Asyik gambar cempedak je kebelakangan ini, jangan jemu ya...hehehe...nak buat camne dah musim cempedak di sini. Jambu air yang banyak kali musimnya dalam setahun pun dah mula boleh dipetik-petik minggu ini di Petak No. 7. Yang menariknya minggu ini team members KBB yang lain pelik mana tukang kebun dapat ubi sengkuang yang saiz besar ini. Sebabnya macam takde batas sengkuang tukang kebun buat tahun ini setahu pengetahuan team members yang lain.
Siapalah sangkakan tukang kebun ada simpan stok ubi sengkuang dalam tanah. Ya ubi sengkuang lebih tahan lama disimpan dalam tanah berbanding dengan peti ais. Lagipun tahun ini musim kemarau hujan jarang sekali jadi takdelah nak risau ubi sengkuangnya reput ke apa. Dulu ada tukang kebun rekodkan yang di kawasan dekat keliling bawah pokok belimbing buloh dan kemboja banyak sengkuang tumbuh sendiri dan lokasi tersebut memang sesuai tanam sengkuang (klik nota tukang kebun sebelum ini). Tambahan pula kawasan tersebut walaupun sengkuang naik berleluasa dah berapa kali pokoknya dipotong dengan mesin rumput bersama-sama semak weed yang dah meninggi. Bila hujan pucuk-pucuk baru akan muncul juga dan ianya mula teruskan pertumbuhan. Masa musim panas kemarau pertumbuhannya terbantut tiada pucuk yang timbul jadi ubinya duduk diam-diam bertapa tanpa pertumbuhan dalam tanah. Ini diibaratkan ubi sengkuang disimpan dalam tanah dan bila diperlukan barulah digali keluar. Earth and Environment friendly, tak perlu pakai electricity untuk simpan dalam peti ais.
Baru-baru ini hujan dah mula makin bertandang jadi pucuk-pucuk baru mula timbul keluar dari simpanan ubi sengkuang yang tukang kebun biarkan dalam tanah berbulan-bulan lamanya. Pucuk yang baru keluar semula inilah beri petanda kepada tukang kebun ada ubi sengkuang dalam tanah tersebut ikut sulur pucuk baru. Pucuk yang baru tersebut pun pelbagai saiz, ada besar sama saiz dengan jari kelenkeng tukang kebun memberikan petunjuk untuk membezakan pokok sengkuang yang muda baru cambah dari biji benih ataupun memang dari ubi sengkuang. Kalau pokok baru cambah halus jelah pucuknya. Lepas nampak pucuk sambil merumput mengemas kawasan tersebut bermulalah operasi mencari gali harta ubi sengkuang stok yang tukang kebun dah lama simpan dalam tanah tu. Banyak lagi ni yang masih duduk diam dalam tanah tak teruja nak keluar pucuk tapi hati bahagia yang trial tukang kebun simpan sengkuang dalam tanah kali ini berjaya. Berbulan-bulan dalam tanah tapi kesegarannya masih kekal tidak seperti menyimpan dalam peti ais setelah berhari-hari.
Cara menyimpan makanan berubi ini dah lama dipraktikkan masa zaman tak de peti ais lagi cara orang dulu simpan makanan mereka. Orang Eropah dulu pun simpan ubi kentang, carrot, parsnip dan lain-lain untuk stok ketika musim sejuk masa mereka tidak dapat menanam atau hinggalah the next harvest adalah dengan hanya menggunakan tanah atau pasir sahaja. Ramai sudah mempraktikkan semula cara ini dari membekukan sayuran ubi tersebut. Cara old fashioned school ini kesegaran lebih tanah lama dan jimat electricity dari frozen method. Setakat pengalaman yang ada, tukang kebun tahu ubi sengkuang tak tahan sejuk bawah 15 degree Celsius dia akan mula reput. Tapi ianya tahan expose dengan cuaca kelembapan tinggi biasalah asalnya sengkuang dari Mexico pun cuacanya lebih kurang je dengan tanah rendah kat Malaysia ni.
Salah satu alternative menyimpan sengkuang secara Earth friendly di iklim tropika ialah simpan dalam tanah kalau banyak sangat tak berabis. Takut tua ubinya pangkas sampai dekat tanah untuk memberhentikan pertumbuhannya. Tukang kebun teruja minggu ini nak check stock sengkuang dalam tanah apabila melihat tuaian Awin di Petak Hijau baru-baru ini. Rasa motivated sikit nak tambah celoteh pasal tips sengkuang yang memang senang nak tumbuh sesuai untuk novice gardener cuma nak kena sabarlah sebab masa menuainya ambil masa dari sayur lain.
~ Biji benih sengkuang ~
Anggaran 15 biji benih dalam satu pek RM3.00 .
Pokok asparagus pun masih pemurah menghasilkan tombak-tombak untuk kami. Hujung minggu lepas FUJI morning glory pun mula kembang bunga pertamanya.
Gardeners yang berminat untuk buat self-collect tumbuhan dan biji-biji benih hari Sabtu ini (23hb Ogos 2014) antara pukul 5:30PM ~ 6:30 PM berdekatan shopping complex The Store, Sungai Buloh boleh buat temujanji dengan tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) .
Untuk hari tersebut offer tanah bakar mixed dari Kebun Bahagia Bersama masih terbuka (info klik sini) sebab projek pruning tergendala last week.
~ Tanah Bakar Mixed dari Kebun Bahagia Bersama ~
1 bag for RM5.00 .
8 ulasan:
cempedak goreng yang sedapnyerr buat minum petang dan sengkuang palit sos ermmm...
tq info simpan sengkuang...
betul la pepatah diam2 ubi berisi,,sama ngan kunyit jugak igt dah mati tiba2 tumbuh daun.
Mil yg ajar jugak halia kalau x habis kambus dalam tanah or pasir jangan dibiar kering dalam peti ais.
sud@is..sengkuang palit kuah rojak memang sedap sangat..makanan dulu2 ni kat sekolah..lebih sedap tabur kacang atas tu...mmm..meleleh air liur..
tak jemu....salivating by looking at it. I can actually eat the whole buah by myself in one day ! So greedy..
ChoiMin
Bila tukang kebun buat pruning nanti boleh tak consider untuk buat satu entry on the same? Mcm shas sayang nak cantas dahan pokok and x tau kat mana perlu cantas. Thanks.
Teringat pula... Dulu2 sebelum kenduri kendara bongkah ais disimpan dalam tanah..
Tak pernah tahu pun cara simpan dlm tanah or pasir ni...baru je semai sengkuang...:D
Diana simpan kan benih asparagus yer
Dear Sud@is,
Sama-sama berkongsi ilmu kebun yang ada.
Dear Cucubulat,
Memang betul tumbuhan yang berubi/rizom lebih elok disimpan dalam tanah berbanding simpan dalam peti ais lama-lama kecut kering. Tukang kebun pun kekadang lupa jenis-jenis halia dan kunyit koleksi dekat kebun tu bila dah lenyap daunnya kat mana. Kekadang tunggu tumbuh pucuk baru. Kalau tidak pun bila gembur-gembur tanah terjumpa.
Dear Kak Mala,
Tabur kacang kat atas memang lagi bertambah sedap dimakan.
Dear Choi Min.
Cempedak season now, banyak sungguh orang buka gerai jual cempedak sekarang.
Dear Shas.
InsyaAllah bila teringat nanti ditunjukkan. Ada juga certain plant yang tukang kebun dah pernah tunjuk bab pruning.
Dear Kak Mar.
Nostalgia sungguh bongkah ais simpan dalam tanah :) .
Dear Nadia,
Moga sengkuang Nadia naik dengan subur cepatnya.
InsyaAllah cuba pos malam ni.
Catat Ulasan