familiar jenis tanah dan penerimaan posisi cahaya matahari, selalunya satu jenis tanaman sama akan tukang kebun tanam merata-rata dalam kebun tengok mana sesuai daripada di kelompokkan pada suatu tempat sama sahaja. Minggu lepas banyak koleksi bunga orkid bonda tukang kebun berbunga adalah pelbagai warna dan bentuknya. Ini yang mana sempat sahaja ambil gambar minggu lepas. Itupun teringat nak buat memory bunga orkid di laman sendiri apabila jenguk di blog Sean menikmati gambar-gambar orkid yang ditangkap olehnya.
Yang warna orange mulut merah ni baru perasan ketika berehat minum petang bawah pondok sambil hujan renyai-renyai. Bila dongak kepala ke atas baru perasaan pokok orkid ni sedang berbunga.
Pokok bunga orkid yang ditanam di rumah semuanya tidak bonda tanam di dalam bekas tapi diikatnya bersama pokok-pokok lain di rumah. Pokok mangga tua ni pun dah lebih nampak macam pokok orkid besar pula yang sebenarnya ada bermacam-macam jenis pokok bunga orkid ditanam bersama. Ranting-ranting bunganya yang telah gugur perlu dipangkas tapi projek weeding pun tak habis-habis lagi.
Pokok yang ini pun bukan sahaja pokok orkid dilekat bersamanya tapi pokok-pokok jenis lain juga.
Tukang kebun jenis-jenis bunga orkid tak beberapa menahu sebab tukang kebun lebih fokus kepada tanaman yang boleh makan. Sekiranya ada gardener yang boleh berkongsi ilmu mereka mengenai jenis orkid sangat gembiralah tukang kebun mempelajarinya. Sebagai contoh apa beza orkid warna putih dan yang orange tu :).
11 ulasan:
saya suka tengok org bela orkid... tapi saya tak rajin nak bela orkid... orkid ni bunga manja macam mawar... :)
Wah, the scent from the white one must be heady. It is Dendrobium crumenatum - the pigeon orchid. The flower buds stays dormant until triggered by a drop in temperature or washed out chemical inhibitor that is afforded by a heavy thunderstorm. Nine days later the flowers bloom - often gregariously to enhance cross pollination. The next one with the pendant inflorescence and orange flowers should be Cymbidium finlaysonianum. They are lovely in flower, and if the flower gets pollinated, the fruits look good hanging on the pendant inflorescence.
salam Diana,
Koleksi okid species,gambar 1 ialah Dendrobium acerosum yang bolih bertahan beberapa hari saja dan gambar 2 ialah Cymbidium finlaysonianum.
Cm suka orked tp tk rajin menjaganya
Akibatnya orked kt tepi rumah Cm hidup segan mati tk mau.Orked kuning kecil.kecil tu sangat banyak kt rumah great grandma Maryam di Pahang.Berbungs sepanjang tahun.
wah byknya koleksi orkid! Rasanya not my cup of tea, sbbnya; mahal & manja
salam Diana,
Tersilap ID,gambar yang 1 itu ialah Dendrobium crumenatum.
EjaMaria~ Saya pun tak rajin nak bela orkid. Yang ni ditanam oleh mama saya. Tapi tak dibela pun sekadar ikut mood bunga tu bila dia nak berbunga.
Saya Disini~ Terima kasih sudi melawat sini.
Sean~ Oh ada bau ya..tak sempat nak check scentnya tapi mungkin sebab itu I perasan bunga tu dan ambik gambarnya hehehe...ah nice to know that the thunderstorm triggers it to bloom. Will keep tune when some thunderstorm come again next year. Must check whether any fruit forms by the cymbidium finlaysonianum. Edible ke fruitnya?
SMForestgarden~Terima kasih bestnya ramai yang familiar pasal orchid.
Cikmanggis~Orkid kuning ni pun banyak merata-rata keliling rumah. Bila tak berbunga tak tahu yang mana satu jadinya. Nak kena letak label sikit.
Lynn~ My mother dulu rajin kumpulnya and allocate satu tempat for it. Now she tak allocate tempat tapi just sangkut kat mana-mana pokok besar.
Rasakan tak edible, tapi menarik sebab nampak macam buah boleh makan tergantung dari pokok.
Btw, the scent from Den. crumenatum is too musky for me. I think autumnbelle likes the scent. I balk and turn away when crumenatums are in bloom - terasa mcm nak muntah :-p
Dear Sean tak successfully pollinate kut I see no fruits...mungkin sebab hujan ni tak berapa menjadi or lambat nampak. Mmmmm...hidung sumbat tempoh hari kut tak perasan baunya sebab kepala pening-pening time tu. But now I know I will sure try to sniff next blooming season.
Dear Sean tak successfully pollinate kut I see no fruits...mungkin sebab hujan ni tak berapa menjadi or lambat nampak. Mmmmm...hidung sumbat tempoh hari kut tak perasan baunya sebab kepala pening-pening time tu. But now I know I will sure try to sniff next blooming season.
Catat Ulasan