~Herba Lemon Basil~
Ada pelbagai jenis basil dan salah satunya adalah lemon basil. Lemon basil mempunyai bau lemon yang sangat kuat. Sentuh sahaja daun ini tangan anda pasti berbau seperti lemon. Keratan banyak baru lemon basil jika dibawa ke sebuah bilik juga membuat bilik tersebut berbau lemon. Lemon basil sesuai digunakan dalam pelbagai masakan yang berunsurkan rasa masam-masam atau masam manis untuk menambah perasa. Sedap juga ditambahkan masa menyediakan makanan segera seperti Maggi. Sesuai ditanam di dalam pasu. Potong pucuk pokok lemon basil yang baru untuk menghasilkan dahan baru dan lebih banyak daun. Bunga basil ini adalah kegemaran sang lebah.
Ada Stok.
RM3.00 satu pek (>50 biji benih).
Pembayaran melalui Maybank, CIMB atau RHB bank.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
16 ulasan:
Lemon basil ni kalau tak silap ialah kemangi (saya lihat di Wiki baru-baru ini). Susah nak cari kemangi fresh di pasar tani, dah lama saya dan sepupu mencarinya. Alhamdulillah dah beli benihnya di blog ni :-)
Mama Pongkey~Oh panggil kemangi ya. Thanks saya tak tahu pula namanya dalam bahasa. Tapi bau dia masa tuai seeds memang satu bilik bau lemon. Rasa-rasanya biji lemon basil ni boleh buat minuman macam biji selasih tak?
i just found out that this lemon basil also suitable for rabbit..will be ordering from you soon...
Lynnhelite~Thanks for sharing this info. Must be very healthy and good for the immune system for pets. I always found that pets that are fed only with manufactured food are prone to get sick more easily.
interested to tanam a few herbs kat rumah.. jenuh asyik kena pi beli kat cold storage.. herbs like chives, basil, ketumbar n a few others.. question:
1) how - in box or direct
2) bole campur dalam satu area
3) penjagaan
Hi Korn, you can direct-sow these herbs in the container you have prepared. Does not need to sow in a small container and then transplant. When many seedlings sprouted, you can use the thinnings already for your cooking while letting others to grow giving them some space.Yes, you can mix these herbs in the same container, will look very interesting for a herb kitchen garden. Herbs are much easier to look after compare to Asian greens as they have less enemies.
my lemon basil from you dah besar2..Brownie start makan 2 hari lepas, bukan main happy dia.jimat sikit x perlu beli palet byk. Tgh mencari2 cara nak masak/makan utk ahli keluarga..
Seronoklah Brownie makin banyak variety and flavour food dia. Boleh stim dengan ikan or you can also mince and campur dalam goreng tepung sotong ke.
Assalamualaikum, mo tanya la, masih ada lagi ka stok untuk lemon basil ni?? mo book sepeket la...
Assalamualaiku, saya sangat berminat la mo membeli benih Lemon basil ni, masih ada stok ka??? tolong reply asap ya. thanks....
Julie M~ Waalaikumsalam masih lagi ada stoknya.
Salam, usually brpe lame masa yang diambil untuk basil seeds germinate? thnks..=)
Samarinda~ Average about 2 weeks ikut faktor tanah, cahaya dan air. Sometime before 1 week dah bercambah. 3 minggu pun ada.
thnks for the info, just bought benih lemon basil n lemon balm dri kebun bahagia, =)
InsyaAllah lemon basil ini mudah tumbuh.
Slm..masih ada lg ke benih kemangi lemon?
Catat Ulasan