No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 5 Jun 2014

Perupok (Lepisanthes alata)

 Pokok nadir perupok di tanahair kita ini adalah pokok yang pemurah dalam setahun musim berbuahnya banyak sekurang-kurangnya 4 kali musim. Ianya juga dikenali sebagai Ceri Terengganu dan nama botaninya ialah Lepisanthes alata. Kalau anda adalah pencinta binatang seperti burung tanamlah buah ini sebagai sumber makanan mereka. Buahnya bila ranum memang menggiurkan sungguh menawan dengan kulitnya yang semarak merah dan berkilat-kilat licin. Buahnya berbentuk bulat dan ada sedikit ekor di hujungnya. Saiznya besar sedikit dari ceri import dari negara 4 musim yang selalu dihiasi atas cake. Buah perupok yang ranum ini juga kalau kena glaze (sugar icing?) macam ceri import juga memang sesuai menjadi hiasan di atas cake atau gubahan-gubahan pastries. Nampak segar lagi perupok on room temperature berbanding dengan buah-buah yang diimport itu.
 Walaupun minggu lepas tukang kebun sibuk projek memotong rumput (kisahnya klik sini), tetapi ada sahaja yang boleh dipelajari dalam kebun tanpa disengajakan. Masa tolak-tarik mesin rumput favourite, terkejut tukang kebun tengok pokok perupok yang masih muda usianya dah menghasilkan bunga menunjukkan usianya sudah matang. Tukang kebun ingat ada pokok self-seeded perupok tumbuh di celah pokok kemboja merah dan kali terakhir tukang kebun tengoknya macam belum lebih bahu tukang kebun lagi beberapa bulan lalu. Masa setahun lalu macam atas lutut tukang kebun ketinggiannya. Sekarang ini dah tinggi lagi dari tukang kebun dan si kemboja merah (penghantaran pesanan keratan-keratan frangipani blusing red minggu ini adalah dari pokok dalam gambar ini harap maklum). Tidak disangka walaupun pada musim kemarau tidak dihiraukan cepat juga pertumbuhannya (note: seumur hidupnya hanya terima air hujan). Walaupun batang kayu pokok perupok ini masih tukang kebun kategorikan halus-halus nak banding dengan pokok buah lain tetapi dah matang untuk berbuah.

 Setelah tukang kebun compare notes dengan mereka yang pernah tanam pokok ceri Terengganu dari biji benih, pokok ceri terengganu secara puratanya matang untuk berbuah apabila mencapai usia 4 tahun. Ada juga sumber yang kata dalam masa 2 tahun. Tapi naluri tukang kebun tengok pertumbuhan persekitarannya dan penjagaan, give and take secara purata 4 tahun. Bila tengok pokoknya besar begini dah boleh berbuah, bagi yang memiliki ruang terhad nak mencuba boleh tanam dalam pasu saiz yang sangat besar dan dalam. Sah dan nyata gabungan pokok ceri terengganu boleh ditanam berdekatan sama-sama dengan pokok frangipani untuk menjimatkan ruang. Tukang kebun perhatikan pokok perupok ni suka tumbuh celah-celah pokok lain macam pokok pink guava pun ada. Cuma pastikan bila rancang nak menanam macam frangipani dan perupok bersama, frangipani patut menghadap ke arah matahari, ceri terengganu biar duduk belakang.
 Pokok Ceri Terengganu memang selalunya dijadikan sebagai pokok hiasan kerana pokoknya yang rendang dan struktur daunnya yang unik. Antara tarikannya ialah pucuk muda daun perupok adalah berwarna ungu muda yang akan bertukar kepada warna hijau apabila matang. Tukang kebun perhatikan pokok perupok paling suka kawasan yang 'partial shade'. Ibu pokok perupok di atas duduk di bawah kanopi pokok asam jawa pasti sudah gembira nanti dapat cucu-cucu (original KBB plant dan khasiat buahnya klik sini).
 Enam tahun setiap musim bunga tukang kebun jamu mata tengok pokok bunga sakura (cherry blossom) di Jepun dan kecantikkan pokok bunga Ceri Terengganu dan Sakura setaraf. Kalau adalah taman pokok ceri terengganu macam taman pokok sakura di Jepun memang tempat yang selesa untuk dibuat tempat picnic di bawahnya. Bukan sahaja di taman tapi seperti di kawasan perhentian R&R di highway. Bagi gardeners yang belum berpeluang melihat kejadian proses pembentukkan buah Ceri Terengannu, marilah kita menikmatinya bersama-sama. Gambar di bawah proses pembentukkan bud bunga perupok yang ada kerengga-kerengga sibuk dengan activity mereka.
 Gugusan bunga mekar merah perupok dan beberapa yang telah membentuk buah-buah muda. Duduk di bawahnya rasa macam air terjun atau firework. Sekarang ini dalam stage penyelidikan lagi untuk percubaan menghasilkan produk-produk seperti jus, jeli dan jem oleh jabatan-jabatan atau badan yang berhubung dengan pertanian di negara kita. Memang buahnya yang merah menyala itu mempunyai khasiat. Kandungan antioxidant buah ceri Terengganu adalah lebih tinggi dari buah import epal, oren dan ceri-ceri negara lain. Mana tahu sekiranya lebih banyak penyelidikan dijalankan atas spesis ini untuk back up dan more evidence tidak hairan akan menjadi salah satu sumber super power food dengan bantuan skill media untuk mempromosikan buah nadir kita ini di taraf antarabangsa pada masa hadapan. Personally, tukang kebun rasa ada potensi buah nadir perupok ini. Sekiranya penyelidikannya diberi banyak support dan kerja mengusahakan produk-produk, InsyaAllah. Tukang kebun pun dah pesan kepada team members KBB yang semua pokok perupok yang tumbuh sendiri dah lebih paras lutut biarkan sahaja. Lagipun mereka tak menyusahkan kami, hidup bahagia tanpa TLC tukang kebun di belakang sana. Bidding time.
Kelopak bunga sudah berguguran dan sekarang kelihatan buah-buah yang kecil sudah muncul. 
 Untuk menggalakkan orang gemar buah ceri terengganu ini bagi tukang kebun first impression adalah penting. Kebetulan musim buahnya yang baru-baru ini tukang kebun sempat tuai yang merah menyala sebelum lenyap diambil oleh peminat lain. Sebagai seorang ibu, tukang kebun nak kena rancang macam mana nak kasi anak-anak yang membesar dengan setiap bulan Disember pergi makan fresh cherry petik sendiri di kebun orang di Australia dulu selama 4 tahun terbuka hati dengan buah Ceri Terengganu. Permata-permata hati tukang kebun tak pernah merasa ceri Terengganu dahulu dan first taste adalah sangat penting untuk pastikan mereka akan teringin nak makan buah ini musim seterusnya. 

 Kalau generasi dulu berikan tips makan buah ceri yang ranum ini nak kena gentel-gentel buahnya sebelum makan. So tukang kebun pun cuba dapatkan review dari bukan orang tempatan pula. Sebab ramai foreigner hairan sebab selalunya kalau baca mengenai buah perupok ini lebih stress kepada pokoknya cantik sebagai hiasan tapi bukan pada buahnya. Jadi menyebabkan ramai orang luar fikir yang buah ini tidak beberapa sesuai dengan citarasa untuk dimakan atau diberi term as not "palatable". Tetapi ada yang argue yang buah pokok ini sangat sedap dan sebenarnya sangat "palatable" (untuk enjoy makan). Cuma cara nak makan bagi yang sensitive dengan buahnya yang dikatakan ada sedikit rasa kelat-kelat. Sebenarnya rasa kelat-kelat slightly ini adalah dari kulitnya sahaja, isinya manis. Jadi untuk yang sensitive dengan rasa kelat-kelat ini, untuk kali pertama elok kopek kulitnya dan makan isinya sahaja dulu. Itu agaknya generasi yang bukan generasi Y kata gosok-gosok atau gentel-gentel buahnya sebelum nak makan. 

 Jadi tukang kebun pun kopek kulitnya keluar dulu (pakai jari je tak perlu pisau pun) dan makan isinya sahaja. Memang ada rasa berbeza barulah dapat menikmati kemanisan semula jadi buah ceri Terengganu memang sedap. Beberapa kali tukang kebun testing sendiri buat macam ini sebelum dijamukan kepada permata-permata hati ku. Seperti biasa yang paling adventerous dan mudah nak mencuba makanan baru, Si Rayyan jadi first taster. Bila diminta buahnya beberapa kali dari tukang kebun maka dalam hati ibunya yakin bahawa anak ni memang menikmati buah ceri terengganu sebelum tukang kebun tanya: "Sedap tak Rayyan?" Sedap katanya. Inilah tips yang dapat tukang kebun kongsi  kali ini untuk didik anak menikmati ceri tempatan kita. 
 Pokok ceri terengganu adalah satu pokok yang mudah dijaga di iklim negara kita di kawasan tanah rendah. Jarang tukang kebun tengok pokoknya sakit. Buahnya juga tak pula tukang kebun perasan kena serangan apa-apa. Yang selalu tukang kebun perhatikan pantang buahnya merah menyala memang cepat lenyap di bawa lari.  Akar tunjang pokok ceri terengganu tak sepanjang pokok katak puru dan mickey mouse jadi lebih mudah untuk proses dialihkan (transplanting). Bermula bulan ini anak pokok ceri terengganu yang dibekalkan adalah dilahirkan pada bulan Mei 2014 onwards sementara stock masih ada. Batch lama dah kehabisan stock. 

~ Pokok perupok (Ceri Terengganu) ~
1 pot for RM10.00 

11 ulasan:

KKTG berkata...

First time dengar tentang, & nmpk, pokok ceri terengganu. Saya mmg suka pokok2 buah yg low maintenance mcm pokok pisang, mangga, jambu ... :D

nadia rashid berkata...

ceri terengganu ni dulu ada tanam ms sy duk di kelantan...bila pindah ke terengganu tak penah jumpa da pokok ni

sud@is berkata...

cantik color macam buah delima, gugusan macam anggur....rasa belum pernah lagi ..masam manis

ct aju berkata...

diana...ct nak 1 ye...nak balik tanam kat ganu nanti...heheheh

Normala Saad berkata...

Buah dan warnanya memang menarik. Salute Diana kerana sering tanam dan promote buah2 nadir Malaysia. Kalau tak baca info begini memang tak tahu punya.

Suzie berkata...

X pernah juga tengok n rasa buah ni.....tapi nama tempat perupok pernah dengar , may be ambil sempena nama pokok ni

Julie M berkata...

Sukannya tengok buah ni kak, nak book sepokok ni, mesti meneriakan laman rumah ni dgn buahnya yg warna merah tu, pas tu burung2 pun suka...bestnya....

Fida Z Ein berkata...

Ada stok lagi tak...kalau ada nak beli 1 dan camne nak bayor...

TukangKebun berkata...

Dear KKTG,
Memang jarang-jarang nampak pokok ceri Terengganu sekarang. Dekat perkarangan Muzium Terengganu ada if you have the time to take a look. Kalau di Kuala Lumpur di FRIM ada sebelah rumah Terengganu rasanya.

Dear Nadia,
Kena cuba tanam di Terengganulah pula hehehe barulah synonim nama Ceri Terengganu. Pokoknya tak besar boleh control jadi sesuai di halaman Nadia kasi sejuk sikit.

Dear Sud@is,
Ya memang cantik buahnya macam buah hiasan olok-olok.Rasa manisnya berlemak sikit tak macam ceri atas kek tu.

Dear CT AJU,
BOleh nanti tukang kebun sediakan. Tanam kat Ganu sempena nama ke hehehe...

Dear Kak Mala,
Papa kami yang suka kumpul buah-buah nadir masa kami pindah di sini dulu. Puas dia mencarinya untuk khazanah anak-anak dan sukar nak dapat makan buah-buah nadir yang makin tidak dikenali sekarang ni adalah di belakang rumah rezeki bila musim buah.

Dear Suzie,
Perupok dekat mana ya tempatnya lupa nak check.
Pak Google kata dekat Kelantan. Dekat perupok banyak agaknya pokoknya ya.

Dear Julie,
Boleh untuk Julie nanti kami sediakan. Pokoknya memang rajin berbuah walaupun tak pernah pula letak baja.

Dear Fida Z Ein,
Ada stock. Boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk maklumat selanjutnya.

marissaislam berkata...

Adakah stok ni..? Kalau ada nak beli bersama kacang tanah dan anak pokok mulberry kalqu ada..

Macam dah mula tak boleh stop nak shopping bunga2 dan buah2 untuk ditanam di rumah baru..

Pernah makan buah ceri ni rasanya dulu kecil2 di Pahang.

Tumbuh di halaman rumah jiran kami budak2 kampung situ suka memanjat pokonya dah besar dan matang.

Ingat lagi rasa buahnya maniss..!

Ya kulitnya saja kelat tapi buahnya memang manis isinya..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MarisssaIslam.

Anak pokok Ceri Terengganu dan mulberry ada ready stock.
Benih kacang tanah out of stock.
Biasalah bila pindah ke rumah baru nak penuhkan laman supaya hijau dan ada sedap untuk dipandang.
Yang dekat Kebun Bahagia Bersama jenis pokoknya tak besar sebab mungkin terlindung dengan pokok yang lain.
Tapi buahnya lebat.
Memang isinya lemak manis, cuma kulitnya kekadang kelat.