Nasib jugalah semangat kembali pulih nak mula berBlogging semula hinggakan setahun tiada update dan sebenarnya banyak draft posting tersimpan dalam blog ini yang gambar-gambarnya sudah tersusun tinggal nak rangka ayat sahaja lagi. Contoh seperti perjalanan ke Bosnia Herzegovina pada hujung tahun 2018 ini. Perjalanan ke sini atas urusan kerja untuk pembentangan kertas kerja. Syukur Alhamdulillah kertas kerja tersebut juga telah berjaya diterbitkan oleh jurnal di bawah University of East Sarajevo. Salah satu tempat yang penganjur bawa ialah di kawasan Dobrun dan singgah di Dobrun Monastery. Masa masuk di entrance monastery ni bagi peminat bunga semua berkerumun kagum tengok pokok balung ayam yang ekor tangkai bunganya panjang sampai 1 meter lebih seperti gambar di atas. Bergilir-gilir kami posing ambil gambar di depan pokok balung ayam ini. Walaupun di kalangan peserta ada terdiri daripada expert bidang horticulture memang sifu horticulturist, mereka excited betul tengok pokok bunga balung ini. Pokok bunga balung ayam ini sama je dengan keluarga pokok bayam yang dibuat sayur.
Dobrun Monastery ini dah berdekatan dengan sempadan negara Serbia. Dah berapa kali tempat ini rosak disebabkan peperangan sejak zaman Medieval lagi dan penaklukan empayer yang berbeza menjadikan ianya antara pusat ibadat yang mempunyai sejarah yang lama.
Dobrun Monastery ini terletak di kawasan pergunungan jadi cuacanya agak nyaman. Ada kawasan track hiking di belakang monastery ini dan Tukang Kebun mengambil kesempatan menikmati keindahan kawasan tersebut. Sedang mendaki bukit mengikuti hiking trail ternampak pula tumbuhan yang unik sedang berbunga di bawah ini.
Bentuk bunganya mirip macam pokok bunga orkid yang ada di Kebun Bahagia Bersama seperti gambar di bawah ini iaitu Vagina Bulbophyllum yang bunganya berwarna jingga kekuningan. Yang berminat untuk menambah koleksi orkid, Kebun Bahagia Bersama juga bekal orkid Vagina Bulbophyllum (RM15.00 sepokok). Info lanjut pokok orkid Vagina Bulbophyllum boleh rujuk posting lama (Klik Sini).
Dalam perjalanan mendaki ada rumah yang di dalamnya dibuat replika kejadian semasa hari kelahiran Nabi Isa untuk yang hendak berehat ambil nafas dahulu. Ada cerita mengatakan dahulu ada gua di atas kawasan pergunungan ini yang diduduki oleh sami-sami (monk).
Akhirnya sampai juga di puncak bukit belakang Dobrun monastery ini. Cantik tengok kawasan ini dari kawasan tinggi. Dalam kawasan monastery ini ada juga mini museum. Ketika Tukang Kebun lawat tempat ini sedang bermula musim luruh jadi nampak ada pokok-pokok daunnya yang sudah bertukar dari warna hijau ke kemerahan.
Di sebelah bangunan yang ada mini museum ini ada juga mini taman bunga yang menarik perhatian. Tukang Kebun tertarik tengok pokok bunga ru ala-ala pokok bentuk Christmas yang mungkin dah lepas proses bunganya yang sedang membentuk biji acorn pula tergerak hati cantik juga kalau ini dikeringkan.
Pokok bunga mawar merah separa memanjat yang tumbuh di Kebun Bahagia Bersama ini amat mudah dibela dan cepat sahaja besar adalah diperkenalkan oleh Kak F dari Rawang ke Tukang Kebun. Bila rindu pengalaman melawat Bosnia and Herzegovina ini terubat rindu apabile melihat gugusan bunga mawar ini berbunga di laman. Syukur Alhamdulillah pokok bunga mawar ini pun dapat membiak dengan berjayanya di Taman Sis A di Kampung Sg Meriam (Klik Sini), Kedah juga dapat Tukang Kebun tumpang bahagia. Bulan Julai ni Kebun Bahagia Bersama buat promosi bekalkan pokok bunga mawar merah separa memanjat ini dan maklumat lanjut pokoknya boleh kita rujuk posting sebelum ini (Klik Sini).
Promosi Julai 2020:
10 keratan pokok bunga mawar merah separa memanjat RM5.00 .
Di depan Dobrun Monastery ini ada juga landasan keretapi yang sudah tidak digunakan. Seronok juga tengok kenderaan kereta yang dikeluarkan sebelum Tukang Kebun lahir masih banyak digunakan di sini.
9 ulasan:
cantiknya semua gambar yang ada kak... itulah lama betul akak hilang dari blog, rindu dah kita tau
seronoknya.. dapat lihat negara orang, jalan2 luaskan pemandangan
Seronoknya boleh jalan2 tengok negara lain. Tengok pemandangan lain. Cantek2 semua nya
Assalamualaikum kak, alhamdulillah lama dah X nampak posting kakak, at last nampak juga, selamat berblog semula kak, saya blog pun dah lama bersawang2 ๐ , kakak Ada Instagram ke? Kalo Ada bagi link, saya nak follow, anyway bestnya la dapat jln2 bercuti d negara lain ni, pemandangannya pun Indah sangat...Bunga rose Tu pun cute sangat๐๐๐
Julie
Pontian
Banyak gambar2 yang melawat Bosnia ni terperap hehehe... memang cantik negera Bosnia I Herzegovina ni.
Ya betul tu banyak pengalaman dapat bila tengok2 tempat orang.
Salam Bahagia Diana Rashid,
Comelkan memang kecil dari kancil suka bentuk bonet belakang kereta tu.
Betul saya pun pertama kali tengok rupanya macam tu Bunga pokok ru.
Memang indah kawasan bumi Bosnia I Herzegovina ni.
Waalaikumsalam Julie,
Terima kasih banyak2 ingat kat Kak ni.
Hehehe... Kak belum mampu terjebak dengan Instagram tu, nanti kecik hati orang kalau Kak tak reply. Facebook pun Kak takde sendiri punya yang official.
Aduiii sedangkan blog ni pun Tenggelam timbul dah Julie dek kekangan masa.
InsyaAllah kalau ada Instagram Kak warwarkan.
Setakat ni baru buat kononnya YouTube Channel maintain nama sama Kebun Bahagia Bersama. Ni pun anak-anak yang beriya suruh buat untuk kenangan diorang.
Catat Ulasan