Selepas dah kemas-kemas di sekitar pokok Ri Ri Ying di depan dapur, tukang kebun ingat lepas ni bila ada masa nak kemas kawasan di sekitar pergola depan rumah pula. Ramadhan dah hampir, tak sedap pula beraya nanti dengan serabut pandangan mata di pergola yang banyak pokok-pokok bunga dan buah berbelit-belit dekat kawasan ini. Ini baru pandangan di sudut sini, belum lagi di sudut-sudut pergola yang lain.
Di sudut ini, yang sedang menjalar naik antara satu sama lain ada bauhinia kockiana, anggur, scarlett passion flower, passiflora edulis (markisa), dan akar dani yang teringat dalam kepala. Pokok akar dani yang mula berbunga bulan ini adalah dari akar dani yang menjalar jauh dengan sendirinya ada tukang kebun tunjuk di posting dulu (klik sini). Akar dani yang dah curi territory kawasan pokok-pokok original di sini. Jadi tukang kebun akan potong akar dani terus dekat pangkal pokoknya yang tersembul di tanah tu (di bulatan yang ditunjukkan dalam gambar posting sebelum ini). Walaupun dipotong sampai begitu, tak hairan kalau dia muncul juga kembali nanti. Yang tumbuhan lain-lain itu akan dipangkas kasi nampak kemas. Cuma markisa tu sayang juga sebab ada bahagian yang masih ada buah di sebalik daun-daun yang pelbagai tuannya itu.
Dalam stok ready tukang kebun bulan ini ada 2 pokok anggur hijau available. Siapa berminat boleh contact tukang kebun (kebunkmg@gmail.com), ada takut tak sempat boleh tinggalkan komen juga.
~ Anggur Hijau (dah fully reserved, nanti tukang kebun prepare lagi)~
1 pot RM10.00 .
2 ulasan:
Byk betul berbelit-belit sesama sendiri...subur2 semua nya
Dear Nadia.
Berebut-rebut pula mereka nak naik meninggi.
Catat Ulasan