No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 11 Ogos 2014

Misai Kucing dan Bekalan Tanah

  Sekarang ini di Kebun Bahagia Bersama sedang mulanya musim bunga pokok herba misai kucing. Jangan kucing-kucing di rumah cemburu sudahlah ya. Background turkey dan ayam-ayam mutiara mengekor sebab tukang kasi makan tengah ralit tengok misai ni sebelum bagi breakfast diorang (diorang takde misai). Pokok-pokok herba misai kucing di kebun kali ini tukang kebun dapatkan di Expo FRIM yang diadakan di PWTC pada bulan April ke Mei 2014? Lupa dah. 

 Kebetulan masa EXPO FRIM diadakan ada pameran metal technology kat PWTC juga jadi adilllah untuk kami suami isteri ni. Suami melayan isteri tengok Expo FRIM lepas tu isteri mengekor suami tengok EXPO technology perindustrian metal. Tidak banyak (hampir tiada) jualan pokok-pokok herba di sana pun cuma lebih kepada pameran misi kerajaan sekarang tengah fokus untuk penyelidikan kepada beberapa pokok yang berpotensi dijadikan produk kesihatan dan yang seangkatan dengannya. Kami pergi dating berdua je naik komuter, jadi pokok misai kucing pun tukang kebun angkut sekali bawa balik dengan komuter. Teringatkan pesanan-pesanan pernah diterima dulu, kalau terjumpa pokok misai kucing ingat-ingatlah diorang. Kali ini cuma dapat beranakkan pokoknya ada 3 bekas sahaja dapat dibekalkan bulan ini (first come, first serve). Jika ada permintaan banyak, InsyaAllah tukang kebun akan usahakan lagi. Memandangkan tukang kebun pun sekarang masa makin terhad, terpaksa prioritize yang mana nak kena pastikan stok tak terputus kadangkala dilema juga sebab senarai pun makin panjang.

~ Pokok herba misai kucing ~
1bekas harga RM7.00 (kebunkmg@gmail.com) .

 Minggu ini baru nak mula puasa 6. Lepas puasa 6 kami ingat dah mula projek hard pruning untuk pokok-pokok besar di keliling kebun. Bila potong dahan-dahan besar ini akan dikumpulkan dalam kolam tempat membakar green waste semula jadi penuh balik. Kena tunggu kering baru boleh bakar. Jadi sebelum kena tindan dengan dahan-dahan besar di kawasan tersebut. Nak kena buat stock tanah bakar dulu sebelum projek pruning bermula kembali. Tanah yang kami gunakan adalah seperti posting bertajuk ' Black Gold' (klik sini). Di bawah adalah contoh tanah bakar yang sama batch dikorek dengan apa yang ada di belakang sana dan mula dihuni oleh cacing-cacing and friends bila dah kerap basah tanahnya disiram hujan. Gardeners yang teringin nak mencuba tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama untuk bulan ini boleh self-collect berdekatan dengan The Store, Sungai Buloh pada hari Sabtu (16hb Ogos 2014) ini antara pukul 5:30PM ~ 6:30PM. Hari lain tukang-tukang kebun tak dapat sebab banyak urusan bulan Ogos ini. Open juga self-collection untuk pokok-pokok dan biji-biji benih.

 Tanah bakar yang dibekalkan kebarangkalian akan diisi dalam guni makanan ayam yang saiz besar dikitar semula. Guni itu akan diisi sekurang-kurangnya bersamaan dengan lebih dari 2 kali ganda lebih beg tanah yang dijual di nursery anggaran harga RM2.00 ~ RM2.50. Kami offer 1 bag harga promosi RM5.00 . Manalah tahu kalau termasuk batu-batu ketul tu tak disengajakan sebab bila kaut banyak-banyak masuk dalam beg ada kemungkinan tak perasan. Ini pun tak pasti berapa beg boleh dibuat ni, tengok tenaga dan masa.

~ Tanah Bakar dari Kebun Bahagia Bersama ~
1 bag for RM5.00 (make your booking at kebunkmg@gmail.com)

 Hari ini pertama kali tuai bendi jenis pendek gemok heirloom ' Star of David' yang di sebelah kanan dalam gambar, di sebelah kiri bendi baby muda jenis 'Mammoth'. Ada Mak Aji dari 'Greenfingers' tunjuk masakan di timur tengah dulu guna bendi jenis pendek gemok ni dulu di posting blog. Untuk Birthday masuk 2 tahun Abby, Mak Aji ada hadiahkan kek with love. Terima kasih banyak-banyak Mak Aji, sedap ramai suka. Terima kasih kepada Awin dari Petak Hijau hadiahkan muffin yang dapat tukang kebun makan untuk bersahur. Gemok dengan kasih-kasih sayang Kebun Bahagia Bersama Team Members bulan ini. Syukur Alhamdulillah.

 Selain dari itu, rezeki dari kebun hari ini adalah juga sambil kasi makan ayam sempat tukang kebun tuai kacang panjang batik, asparagus, tahiti lemon dan roselle yang tak sexy sangat buahnya minggu ini. Sempat juga pruning pokok mulberry di petak C juga tadi. Untuk gardeners di Sabah/Sarawak kami biasanya bekalkan mulberry cuttings (10 fresh mulberry cuttings for RM7.00 dengan pos laju RM10.00). 


6 ulasan:

Normala Saad berkata...

Diana,kalau dekat-dekat rumah, mau pi beli dan angkut tanah hitam ni..Yang jual kat pasaran sekarang lebih serat dari tanah..

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Sama2 Diana. Alhamdulillah kek mendapat sambutan. It was a pleasure making it untuk Abby birthday girl yang comel! Harapkan corak atas kek sahaja sebagai dekorasinya.

Kalau ada benih bendi star of David Mak Aji nak ya Diana!

Julie M berkata...

Kak, Misai kucing tu, misai kucing jantan or betina? berminatlah nak beli...

@na berkata...

betui kata kak mala tu...susah nak dpt tanah berkualiti macam ni...

Awin berkata...

Tanah bakar yg Diana offer tu mmg nak beli sangat2. Memang bagus tanah tu sbb pH neutral. Saya dah bandingkan dengan tanah yg saya beli di nursery. Memang bacaan berbeza. Cacing pun banyak. Ujian dilakukan terhadap tanah dalam bekas anak pokok yang dibeli

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Diana masih tertanya-tanya kenapa dekat Malaysia ni tanah hitam dan tanah merah jual asing-asing kenapa ya? Kenapa tak siap campur je senang. Confuse pun ada.

Salam Bahagia Mak Aji,

Ada saudara datang makan nak dekat setengah dia habiskan suka sangat.
InsyaAllah bila benih bendi star of David ada kami simpankan.

Salam Bahagia Julie,

InsyaAllah minggu depan kami pos.

Salam Bahagia @na,

Dok tengok kolam makin kena timbus dengan tanah bakar tu yang dapat idea buat mix soil sendiri.

Salam Bahagia Awin.

Wow cepatnya Awin buat research. Tukang kebun pun tak terfikir nak check pH tanah lagi hehehe...Syukur Alhamdulillah banyak cacing sudi menghuninya. InsyaAllah hujung minggu ini kami prepare tanah bakar pesanan Awin.