No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 3 September 2014

Home-Spa Tepus Wangi

 Hari Sabtu dan Isnin lepas kami sekeluarga buat air mandian herba spa sendiri di rumah. Spa merangkap penghapusan virus dengan mandian wap. Kisahnya begini, jumaat malam setelah hampir seminggu Abby tak baik-baik demam dan nafasnya seakan kencang berlainan dengan abang-abangnya semua dah baik dari demam cuma semalaman je. Sebab Sabtu sebelum itu, kami ke Zoo Negara dan cuaca pun sekejap hujan sekejap berhenti jadi terkena hujanlah. Saja pergi Zoo Negara bawa birthday boy Rayyan berjalan-jalan. Lagipun budak-budak ni lama tak keluar berjalan. Keesokkan hari lepas pergi Zoo Negara mulalah sorang-sorang demam. Tapi Rayyan dan Ilhan semalam aje demam panas.

  Jadi kami pergilah bawa Abby jumpa paediatrician di Putra Medical Centre. Doktor suspect kena jangkitan viral dengar dari nafasnya lagipun ada 2 nurseri kanak-kanak di Kuang dan Saujana Utama ditutup sebab kes influenza. Masa tu tukang X-Ray pula tiada masuk shift lagi mungkin tengahmalam baru ada. Nasib Abby baik, kebetulan ada perkerja asing patah kaki jadi kami tak perlu tunggu tukang X-Ray baru sahaja tiba. Tengok dari X-Ray Abby macam ada jangkitan tapi masih faint lagi. Doktor kata kalau demamnya tak surut lagi 2 hari nanti bawa pergi Hospital. Sebelum balik untuk mudah tido dan cairkan kahak kenalah pakai mask berwap-wap dari tong gas tu.

 Oh tidak hati ini meronta and become desperate mother. Paling tak mau kalau kena duduk hospital lagi. Kalau Abby admitted maknanya desperate mother dia pun duduk hospital sekali lah. Dah desperate mother, mulalah masa nak tidurkan Abby kepala desperate mama dia dah mula brainstorming cari idea apa yang boleh nak purify go away shoo shoo virus dalam chest Abby ni. Mesti ada sesuatu yang anti-viral juga dalam kebun tu boleh digunakan secara selamat. First criteria candidate must be the whole plant is edible can be used in cooking. Second, something that is from a family famous as traditional medicine related with cold or flu. Then, tukang kebun tiba-tiba bila teringat balik Abby pakai mask keluar wap-wap tu terbayang kalau kita hidu something steaming mesti masuk dalam paru-paru dan boleh cuci-cuci kasi halau viruslah kononnya.

 So tukang kebun came up with the idea mandi dengan air rebusan Tepus Wangi atau juga dikenali sebagai Serai Acheh. Nama pun dah tepus wangi memanglah wangi macam serai jadi terasalah seakan bermandian spa. Bila rebus tepus wangi ni satu dapur pun bau dia. Jadi siapa yang lepak dalam dapur sambil airnya tengah mendidih pun secara tidak langsung hirup wap-wap dari air rebusan Tepus Wangi. Macam nak hapuskan denggilah pulak. Cubalah usaha cara gini nak hapuskan virus-virus yang nak menetap dalam diri kita ni, kita pakai hidu wap kasi spray sama dia. Tapi ini spray selamatlah bukannya Ridsect. Ikthiar cara begini pula for our Abby, Syukur Alhamdulillah lepas mandi dengan air rebusan Tepus Wangi Abby dah tak demam lagi dan nampak badannya makin segar.
 Tukang kebun teringatkan Tepus Wangi yang banyak tumbuh bahagia dah padat sangat bawah lindungan pokok-pokok besar yang tidak dihiraukan. Ada juga kegunaan engkau ya, dah nak sebotol Abby minum ubat demam akhirnya engkau juga jadi penawar. Tepus Wangi ini tak susah bela dan cepat sangat membiak berbanding dengan serai. Sementara nak tunggu batang-batang serai tu mengemuk boleh saja gunakan Tepus Wangi sebagai pengganti. Bunga Tepus Wangi pun lebih sangat comel dari bunga serai. 

 Seperti contoh dalam gambar di bawah, boleh nampak panyak pucuk-pucuk merah baru berselirat keluar menunjukkan betapa cepatnya mampu Serai Acheh membiak. Tukang kebun rebus semua bahagian Tepus Wangi lepas cuci-cuci untuk mandian spa herba (purify the body) sambil buat kerja-kerja lain. Jadi bukannya susah pun nak buat air mandian herba spa di rumah untuk seisi keluarga jimat duit. Si Rayyan paling seronok katanya nak mandi air daun mama buat lagi.

 Testimoni tukang kebun pula ialah ya betul yang dikatakan spa Tepus Wangi ini membantu menghilangkan angin dari badan. So expecting mother pun bolehlah prepare tanam stock Tepus Wangi untuk dibuat mandi semasa pantang hilangkan angin dan segarkan badan. 

  For more info on Tepus Wangi (klik sini).

~ Tepus Wangi dari Kebun Bahagia Bersama ~
1 bekas untuk Semenanjung Malaysia atau 1 moist-bare-rooted plant for Sabah/Sarawak for RM7.00 .

 Sambil mengemas pada pagi Sabtu lepas tak perasan dekat atas pokok limau kasturi rupanya ada buah sampai dah nak masak. Bolehlah buat air limau kasturi pada sebelah petang dan bagi boost immune system sekeluarga. 
 Rasanya hari ini ramai yang dah terima goodies dari Kebun Bahagia Bersama dipos via Pos Laju pagi Selasa. Tukang kebun pun expecting ramai yang tertanya-tanya juga apalah benda-benda lain yang disumbat sekali selain dari pesanan. Antaranya kalau ada ruang dan tak lebih berat, ada yang menerima keratan mulberi. Memandangkan secara random (minggu ini lebih 5 benda berlainan selection courtesy from our kebun), tukang kebun selitkan 'surprise' jadi dah tak ingat which gardener dapat apa. Biarlah selain keratan mulberi itu rahsia, mungkin mudah kalau hantar photo ke tukang kebun yang tak kenal nanti tukang kebun huraikan. 

16 ulasan:

sud@is berkata...

Tepus wangi ni seakan lengkuas pokoknya....best buat mandian herba, segar seluruh badan...

@na berkata...

bagus boleh buat home remedy mcm ni - blh try jgk mandi ala2 spa kat rumah...jimat budget
tima kasih..kongsi idea hebat ni

Juliana berkata...

ada dijual? kalau ada, berapa ye?

cucubulat berkata...

oo serai acheh tu tepus wangi..sy ada tanam tapi tak tau nak guna,,tq tukang kebun,dapat ilmu baru hari ni.

Ibu Qistina berkata...

Assalam Diana,

Nak tanya yang tepus wangi tu diana just rebus dia sahaja atau rebus campur bahan2 lain sama? . Anak dara may tgh demam dan kene viral selsema mcm abby. dia punya paru2 dah 2 kali masuk lendir dari batuk dan selsema. Harini pun masih x sihat lagi,terpaksa jugak hantar nursery sbb x da cuti dah. x mo hantar hospital sbb takut dia admited,doc bagi steroid low dose untuk elakkan dia masuk balik dalam paru2. Asyik kene nab kesian kadang. Nak cuba la cara tradisional ni. Nak ikhtiar cara back to nature. mekasih diana bagi tepus wangi ni. :)

Tanpa Nama berkata...

Get well soon Si Abby...

Choi Min

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sudais.

Tepus wangi ni memang dok keluarga sama dengan lengkuas. Lengkuas pun boleh buat segarkan badan. Cuma malas nak korek rizom lengkuas yang challenging tu hehehe. ..tepus wangi mudah nak cabut.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ana.
Sama-sama sekiranya dapat kongsi manfaat yang ada. Memang budget home-made spa. Nak rendam berapa lama pun boleh. .

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Juliana.

Ada dijual tepus wangi RM7.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Choi Min.

Itulah gelarannya serai acheh=tepus wangi .

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ibu Qistina.

Hanya rebus tepus wangi sahaja. Tiada bahan lain. Semoga Qistina dah makin sembuh.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Choi Min.

Thank you for the good wishes.

Julie22 berkata...

Petua yg sungguh bermanfaat. Thanks kak Diana.

TukangKebun berkata...

Salam Julie.

Sama-sama kita kongsi ilmu yang ada manfaat.

Tanpa Nama berkata...

salam kak,kalau ada lagi tepus wangi saya nak

maisarah_nb@yahoo.com.sg

TukangKebun berkata...

Tepus wangi masih ada lagi dan butiran dah email.