Sengkuang bahagia sungguh hidup di tempat yang cuaca berkelembapan tinggi serta tempat yang tidak sejuk tapi panas. Kalau ada tanah yang tidak berpasir sangat atau tidak keras memang amat mudah untuk menanam sengkuang. Yang bestnya kaum avian yang besar-besar tak terbang di backyard kami tak kacau pun pokok sengkuang, tak payah nak pagar pun sehinggakan sengkuang telah tumbuh merata-rata sejak tukang kebun buat trial menanam sengkuang di lokasi ini penghujung tahun lepas. Syukur alhmdulillah antara lokasi yang berbeza jenis tanah telah kami cuba inilah lokasi terbaik menghasilkan sengkuang. Kadang kala susah nak agak dan berdebar-debar tertanya adakah sengkuang yang ditanam sudah berisi ke belum ubinya kan?
Antara tips yang dapat berkongsi ialah tengok dasar saiz urat pokok sengkuang kalau ianya dah seperti gambar di atas batang tak halus, dah macam ada rasa kayu-kayu batangnya/half woody (kalau belum berubi batangnya akan masih lembut berdekatan bahagian tanah atau urat akar) ada kebarangkalian sudah berisi. Saiz ubi sengkuang bukan dilihat atas berapa besar pokoknya tumbuh tapi berapa besar dasar urat kayu pokok yang bercantum dengan ubi di bawah itu. Kalau pokoknya mahsyuk nak berbunga kebarangkalian pokok sengkuang tersebut tak fokus membesarkan ubi tapi banyak menggunakan tenaganya nak berbunga dan menghasilkan kacang sahaja. Kalau kacangnya boleh makan takpe, tapi beracun so please do not eat the beans. Jadi kalau pokoknya mengeluarkan pucuk bunga pangkas sahaja bahagian tersebut. Kalau nak simpan benih satu pokok sahaja dah memadai boleh bagi stok setahun untuk yang suka-suka menanam. Pekebun Pro sengkuang di tamu pun berkongsi pengalaman dengan tukang kebun, jangan pandang rendah pokok sengkuang yang nampak sahaja kecil tapi ianya sebenarnya menghasilkan ubi yang besar berbanding dengan yang menjalar-jalar tinggi nak berbunga sahaja. Begitu juga sengkuang jangan pula beri kandungan baja nitrogen yang tinggi seperti baja ayam nanti mabuk daun pula. Dalam 6 bulan, biasanya sengkuang dah berubi.
Tempat yang paling bahagia hasil sengkuang yang diperolehi dicuba tanam dahulu adalah di kawasan di atas in full sun (gambar diambil baru je selesai tuai semua sengkuang di ruang ini). Rata-rata rakan-rakan gardening yang tinggal di kawasan bandar ramai yang duduk di kawasan perumahan kan. So secara realistik how can you utilise ruang yang besar lebih kurang setengah meter padu in full sun? Contohnya, gambar di atas dalam setengah meter padu di Kebun Bahagia Bersama pernah atau ada tanaman pokok kemboja, pokok belimbing buloh, pokok bambangan (batang putih di depan sekali) dan sengkuang telah hidup harmoni bersama-sama. Cuma kalau kawasan perumahan pokok bambangan tu canopy akan jadi terlampau besar sebab pokok saiz hutan jadi kalau tukang kebun akan gantikan dengan pokok limau kasturi nanti Majlis Perbandaran marah pula.
Tiba-tiba agaknya dari biji-biji benih sengkuang yang meletup dari kacang yang telah kering tumbuh sendiri bila hujan turun membasahi bumi sini tumbuhlah sengkuang kembali. Rezeki tak perlu nak semai-semai moga dapat gali hasilnya nanti.
Dalam jarak 2 meter mungkin dari lokasi atas ada juga biji-biji sengkuang yang melompat jauh di kawasan partial shade lebih meriah jadi carpet sengkuang pula area ni tumbuh sendiri di bawah pokok rambutan. Beloved husband nanti potong rumput jangan pula potong pokok sengkuang sekali ya nanti ada orang muncung beberapa hari.
Bekalan Biji Benih Sengkuang dari Kebun Bahagia Bersama adalah yang segar dari kebun.
Satu pek anggaran 15 biji benih RM3.00
Ataupun
Bulk Sengkuang Seeds RM10.00 anggaran 70biji benih.
10 ulasan:
saya nak sattttttuuuuuuuu!
salam diana, saya ada tanam sengkuang, memang daun dia gemok2..saya ingat pokok subur camtu, ubinya pun besar, nampaknya tersalah anggap la ni, lagi satu nak tanya bila sesuai untuk tuai.. kene tunggu pokok jadi kering ke?
aida nak satu paket ye diana...thank you..yes aida pun nak tanye..bile masa sesuai untuk harvest sengkuang?
Kalau banyak biji, bolehler tumbuk hingga hancur dan bancuh dengan air utk dptkan racun rotenone bagi organik gardener. Bijinya tinggi rotenone. Daun pun ada racun ni juga. Sebab tulah jarang ada serangan serangga. Jangan sampai digunakan untuk menuba ikan sudah dan jangan terhidu habuk biji yang ditumbuk, nanti sendiri yang pening.
salam Diana.Buat masa ni Makcik belum nak tanam Sengkuang lagi selepas gagal ari tu...Daun begitu subur..rimbun... tetapi ubinya tak ada.Jika ada pun sungguh kecik :( sob sob
Oh, this is so exciting Diana! I definitely want one...any pokok yg senang tumbuh excites me!!!
Will email u later, nak kumpul list of other seeds yg nak dulu.
Kalau tak merimbun pokoknya zilazul should be fine, eloklah dsun subur gemuk2. Dalam 5-8bulan boleh dah. Lama sangat nanti berserat aangat pula.
Dalam 5-8 bulan ok nak tuai dah Aida. Lagi muda lagi juicy and.sweet. kalau 8 bulan tak berubi ada yang tak.sesuai.
Great tips for organic gardening. Kalau pegang seed podsnya nak harvest seeds tangan rasa gatal-gatal.
Cikmanggis~ Cuba lagi sekali. Sengkuang ni tak perlu baja kecuali tanahnya betul-betul tak subur. Jangan pakai baja ayam memang tak sesuai untuk sengkuang. Lambat pokoknya naik tak apa, asalkan berisi.
Nor~ I really love to visit your garden, same as me I like plants that self-seeded easily and don't have to look after at all.
Catat Ulasan