Tahun ini mula rasa teringin nak cuba-cuba tanam bunga daylily apabila baca bahawa ada setengah jenis daylily boleh dimakan walaupun bunga daylily ini lebih terkenal sebagai bunga perhiasan di taman. Bunganya yang boleh makan lebih terkenal dalam masakan Cina. Agaknya masa mengandungkan Abbiyana, tukang kebun suka makan Chinese cuisine dan tak berapa suka sangat makanan berempah, mungkin disebabkan influence tersebut teringin nak tanam bunga daylily sendiri. Dikatakan bunga daylily senang sesuaikan dirinya dengan pelbagai cuaca dan apabila sudah matang (well-established) ia adalah pokok yang drought-tolerant. Daylily mempunyai akar jenis berubi (tuber) di mana ianya simpan sumber tenaganya (makanan dan air) di situ.
Ini adalah ubi daylily yang pertama sekali tukang kebun beli jenis 'Chinese Cloisonne' untuk cuba-cuba ditanam di Sungai Buloh pada bulan Ogos lepas. Bukan pokok yang tukang kebun beli tapi dari ubinya dan 2 minggu tukang kebun simpan ubinya dalam tandas di Adelaide sebelum dibawa pulang ke tanahair oleh tukang kebun Dany serta ditanam oleh Tukang kebun Lenny. Nampak sedih juga ubi tu dah lama disimpan dan tidak ditanam di tanah secepat mungkin dan pada mulanya tukang kebun ingat sudah tiada harapan, mengharapkan tangan tukang kebun Lenay yang serba menjadi. Bila balik ingat sudah tidak mampu hidup tapi beberapa hari lepas balik Malaysia, tukang kebun belek-belek patch ni punya labelling betul-betul sebab tumbuhan dalam patch ni semua nampak sama je daunnya, ada pokok bunga harum sundal malam (tanam dari bulb) dan agapanthus blue (African Lily), entah mana satu. Tapi ada satu pokok ni labellingnya sorang je betul-betul kat pokok, lepas tu bukannya ditulis daylily tapi tukang kebun lupa yang jenis daylily tu 'Chinese Cloisonne' kena buka nota balik. Melonjak keriangan tengok sudah banyak daun kehijauan dari ubi daylily ;Chinese Cloisonne'. Bila nak bunga mungkin lambat sedikit sebab tuber yang dibeli belum betul-betul matang jadi nak kena tunggu beberapa musim.
Ini pula koleksi yang baru ditambah ke kebun Sungai Buloh bulan lepas.
Ubi koleksi bunga daylily diatas yang dihantar secara pos kepada tukang kebun semasa di Adelaide.
Terima kasih atas nasihat kawan gardener Farhani, tukang kebun juga ada beli 10 seedlings daylily yang asalnya ditanam dari biji benih oleh supplier untuk tukang kebun tanam di kebun bahagia bersama Sungai Buloh bulan lepas. Walaupun daylily seedlings ini masih comel loteh lihatlah akarnya sudah banyak membentukkan ubi.
10 seedling daylilies ini warnanya adalah lucky dip, jadi random seperti dalam gambar di bawah.
Lama juga perlu nak tunggu bunga daylily yang tumbuh dari seeds untuk berbunga mungkin mengambil masa 3-4 tahun apabila tanya tukang yang menyemainya kalau di Australialah. Tapi tidak mengapa akan tukang kebun sabar menanti supaya ianya memberi kenangan indah untuk tukang kebun. Jauh seedlings ni merantau ya.
P.S: Gardener Farhani tanam dari biji benih kat Putrajaya ambil masa berapa lama nak berbunga? Mana tahu dekat Malaysia ni cepat sikit sebab tak de musim dormant.
10 ulasan:
Saiz bunga besar ke?
Bunganya semua cantik2 kan....tp lama jgk ngambil ms utk berbunga yer......
salam...kalau ade stok benih akak nak ye Diana..hhussin71@yahoo.com
pernah terbaca ada bunga yang boleh jadi bahan dalam masakan..harap harap benih yang Diana bawa balik ni akan tumbuh subur dan dapat lah di edarkan benihnya nanti.
cantik bunga nya
Diana,
Lama jugak sebenarnya..dalam 2-3 tahun.tp petua nya 1 je...SABAR :)
Org cina mmg suka mkn daylily ni..selalunya kincam ni diorg letak dlm sup dan lai chee kang kan..selalu nya sy masukkan jgk dlm masakan especially klau buat masak lemak putih atau lontong ^_^
bunga lily sedap dimasukkan dlm masak kicap burung puyuh. susah nk dpt sekarang.
Kak Mar, saya pun tak pernah tengok in reality tapi bila banding daun dalam gambar macam saiz amarylis kut bunganya.
Ummuaidan~ Semuanya berserah kepada saiz tubernya, kalau beli yang tuber matang tak perlu tunggu lama. Tapi kalau tanam dari benih standard kena tunggu 3-4 tahun. Pokok bunga ini senang adapt dengan pelbagai cuaca bila dah matang.
Kak Haslinda yang ini Diana tak de stok benih. Nak tambah pengalaman baru tanam macam-macam.
SM Forestgarden~ Susah juga nak buat decision nak beli yang mana satu. Ikutkan hati mau semua...ahaks.
Farhani~Betul-betul mesti sabar. Supplier pun dah pesan awal-awal 3-4years kalau tanam dari seeds. Tapi boleh tahan juga lasak seedlings tu dah pindah-randah lebih 2 kali. Asalkan ubinya nampak sihat ianya tetap gagah.Ohhhh....kena tanam banyak lagi ni kalau nak buat masak...hehehe...
Zamzurina~ Oh masak kicap burung puyuh pun sedap ia. Ni dah mimpi-mimpi bila tengok bunga dan bila dah puas mata memandang bolehkut nak juga tuai bud nya tu.
bila open for sale... kak mar nak ya
Kak Mar bila lah dia nak membiak...lama lagi kut ahaks.
Catat Ulasan