Syawal hari pertama pagi adik beradik ada singgah di Teratak Kiulu Lodge kecuali yang adik bongsu kena video call wassup. Adik bongsu ambil keputusan tak balik sejak COVID-19 ni sebab dia sedang semester terakhir pengajian di UPM. Jika dia balik nanti kena kuarantin 14 hari, dan nak balik pun cuma seminggu je. Duduk makan di luar kami Sekeluarga sambil video callings raya dengan juadah sederhana sahaja.
Sebelah petang Syawal pertama hujan lebat betul sampai bunyi nya rasa tak senang hati walaupun baru rasa nak terlelap rehat petang. Sungai pun mula naik paras tinggi dari biasa kelihatan. Projek jiran untuk tempat berkelah sebelah pun hampir dinaiki air.
Sampai hari ketiga Syawal walaupun air sungai dah mula beransur kecil masih belum keadaan paras seperti biasa. Tetapi masa tengahari tiba-tiba bekalan elektrik terputus pula, jadi kami pergi berteduh dekat tepi sungai. Sambil berteduh di tepi sungai, untuk isi perut tengahari bakar sate dan mangga sebagai pencuci mulut. Sate kalau marinate dengan ada bahannya seperti serai, lengkuas dan halia memang tahan lama tinggal peram dalam peti ais (bukan freezer). Yang ni last stock sate kami peram lepas berbuka puasa tinggal keesokkannya sehari lagi nak berpuasa. Kalau raya ketiga bermakna dah simpan stok marinated sate ni dah 4 hari lebih tetapi rasanya dan kualiti normal tak terjejas macam baru beberapa jam marinate. Tukang Kebun suka letak banyak serai kalau peram ayam daging jika masa tempat freezer takde ruang atau nak bawa bahan bekalan masak masa travel sebab serai ni macam bahan pengawet dia hindarkan daging ayam dari cepat jadi membusuk, macam anti-bacterial agent. Kesegaran ayam dan daging tahan lama walaupun dalam fridge biasa je jika diperam dengan serai.
Link di bawah ni kongsi suasana sekitar sungai lepas 2 hari banjir besar.
Kalau pakai smartphone versi Web baru dapat nampak terus YouTube terpapar di sini. Kalau versi mobile kena tekan link.
Jika tidak kena klik link tersebut.
Di Teratak Kiulu Lodge sekarang ni dah berminggu musim buah mangga. Ada dalam 4 pokok mangga juga yang jenis berbeza di sana memang sebelum tanah bertukar milik dah tumbuh di situ. Setiap kali adik perempuan singgah hantar stok bekalan makanan ke kedua ibubapa kami lepas kerja (essential service) kat pagar je (orang tua high risk), kekadang mama papa bekalkan mangga untuk kami yang di Kota Kinabalu bagi adik bawa balik. Kami pun tak jejak Teratak Kiulu Lodge, cuma masa lepas buka CMCO boleh merentas negeri baru balik Kiulu. Itupun atuk asyik tanya bila nak balik rindu cucu dan kami pun sukar kalau balik masa hari kerja kat sana nak work from home kerana line Internet tak berapa baik dalam rumah. Kat luar kebun mencari line Internet yang lebih baik bila nak video conferencing. Jadi hujung2 dah mula cuti raya baru balik.
Mangga masak yang dikutip gugur sendiri kekadang dibuat puding mangga. Puding mangga versi simple sahaja gunakan 4 bahan asas.
Bahan-bahan puding mangga:
2 gelas air (nak larutkan agar-agar)
10 gram agar-agar
1 cawan susu pekat (boleh juga guna susu cair atau susu segar atau santan)
5 biji mangga masak (isi blender buat puree tanpa bubuh air)
Optional:
Gula (jika rasa tak cukup manis)
Kalau Tukang Kebun rasa tak perlu Gula kalau jenis mangga yang manis.
Versi YouTube letak Gula Batu, tapi lepas tu Tukang Kebun tak letak gula Batu sebenarnya.
Cara-cara boleh tinjau link di bawah.
Sebelum tengok home made mango pudding tu, boleh tengok gelagat angsa-angsa marah manja nak minta bahagian buah mangga nya. Nasib tak berebut dengan Rayyan yang mengalah je tak jadi ambil semua buah mangga yang jatuh dari pokok. Angsa suka sangat mangga sampai kedekut tak nak kongsi dengan ayam dan itik.
Kat Teratak Kiulu Lodge, angsa suka makan mangga, yang Di Kebun Bahagia Bersama, Sungai Buloh pula peminat nangka dan tombong kelapa.
THROWBACK:
Angsa makan nangka
Angsa makan Tombong Kelapa
Rindu dengan si MOMO.
Angsa ni senang je nak pikat hati dia, tolong bantu kopek buah-buahan kegemaran dia. Nanti jadi best buddy. Kasihan juga tu susah angsa ni nak gigit kulit buah nak tebuk dapat isi kecuali memang dah berlubang.
Selamat Hari Gawai
10 ulasan:
bestnya kak beraya di kampung.... sekarang tengah musim mangga kan sana sini nampak org jual mangga
seronoknya raya di kampung
jeles jap :_(
Aduhai.... nyamannya! Mangga tu sangat menggoda... rasa mau kutip sama2!
Dekat Sabah ni tak de pula orang jual sangat walaupun musim mangga. Sebab sini ketat sikit PKP orang belum boleh mula menjual di Tamu atau pasar pagi.
Gara-gara cuti sekolah sertai acara larian di Kampung terus sambung raya.
Boleh sejuk kan badan di Sungai masa musim panas.Bawa bekalan mangga sesama.
Kalaundekat dh lama mamA sampai dah
Cantik betul tempat ini, sangat segar dengan kehijauan dan sungai yang jernih airnya. Tengok anak anak tu sungguh ceria mereka. Beruntung TK memiliki tempat ini.
Jika ada rezeki melawat Sabah, marilah lawat tempat ni ada banyak juga aktiviti pelancongan.
Cuma kalau musim hujan lebat setiap hari, tak dapat anak-anak turun ke Sungai sebab aliran deras laju.
Catat Ulasan