No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 5 Jun 2020

Serunding Bunga Kantan Kingfisher


Di kebun belah Kingfisher ni tempat menanam sebenarnya adalah di luar kawasan milik tapak perumahan. Jadi kebun ini boleh dikategorikan sebagai "Guerilla Gardening" menggunakan tanah awam atau reserve yang tidak digunakan. Sekarang ni penuh dengan barisan pokok-pokok pisang Saba kalau orang Sabah panggil lah. Pisang Saba ni jika di Semenanjung Malaysia lebih dikenali dengan panggilan kalau Tukang Kebun tak silap lah pisang Abu atau pisang Nipah. Aiyak keliru kejap pisang Saba ni belakang ada 'H' atau tidak??? (mohon komen perbetulkan Tukang Kebun). 

Yang mengenali susuk pokok pisang Saba ni pasti tahu pokok ni kalau subur pertumbuhannya memang jenis pokok pisang yang besar dan tinggi. Ahem nak tuai buahnya kalau Tukang Kebun seorang memang fikir banyak kali hahaha... Pokok pisang Saba ni memang kegemaran buat goreng pisang. Maka bila dah beranak pinak pokok-pokok pisang Abu ni lama kelamaan kawasan tepi luar rumah yang kosong dahulu di tepi Parit dah tak nampak. Sudah nampak macam hutan kecil semulajadi menyejukkan rumah dan melindungi pemandangan yang tak indah belah parit tu. 

Syukur Alhamdulillah di bawah kanopi pelepah-pelepah daun pisang Saba yang redup ni ada tumbuhan happy hidup Bahagia Bersamanya. Sebagai contoh pokok kaduk dan tak ketinggalan pokok Bunga kantan. Rupanya pokok Bunga Kantan ni dalam diam-diam berbunga meriah di tepi parit yang bila dah jadi hutan kecil begini dengan angle camera trick boleh nampak macam sungai kecil kan. Ini sebenarnya tebing curam lembut juga kalau takde pokok-pokok ni tutup bumi boleh jadi terhakis dan tanah runtuh kecil. Itu sebabnya Anak-anak tunggu kat atas je meneman papanya ambil Bunga Kantan dekat parit sebab papa kena merentas negeri dulu back to opis. 

Masa PKP ni Anak-anak mula gemar masakan daun kaduk celup tepung sebab diorang kata rasa macam seaweed dan kerepek ranggup. Boleh lah lihat telatah mereka makan daun kaduk dengan mee soba yang simple untuk sarapan disediakan oleh papa Abby di video bawah ni:

https://youtu.be/Y8wjQ_y4BNk


Di Sabah ni salah satu masakan untuk lambakan Bunga Kantan atau dapat simpan lama masakannya ialah dengan membuat Serunding Bunga Kantan (contoh share di video bawah). Jika ke Kundasang dah meriah banyak kedai jual macam-macam jenis serunding seperti Bunga Kantan, tuhau dan lain-lain. Kadang kalau bila dah terlampau letih dari kebun mata pun dah kuyu buat goreng tumis Bunga Kantan dengan ikan bilis goreng je makan dengan nasi panas-panas. 

https://youtu.be/dMmrT9gtCg4


Yang tertanya-tanya stok rizom Bunga Kantan warna merah atau putih ada stok. 
Boleh directly contact wassup message suami Tukang Kebun (0192931340). 


12 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Tak pernah lagi mencuba serunding bunga kantan

Ana Jingga berkata...

kawasan saya ni ada pokok kantan pink sahaja, daun kaduk tu ada bau yang kuat kan rindu nak makan miangkum dari daun kaduk ni :)

mamapp berkata...

Wow daun kaduk celuo tepung mesti sedap tu

Hans Hanis berkata...

wahhhh
1st time dengar serunding bunga kantan
mesti wangi jer bau serunding tu

meintheswim berkata...

Best nya bunga kantan. Saya biasa tanam di tepi rumah hidup elok tapi tak berbunga. Rupanya bunga kantan boleh dibuat serunding. Dalam keluarga saya kita taruh dalam kuah laksa atau buat ulam saja.

Cik TK berkata...

Baru tau kantan boleh buat serunding

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Wak,

Cubalah bekalan mudah nak bawa ke kebun.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Ana Jingga,

Kalau di goreng ala tempura bau kaduk ni dah jadi tak kuat letak garam sikit macam seaweed pula.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Syukur Alhamdulillah anak-anak suka makan daun kaduk masak style begini.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hans Hanis,

Boleh membangkitkan selera.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty,

Pokok Bunga kantan ni kalau kena tempat memang rajin kalau tak ada mood juga hehehe... Kat Sabah Sayur campur dengan daun bawang dicampur goreng dengan Bunga Kantan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cik TK,

Cubalah proses nya tak renyah macam buat serunding guna daging.