Minggu Merdeka ini big boss balik rumah jadi agak sibuk sedikit, yang memeranjatkan kali ini bila big boss keluarkan dari bungkusan 3 ketul keledek di atas katanya pemberian adiknya untuk tukang kebun dari keledek yang diambilnya dari shopping basket tukang kebun semasa kami bercuti di sana untuk tujuan menanam. Setiap kali tukang kebun balik sana, tukang kebun suka beli keledek untuk buat baby puree sebab ubinya tasteful berbeza dengan yang di supermarket dan Abby lebih kuat makan. Dalam shopping basket tukang kebun ketika itu, ada pelbagai jenis keledek. Menurut makcik tukang kebun keledek jenis-jenis lain menghasilkan ubi atau tuaian pada jangka masa yang berbeza-beza. Ada jenis keledek di Sabah yang dipanggil keledek manis dan harga lebih mahal dari keledek yang lain di tamu boleh mengambil 8 bulan untuk tumbuhnya baru dapat hasil yang memuaskan. Manakala kalau ingatan tukang kebun tak silap, ole-ole keledek organik yang diterima di atas, makcik tukang kebun kata yang jenis ini pokoknya cepat berubi lebih kurang 4 bulan. Tapi dalam pengiraan tukang kebun tidak sampai 10 minggu baru asal ubi keledek yang dibuat untuk menanam diambil dari tukang kebun oleh makcik tukang kebun. Sekejap betul ubi yang ditanamnya jenis ini menghasilkan ubi sebesar dalam gambar dan dapatlah Abby yang merasa minggu ini. Ubi keledek jenis ini, isinya berwarna putih. Tukang kebun will be so happy to receive second opinion jenis ubi di atas.
Banyak soalan diterima mengenai bila pokok ubi keledek menghasilkan ubi untuk dituai. Salah satu faktor yang hendak diambil kira walaupun semua keperluannya seperti baja, air, cahaya dan jenis tanah syarat telah dipenuhi ialah jenis-jenis keledek yang ditanam. Keledek jenis yang berbeza akan mula berubi pada jangka masa yang berbeza.
Daun ubi keledek banyak khasiat, silalah ke posting Sean 'Growing My Own Sweet Potato Leaves' yang telah berkongsi pengetahuannya.
2 ulasan:
Wah, cepatnya berhasil. Untung Abby dapat rasa pelbagai ubi keledek.
Pelbagai jenis ada dijual di tamu sana Sean begitu juga dengan ubi keladi.
Catat Ulasan