Salam Bahagia dan harap semua sihat sejahtera. Moga rezeki hujan yang banyak hujung bulan ini membuatkan tanaman di kebun nampak subur kembali. Cuma yang tak tahan weed pun cepat je naik walaupun baru je merumput. Kebelakangan ni memang tak de masa nak merumput jadi masa penghujung bulan Ramadhan dan awal Syawal banyak yang terbiar duduk bahagia bersama weed. Seperti gambar di bawah di mana pokok-pokok bendi heirloom mammoth spineless tukang kebun biarkan sahaja dikelilingi rumput. Nasib baik dia tak kisah diabai oleh tukang kebun dan biasalah musim raya ni memang tak tertuai bendi-bendi di kebun jadi semuanya dibiarkan dijadikan benih untuk stok fresh tukang kebun.
~ Bendi Merah ~Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (info klik sini)
~ Bendi Mammoth Spineless ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (info klik sini)
Minggu lepas tuai batch cempedak terakhir untuk musim kali ini. Tukang kebun intai pokok nangka madu Thai dah mula berputik kembali. Instinct tukang kebun rasa pokok cempedak pun keberangkalian akan mula berputik juga nanti. Jika murah rezeki Kebun Bahagia Bersama Team Members, InsyaAllah hujung tahun ini ada lagi musim nangka dan cempedak.
3 ulasan:
Tertipu beli cempedak `mangkaq' dan buruk merebak didalam...hehehe .beli cucur cempedak lagi senang
Elok cempedak TK
Kat sini harga pasaran RM6-7 sekilo. Kalau beli direct kat tuan dia bolehlah RM3-4. Cempedak Diana nampak cantik. Sure ulas dia tebal dan besar ya..
Dear Sudais,
Kekadang memang susah nak agak bagaimana isinya di dalam cempedak masa membeli. Yang cempedak kat tengah tu dah kena santap dulu. Tapi bila tengok dalam isinya elok ada setengah bahagian lagi sayang jika tak diambil nampak elok boleh makan lagi.
Dear Kak Mala.
Tukang kebun pun tak pasti harga pasaran sebab dekat kebun sendiri ada. Wah untung juga jual cempedak kalau sekilo dah RM3~4 pun.
Catat Ulasan