Buah Malaysian Cherry yang mirip dengan buah Cherry Barat yang biasa dihiasi atas kek ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ceri Terengganu, Perupok atau Rambai Istana. Pokok Rambai Istana ini memang pokok nadir kita. Maka ianya amat mudah membiak merata di dalam kebun kerana buahnya yang telah ranum adalah kegemaran makhluk bersayap seperti burung dan kelawar. Setelah biji benih buah ceri bercambah, akar yang tumbuh amat panjang juga. Indikasi yang pokok Rambai Istana ni pandai mencari air dan boleh hidup selesa di mana-mana kawasan di bawah elevation 500 meter tanah bumi Malaysia ini. Ianya juga tidak cerewet dengan jenis tanah kerana boleh hidup dengan jenis tekstur tanah berpasir sehingga tanah liat/merah.
Pokok Rambai Istana amat pantas membesar dari biji benih. Sekiranya persekitaran pertumbuhannya adalah pada keadaan optimum, ianya sudah boleh berbuah pada usia lebih 2 tahun. Memandangkan di kebun belakang Kebun Bahagia Bersama mengamalkan konsep naturally organically grown memang banyak anak-anak pokok rambai istana muncul. Terutamanya pada kawasan yang agak terlindung mungkin banyak makhluk yang membawa lari buahnya makan di situ dengan tenang. Kebun belakang memang tak disiram pun, jadi pokok-pokok yang memang ada akar tunjang semuanya pandai-pandai nak hidup sendiri. Sekarang ada sekurang-kurangnya 3 pokok rambai istana yang matang tumbuh di kebun belakang yang tumbuh sendiri.
Pokok Rambai Istana ni memang sesuai dijadikan pokok hiasan juga kerana bunganya sangat cantik warna merah hati. Kemudian buah kecil berwarna putih akan mula membesar yang kemudiannya bertukar kepada hijau. Seterusnya apabila ranum buahnya bertukar kepada warna merah hati seperti warna bunganya. Buah rambai istana boleh dimakan dan ianya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi juga. Rasanya lemak manis isinya. Kalau tak biasa lagi mungkin kupas buah kulitnya sebelum makan.
Pucuk rambai istana pula berwarna keungguan. Ada sumber melaporkan di negara Thai ada yang menjadikan pucuk rambai istana sebagai sayur dengan memasaknya terlebih dahulu. Pokok Rambai Istana ini boleh dipangkas-pangkas untuk jadikannya sebagai pokok yang renek. Yang menarik juga buah rambai istana lebih tahan lama pada suhu bilik banding dengan ceri barat.
More info on Rambai Istana (Click Here).
~ 1 pot Rambai Istana RM10.00 ~
2 ulasan:
First time nmpak pokok ni
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Kalau belah selatan panggil Perupok.
Catat Ulasan