No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 18 Jun 2014

Pasar Canistel Online Kebun Bahagia Bersama

  Bulan June dan Julai nampaknya musim buah canistel di Kebun Bahagia Bersama berterusan bila menjenguk pokok-pokok yang berbuah. Pesanan-pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang diterima minggu lepas, tukang kebun dah selamat pos semalam. InsyaAllah hari ni sampai. Pilih yang paling lembut buahnya dirasai bila dipicit untuk enjoy dulu. Kalau buahnya ada bau semerbak, buahnya dah ranum. Kadangkala macam ciku bila diambil peram seketika. Yang paling tukang kebun suka bila buahnya betul-betul masak kulitnya merekah sendiri. Biasanya kalau dekat kebun, bila nampak yang kulitnya merekah memang paling nikmat makan terus di situ. Jenis baka canistel dalam Kebun Bahagia Bersama memang mirip macam buah mangga tapi rasanya amat berbeza.
 Mari kita tengok rupa isi buah canistel. Rezeki siapalah agaknya buah canistel ini dimakan di atas pokok siap masih bergantungan lagi dengan ranting buahnya. Berbeza dengan buah mangga di mana ianya berair, buah canistal isinya adalah ke arah kekeringan. Disebabkan itu buahnya jarang sekali dikacau oleh lalat buah. Rasa buah canistel macam ubi kayu rebus berperisakan pisang. Sedap jika dibuat smoothie campur susu. Kadangkala kalau isi yang dah sangat lembut dimakan rasa macam ice cream pun ada. Ini adalah buah kegemaran Aunty Janet sekeluarga tukang kebun. Kalau tuan tanah balik biasanya, tukang kebun kirim buah ini untuk dibawa balik ke Sabah for Aunty Janet.

 Memandangkan semalam masa tukang kebun panjat tangga mencari buah canistel yang dah kuning untuk dihantar kepada tuan masing-masing kelihatan masih banyak buah yang dah kuning bergayutan. Maka tukang kebun buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk penghantaran pada isnin depan. Ramadhan dah nak tiba manalah tahu ada sesiapa nak cuba buat resepi baru. Yang terlintas dalam kepala tukang kebun, ada kemungkinan sesuai nak buat kuih talam canistel. Siapa pandai buat crepe mungkin boleh juga. Tengok gambar bawah ini, antara dahan yang dah melengkok ke bawah sebab menampung berat buah-buah canistel yang banyak. Pokok canistel bila dah well-established keperluan airnya tak banyak. Masih ada stok anak-anak pokok canistel jika berminat (RM15.00).
~ Pasar Canistel Online Kebun Bahagia Bersama (shipment 23rd June 2014) ~

Pasar Online Canistel (RM7) + Kos penghantaran Prepaid Box Small Size Pos Laju <2kilogram (RM13) = Jumlah RM20 .

Untuk jimat kos penghantaran boleh dihantar bersama-sama pesanan biji-biji benih (tiada penambahan kos penghantaran).

InsyaAllah akan diselitkan juga buah-buah limau kasturi dan daun-daun serai Acheh untuk penghantaran 23rd June 2014.

Pesanan ditutup pada pukul 9 pagi Ahad (22nd June 2014).

12 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

salam tukang kebun...terliur tengok buah canistel ini, mmg tak pernah jumpa dan rasa...nasib tak mengidam kang ngences babyku nanti...

sud@is berkata...

Kalau tak diberitahu ingatkan buah mempelam, kuning bersari nampaknya..

Sean L berkata...

Really prolific and productive. They were selling canistel trees in Floria, but mcm tak laku je. Most likely sebab ramai tak kenal buah tu. Are you going to Floria?

Julie22 berkata...

Nampak sedap sangatlah buah tu kak :)

Avia Mishat berkata...

Salam diana...avia nk satu pek yer.thanks

nadia rashid berkata...

Mcm sedap Jer..kuning ranum

Tiny gardener berkata...

Nak 1 pek. Nak pkk serai acheh sekali, boleh?

MUNA berkata...

masih ada peluang utk satu pek? kalau ada kak nak satu pek ye.

NHY NURSERY berkata...

Tolong email saya cara pembelian dan senarai pokok buah yang anda ada

TukangKebun berkata...

Dear Nasa Mulia,

Dulu ada juga orang cuba usahakan buah ini tapi ramai tak kenal buah dari Neotropical ini. Ikut selera tekak masing-masing. "Ngences" tu apa ya? Tukang kebun macam jadi blur-blur jap huhuhu...

Dear Sudais,
Yang ini baka dia nampak macam buah mempelam hahaha atau harum manis, ada yang macam bulat like mangga apple pun ada bakanya.

Dear Sean.
We went on the 3rd day Floria. It was so blazing hot. Need to buy mineral water every 30 minutes. We bought 3 water bottle for the children each and they finished drinking it less than 30 minutes after arrived. Drank a lot of water but did not need to go to the toilet.
I was looking out for canistel tree at Floria. But could not find any at all. Perhaps sold out already on the 3rd day. Cos you went on the first/second day right?

Dear Julie,
Memang nampak sedap. Tapi ikut tekak juga dan kena pandai tengok betul-betul masak atau tidak. Makan sejuk-sejuk sedap juga.

Dear Avia.
Ada tukang kebun email details.

Dear Nadia.
Kalau yang suka memang suka sangat, kalau tak biasa nak kena testing beberapa kali hehehe...

Dear Sali,
Thank you for willing to wait for the turn in the waiting list.

Dear Kak Muna,
Tukang kebun masukkan dalam waiting list. Ramai pula nak mencuba. Lagipun buahnya tak masak serentak jadi ikut giliran setiap hujung minggu berapa boleh tuai. Nanti pos sekali dengan Ceri Terengganu jimat kos penghantaran.

Dear NHY NURSERY,
Thank you for the patronage.

Tanpa Nama berkata...

Baru jumpa blog ni smsa cari info buah canistel ni..masih ada lg ke benih pokok?..mphon email sya..tqsm
Awrarich@gmail.com

Unknown berkata...

Saya berminat dgn pokok buah ni..macam mana cara nak membeli