Ada beberapa tanaman tengah rancak berbuah atau baru elok nak nikmati hasilnya. Tapi disebabkan meninggalkan kebun untuk jaga diri sendiri sementara balik kampung, terpaksalah dibiarkan begitu sahaja. Harapan ada rezeki hujan banyak sementara tanaman ditinggalkan. Hopefully mereka adalah survivors. Kacang panjang yang tumbuh sendiri dari biji benih yang terjatuh merata-rata dulu hidup subur dan hanya mengambil masa lebih 2 bulan sahaja untuk menghasilkan kacang. Cuaca yang panas memaksa kacang panjang dituai dalam 3 hari kerana pertumbuhan buah kacangnya sangat cepat. Kalau tak dituai cepat tualah pula pokok kacang panjang dan bunga telang nanti. Pokok-pokok mulberry juga sedang mula ranum di atas pokok. Seronoklah tupai sekarang makanan banyak sebab pokok-pokok jambu air pun lebat buahnya. Tapi kalau lambat ambil cepat buahnya berulat. Belimbing buloh pun ada juga rezeki bulan Mei ini. Yang ditunggu-tunggu Terung 'Edirne' yang kampungnya dari satu kawasan dalam negara Turkey juga baru dapat nak tuai buahnya.
Sedang mengemas satu petak yang penuh dengan pokok ginseng jawa tumbuh sendiri, terjumpa juga ubi sengkuang yang tumbuh sendiri juga sambil membersihkan kawasan memulakan projek baru.
Pokok tomato heirloom 'Porter' pun baru pertama kali dapat rasa buahnya minggu ini. Buah lemon sebelum bertolak mana yang dah masak atau nak dekat masak dituai untuk dibawa balik ke Sabah untuk stock big boss.
Buah betik asyik berebut-rebut dengan ayam, burung dan tupai. Tak perlu tunggu sampai tukar warna oren terus, macam ini pun dah manis. Tengok ada buah dah ada kesan kena gigit dah. Hubby tukang kebun kadang-kala senyap-senyap makan betik sorang-sorang dalam kebun.
Patutlah ubi selalu takde setelah lama menunggu, hubby tukang kebun nampak tikus sebesar lengan sibuk mencari ubi keledek kat petak khusus tanam ubi keledek. Seketul ini je dapat untuk Abby punya puree. Keledek kulit putih bila belah ada pinkish warna macam watermelon radish pula. Kalau di luar petak tengok cepat pula berisi, suspek tikus selalu pergi cari makan di situ sebab predator dia tak boleh masuk di situ. Jadi tukang kebun pindah tanam ubi keledek di tempat lain.
Sugarglider Si Sadaharu moga bila balik ni makin gemuk ya. Moga papa Sadaharu rajin pergi petik kacang panjang aunty.
8 ulasan:
Meriah betul tuaian tuh yer wpun ditinggalkan..bunga telang tuh boleh buat banyak jus tuh nampaknya...:)
salam diana, teringin nyer nk melawat kebun diana...macam2 ada. apa2 pun diana, jgn susah hati...selamat bercuti ya..
Salam Diana,
Banyaknya tuaian! Balik Sabah lagi dengan stok tuaian?
Boleh dibuat jemput jemput juga atau keringksn bunganya untuk buat teh.
Adalah sikit-sikit untuk hiburkan hati dan kenyangkan perut.
Salam Mak Aji.
Bawa buah lemon balik dan sedikit buah-buahan sebab balik naik MAS Airlines ada baggage extra.
Salam, kopivosian do tadau tagazo kaamatan & welcome home! Sy sekeluarga balik lewat sikit. Masih mencari-cari nak bawa apa balik. Yesterday, ada pisang karabau d belakang rumah masak.So, mgkin bw pisang & biji kcg pjg yg di tuai bln lepas.....
Salam Kadazan Sis. TRG. Kotobian tadau tagayo kaamatan! Sis pergi Penampang kah 31hb Mei ini? Pisang karabau sia pun hampir masak sebelum sia balik ndak taulah apa nasibnya di Sg. BULOH. Seronok org kmpg kalau dapat ole ole pisang karabau jarang ada di tamu tu.
Catat Ulasan