No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 10 Mei 2015

Limau Kapas

  Sesetengah tempat memanggilnya limau kapas, ada tempat lebih mengenali buah citrus ini sebagai limau nipis. Dalam keluarga limau kapas pun ada beberapa jenis. Baka Big Boss punya limau kapas ini review yang diterima dalam package Pasar Online Kebun Bahagia Bersama selalu dikelirukan rasanya dengan buah lemon (kerap keliru Tukang Kebun ada bungkus limau kapas tapi diingatkan buah lemon kerana rasanya). Feedback diterima katanya baunya wangi. Rasanya tak sekuat macam limau  nipis yang dikatakan ada rasa pahit sikit tapi baka ini lebih rasa ke arah lemon. Buat air memang mirip rasa lemonade.
  Satu tangkai pokok limau kapas kekadang boleh menghasilkan banyak buah dalam satu gugusan (contoh gambar No. 1). Kekadang sehingga 8 buah segugus jika bunganya kena pendebungan yang baik dari pertolongan agen pendebungaan seperti lebah. Putik bunganya seakan berwarna merah jambu tapi bila kembang mekar penuh bunganya berwarna putih. Kalau pokoknya keluar banyak bunga-bunga kembang mekar serentak memang bila lalu pagi-pagi sungguh wangi bunganya bila lalu berdekatan pokok kapas. Jika pendebungan baik berjaya bunga, pokok limau  kapas akan mula membentuk buah seperti gambar No. 3 di bawah.
  Kadangkala pokok limau kapas ini tidak menghasilkan gugusan bentuk buah pokok limau kapas yang biasa dilihat berbentuk bulat seperti dijual di pasar. Tapi kadangkala menghasilkan buah berbentuk bujur mirip kepada lemon seperti gambar No. 4 di bawah. Pokok limau kapas amat bahagia jika diletakkan di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak. Pokok limau kapas biasanya tahan lasak setelah dipindahkan beberapa minggu dan pokoknya sudah nampak membesar dan stabil ianya tidak memerlukan kekerapan penyiraman. Biasanya taburan hujan yang diterima sepanjang tahun di cuaca Tanah Rendah Malaysia sudah memadai. Musim berbunga pokok limau kapas yang lebat biasanya setelah pokoknya mengalami musim kemarau beberapa minggu akan membuatkan pokoknya teruja untuk beranakkan buah-buah. Walaupun cuaca tahun lepas kemarau lama beberapa kali musim, membuatkan pokok limau kapas lebih banyak kali berbunga berbanding dengan cuaca tahun ini di mana hujan kerap bertandang. Bukan sahaja bagi bunga limau kapas tetapi diperhatikan pokok-pokok adik beradik citrus lain juga begitu seperti pokok limau kasturi dan lain-lain.
  Feedback yang diterima juga limau kapas ini seedless tidak berbiji. Nota tukang kebun tengok bergantung kepada faktor persekitaran musim pembesarannya, ada musim ianya memang tidak menghasilkan biji, ada musim ada biji tapi tak sebanyak seperti baka limau kapas lain. Pokok limau kapas sukakan tanah yang pengaliran air yang banyak. Tak berapa gemar jika air bertakung. 

~ Pokok limau kapas grafted ~
1 bekas RM15.00 (kebunkmg@gmail.com)

More info about this limau kapas klik here

  Ini antara kesimpulan bakul tuaian Kebun Bahagia Bersama minggu ini hasil yang kerap boleh dipetik di kebun belakang. Buah limau kapas memang kerap setiap minggu mesti ada dalam bakul tuaian.

Have a lovely weekend with your love ones.

4 ulasan:

falraisi berkata...

Ohhh... Then pokok I memang limau kapas la Diana..all these while ingat lemon sebab seller kata lemon. Tunggu buah takde pun jadi kuning. Ingatkan lemon hijau. Heheee..Anyway, memang worth having this tree. Juice tak bitter cam limau nipis n seedless plak tu! Buah memang meriah. Best untuk buat "lemonade" nevertheless! :)

Nooriah Abdullah berkata...

menjadi nya limau kapas diana, kaknoor skrg ni dah tkde satu pun pokok limau semua nya ko, dulu2 ada lah limau kapas dan limau kasturi, tk reti jaga kot kan,cantik bunga limau kapas ni bekenan lah..

Normala Saad berkata...

Diana kalau campur dengan pos berapa ya limau kapas ni...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shas,

Like lemon, limau kapas ini pun bila masak will change colour to yellow. Masa yellowlah paling sedap nak buat juice dan wangi. Not bitter when fully ripen limau kapas ni. Biasa jual dekat kedai harvest sebelum masak betul. Itu yang untung ada pokok sendiri kita boleh pilih masa nak tuai sendiri buahnya.

Salam Bahagia Kak Noor.

Pokok jenis limau ni memang nak banyak cahaya matahari. Kalau lama-lama letak dalam gelap boleh nampak mati ranting-ranting dia, lama-lama dah tak berdaun.

Salam Bahagia Kak Mala.

1~2 pot limau kapas pakai prepaid medium box dalam kawasan Semenanjung Malaysia (RM21).Shipping cost sahaja.