Pesanan biji-biji benih segar dan anak-anak pokok yang ditawarkan untuk bulan Mei ini, penghantaran terakhir adalah pada 21hb Mei 2013. Gardeners yang belum menerima email dari tukang kebun untuk pesanan bulan Mei ini bolehlah menghantar email kepada tukang kebun sebagai reminder. Shipment selepas tarikh tersebut akan dibuat selepas 10hb June 2013. Sempena cuti sekolah tidak lama lagi, tukang-tukang kebun akan balik ke Sabah. Trip tukang kebun berdua dengan Abby bulan April lepas, kami cuma dapat enjoy pemandangan pulau dari atas kapal terbang. Dengan harapan kali ini, papa Abby ada mood nak bawa kami naik bot bersantai di pulau yang indah dan dapat memijak pasir putih suci. Tak dapat nak scuba diving pun takpelah, anak-anak masih kecil dapat main-main air pun dah cukup puas hati (wink*wink) . Tukang-tukang kebun Ilhan dan Rayyan juga mesti seronok nak mandi sungai tiap hari kalau boleh.
Balik kali ini dapatlah tukang kebun dan Abby puaskan craving nak minum air jus avocado di tepi pantai. Makanan laut juga beraneka pilihan yang masih segar lagi tangkapan. Kalau musim buah pugi yang mirip macam buah tampoi tu pun nak borong untuk Rayyan sebab tukang kebun balik hari tu suka sangat Rayyan dengan buah pugi. Tukang kebun teringin lagi sekali nak rasa cendawan hitam di sebelah buah pugi gambar di bawah.
Salah satu agenda balik kali ini pun, mesti nak berjalan-jalan ke Tamu tengok pelbagai tanaman fresh yang ada. Tukang kebun suka tengok makanan dari tanaman, hubby pula mesti nak tengok makanan laut yang segar-segar dan harganya lebih murah dari Semenanjung ini.
Penghantaran minggu depan InsyaAllah tukang kebun sertakan biji benih labu kampung yang banyak dijual di Sabah seperti gambar di atas. Biji benih heirloom carrot purple dragon, tukang kebun tak sempat kemas, jadi akan dimasukkan ke dalam bulan June.
6 ulasan:
rasa macam nak p holiday Sabah juga.
Salam. Yahoo....30hb ni, kitaorang terbang bercuti di Sabah...Harap-harap sempat ke Tamu..cari buah-buah yang pelik-pelik.Pelik tapi sadap oooo....
Marilah cuti-cuti Malaysia di Sabah Awin.
Salam sis.
Berapa lama balik bercuti di Sabah? Saya balik kali ni macam rancak naik berat badan banyak buah sadap.
Jus avocado..sedapnya...favourite ni...
Baru dapat segelas sejak balik. ..ketagih minum jus avocado saya ni. ABBY pun suka.
Catat Ulasan