Terima kasih kepada semua kerana mempercayai tukang-tukang kebun 'Kebun Bahagia Bersama' dengan tempahan dan bayaran pre-order promosi bulb bulan April ini. Kami akan menghantar tempahan ini dengan pos laju pada 14-16 May ini untuk yang di Semananjung Malaysia (kecuali jika ada request tarikh yang lain). Bagi penghantaran di Borneo kebarangkalian barang akan dihantar dengan pos laju pada 16-18May dari Kota Kinabalu.
Terima kasih dengan kesabaran saudara saudari, kami akan menghadiahkan 3 bulbs bunga Spring Star Light Blue bagi semua tempahan yang telah diterima di bulan April ini.
3 Bulb Daffodil juga akan diberikan kepada ...
(1) Saudari Hijaudaun
(2) Saudari HernyHafiz
(3) Saudara Sean L
Yang masih berminat untuk mendapatkan bulb bunga Gladiolus, Ixia, Sparaxis, Spring Star Light Blue, Star of Bethlehem, King Fabiola, Babiana Stricta (Baboon flower), Rain Lily (Zephyranthes White) ada sedikit lagi dan saya akan menerima tempahan sehingga 9 Mei 2012 (pembayaran sebelum 12 Mei 2012 amat dihargai). Saya tidak akan mengambil tempahan lagi untuk stok bulb ini walaupun masih ada bilangan benih ternyata di dalam stok selepas tarikh 9 Mei 2012 disebabkan ini bukan bulb asal dari kebun kami sendiri. Benih selebihnya untuk bunga-bunga ini akan kami tanam di kebun Sungai Buloh (Selangor) dan di Kiulu (Sabah). Tawaran kali ini dibuka disebabkan kebetulan tukang-tukang kebun blog ini nak tanam bulb-bulb ini di Malaysia dan manalah tahu ada juga yang ingin mencubanya seperti kami. Sebab tu nama blog pun Kebun Bahagia Bersama :).
Tema bulan Mei ini ialah sayur Carrot.
Akan kami update nanti jenis-jenis benih carrot dalam minggu ini (limited offer).
Ada juga benih-benih baru lain yang baru disemai dan akan juga dimasukkan ke dalam list untuk bulan Mei ini.
Setiap pembelian jumlah RM25 ke atas untuk bulan Mei ini akan menerima pek benih Chinese Celery (>50benih) dan Bayam (>250benih) (bagi 10 pelanggan pertama bulan Mei).
13 ulasan:
terima kasih. harp2 bulb ni tumbuh subur ;) bulb ni nk kena tanam tempat direct sun ke bawah lindungan?
terima kasih diana atas pemberian bulb daffodil. excited sangat. nanti boleh try tanam, sesuai ke tidak ngan cuaca kat sini.anyway, memang hepi ada blog jual benih macam ni. semoga terus sukses di masa hadapan.
Thanks Diana. Jom kita tukar kebun-kebun kat Malaysia jadi musim bunga
Herny~ Saya syorkan daffodil tu tanam dalam pasu dan eloknya bukan musim kemarau. Masa musim hujan di bawah lindungan dari kena hujan tetapi masih mendapat cahaya matahari seeloknya pada waktu pagi sahaja. Elak terkena sinaran terik.
Hijaudaun~Sekarang ni macam-macam magic boleh dibuat...hehehe...benih daffodil tu saya syorkan simpan dalam fridge (bukan freezer dan jauh dari tempat simpanan buah atau sayur) beberapa minggu nak tipu bulb daffodil tu konon dia dah kena musim sejuk. Pastu baru tanam dalam pasu bila cuaca sana dah tak panas. Musim tengkujuh boleh menolong kut. Nanti Diana akan xerox tips muka surat untuk grow daffaodil kat kawasan tak berapa sejuk untuk semua.
Sean L~ I try to expose the daffodil a bit of cold here so it will be easier for you to grow later. Malaysia tak lama lagi musim buah jelous...hehehe...mesti pokok-pokok buah tengah flowering. Nanti banyak durian dan manggis.
Thanks Diana. Kalau tak, peti sejuk dan ziplock bag sudahpun tersedia, hehe. Cuma ada orang akan berleter je bila terjumpa 'treasure' sebegini. I tengah tunggu buah manggis - kalau masa bumper crop, can be less than RM4 sekilo.
Sean~Kami kat sini pula berebut space freezer kadang-kadang. Pak nelayan nak simpan umpan dan tangkapan. Tukang kebun nak simpan sayur yang lebih-lebih...hehehe...
Manggis sekarang dah murahkan tak macam dulu zaman sekolah.
ada lagi tak biji beni daffodil ni? suka sangat bunga ni semenjak tgk dalam drama korea.
ANA~ Minta maaf sangat sekarang ni tak de stok daffodil, saya tengah tunggu daffodil kat taman saya berbunga sebab dah keluar pucuk.
huuu... ni yang sedih ni. nanti kalau ada tolong bagi tau ye. dah lama cari benih pokok ni. dulu tak tau nama bunga ni sampai le main game kat farmville baru tau nama hehehe...
Ana~Insya-Allah tapi sekarang season jual daffodil dah hampir habis. Tengok kalau ada rezeki ya. Tapi dari keluarga daffodil kalau kawasan panas bunga jonquail lagi senang nak manjadi dari daffy.
huuu... bunga jonquail tu senang tanam tak? jonquail pun ok jugak. yang penting nak tinggi dan warna kuning :)))
happy happy happy
Ana-Jonquail lagi senang kalau nak cambah kat kawasan panas dari daffodil. Tapi masih perlu bagi pre-treatment chilling dengan fridge crisper beberapa minggu sebelum tanam.
Hello. Do you still sell daffodils bulbs?
If yes, what’s the price?
If no, where can I get it in Malaysia?
Catat Ulasan