Zucchini Heirloom Golden Arch Crookneck kulitnya berwarna kuning dan isinya warna krim. Zucchini jenis ini berbentuk seperti botol dengan lehernya lengkuk. Kebiasaannya buah pertama sudah mula boleh dipetik dalam anggaran 2 bulan. Boleh mula petik buahnya bila sudah anggaran 15cm panjang. Tumbuhan mudah ditanam tapi elak semasa menyiram air siraman tidak terkena pada daun pokok zucchini tapi menghala ke arah tanah pada bahagian akarnya sahaja. Ini bagi menjauhi masalah penyakit ‘powdery mildew’ yang kadangkala dihadapi oleh pokok jenis timun, labu dan zucchini seperti contoh gambar di atas. Walaupun sudah dipesan banyak kali kepada tukang-tukang kebun lain di Kebun Bahagia Bersama tapi masih disiramnya atas pokok bukan di tanah sebab nak cepat.
Pokok zucchini Golden Arch Crookneck boleh ditanam dalam pasu yang besar sebab pokoknya jenis ‘bushy’, untuk gardener yang mempunyai kebun di balkoni juga boleh mencuba menanam pokok zucchini ini. Semai biji benihnya dalam anggaran 1.5cm dalam tanah. Pastikan tanah tidak terlampau basah lama semasa menyemai biji benih zucchini supaya bijinya tidak mudah reput. Jarak di antara pokok zucchini dalam 80cm. Pokok zucchini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam untuk pertumbuhan yang baik. Selalunya bunga jantan akan berbunga dahulu sebelum bunga betina. Bunga zucchini boleh dimakan salah satu cara nak enjoy bunga zucchini ialah dengan goreng salut dengan tepung. Bunga betina dan jantan zucchini hanya kembang dalam sehari sahaja.
STOK SUDAH HABIS
~ Heirloom Zucchini Golden Arch Crookneck ~
Satu pek mengandungi 5 biji benih.
Reservation biji benih Heirloom Zucchini Golden Arch Crookneck boleh ditinggalkan dalam kotak komen dengan meninggalkan nama dan email anda. Tukang kebun akan menghantar email selepas pertengahan June 2013 untuk shipment biji benih ini. Pertanyaan untuk hujung bulan Mei ini agak lambat tukang kebun dapat reply sebab sedang bercuti. Posting tukang kebun hujung Mei adalah posting yang sudah scheduled in advance.
14 ulasan:
bila nampak zuchini.. mesti teringatkan kesedapan ratatouille... hihi..
nak sepeket...
encikbuku@gmail.com
Salam Diana,avia nak 2 pek yer.thanks.
salam.
Nk jugak 1 pek (kak Faiza)
Simpan saya satu
Srikota Garden
saya nak 2 pack
Masih adakah? Satu pek utk eila yerk.
Simpan satu pek utuk saya..thanks
Mier.
saya nak satu diana. tq
Oh Yes, One pack for me pls!!!!
Tukang kebun ada simpankan biji benih jenis zucchini ini seperti pesanan yang diterima di atas. InsyaAllah setelah kembali akan kami hantar email.
Kak Madihaa~ Saya belum pernah buat ratatouille lagi. Terung baru nak mula berbuah. French cooking tak mahir hehehe....
Stok sudah habis untuk penerimaan pesanan bagi penghantaran bulan June.
Diana, reserve 1pack utk saya. tq
azira_73@yahoo.com
reserve kan 1 pak untuk saye.... TQ
Salam Bahagia.
Ada stok baru minggu ini boleh buat pesanan di (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan