No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 3 Januari 2017

Perjalanan ke Simud Putih

  Kebetulan semasa kami melawat Gua Gamantong adalah Hari Malaysia. Ternampaklah bunga raya merah ini cantik kembang mekar di Gua Gamantong ambillah gambar kenangan Hari Malaysia tahun 2016. Yang kelakarnya semasa kami kononnya nak trekking naik cari Gua Simud Putih pula terserempak ada tiba-tiba sekuntum bunga raya merah sesat out of place dalam hutan perjalanan ke Gua Simud Putih. Lalu dipesan anak-anak jangan diangkat ambil biar, jangan diusik. Rupa-rupanya bila turun dari trekking ke Gua Simud Putih ada pokok bunga raya dekat arah balik ke kawasan tempat letak kereta.
 Selepas masuk tengok interior Gua Gamantong yang belah Simud Hitam (related posting klik sini), tengok brochure yang diberi masa beli tiket dah alang-alang sampai kalau sempat nak tengoklah juga yang belah Simud Putih. Lalu ikut peta bergeraklah kami anak-beranak ke arah trek Simud Putih. Terkejut juga mencabar juga ini kena lalu sungai lagi lompat-lompat batu. Masing-masing dengan slipper atau sandal.
 Dalam celah-celah rimbunan daun-daun kering, dekat cahaya samar-samar ada kulat comel di atas ini. Nampak lutsinar warna macam isi buah jambu batu kampung yang merah jambu tu.
 Dekat simpang nak naik ke arah Gua Simud Putih ini sebelum kami trek ke atas, kebetulan macam ada orang di kawasan ini berborak. Untuk kepastian Tukang Kebun tanyalah bila nak balik adakah ikut jalan balik ini semula ke arah bertentangan dengan anak panah Simud Hitam ini. Seorang membalas ya sana balik. Cuma setelah mendaki naik, papa Abby pun agak terkejut kenapa tidak diberitahu jalan agak curam nak naik ke arah Simud Putih ini dari orang local. Yalah sebab kami dengan budak-budak kecil.
 Tukang Kebun perhatikan orang tempatan yang kerja cari sarang burung di sini tak berapa peramah orangnya. Tidak beberapa nak berinteraksi dengan orang luar. Yalah kawasan gua ini sahaja yang sebenarnya dah kira macam hak diambil dari mereka untuk dibuka kepada orang luar. Sebab masih lagi banyak kawasan gua-gua di Sabah ini yang tempat ambil sarang burung tidak boleh masuk sebarangan kena minta izin penghulu kawasan gua tersebut baru boleh. Tradisi memang setiap keluarga turun-temuran ada kawasan masing-masing yang ditetapkan milik tempat ambil sarang-sarang burung.

  Mula-mula pelik juga bila lihat kelakuan lelaki-lelaki dewasa muda yang bila lihat kelibat mereka laju berjalan ke arah kita apabila mereka ternampak kelibat Tukang Kebun dan Rayyan terus tiba-tiba berhenti macam menyorok-nyorok takut melihat kita. Rasa terbalik pula rasa macam diorang ini tengok kita macam harimau betina tengah jaga anak-anak. Patutnya kita rasa takut sebab dah ketinggalan oleh papa Abby dan Ilhan. Konon ikut momentum Rayyanlah takut dia penat sangat setelah patah balik trekking ke Gua Simud Putih, padahal mama Rayyan yang out of breath. Bila dah nampak macam kita buat dah sedar nampak diorang, laju mereka memintas kita tanpa kata apa. Biasanya kalau di Sabah ini, kita akan ramah tegur sapa limpas dulu ke seperti itu. Kalau tidak pun sedekahkan senyuman.
 Curam betul kami nak trekking naik ke arah Gua Simud Putih dengan sebenarnya naik jalan bersebelahan dengan ketinggian Gua Simud Hitam. Sehingga papa Abby dukung si Abby pun kena suruh Abby duduk belakang badan pegang kuat-kuat. Surprisingly, abang-abang Abby, Ilhan dan Rayyan laju daki naik ketinggalan mamapapa. Sehinggakan mama kena panggil berhenti dulu tunggu nanti mamapapa tak nampak kamu orang dah kat mana. Bila sampai ke atas dekat puncak Gua Simud Hitam ternampak ada pintu pagar baru tengok peta betul-betul macam jauh je lagi ni kalau nak betul-betul pergi Gua Simud Putih atau Ulum-Ulum. 

  Kelihatan jalan makin berbatu-batu dan memandangkan bila naik sampai sini pun sudah pukul empat lebih. Lagipun kami tak pakai proper attire dengan seliparnya. Di sini jugalah agaknya antara lubang-lubang tinggi yang kelihatan dalam Gua Simud Hitam yang kami masuk dahulu. Jika proper planning agaknya menarik juga tunggu di atas area ini tengok kelawar keluar serentak ramai-ramai di waktu senja. InsyaAllah bila Abby dah boleh berjalan sendiri, bolehlah kami datang lebih awal hiking di kawasan ini. Patah pinggang Papa Abby asyik nak berdukung sahaja. Nak kena makan banyak pucuk ubi kayu ini persediaan pergi Gua Gamantong lagi di masa hadapan kasi kuat tulang.
 Walaupun kami tak kesampaian ke Gua Simud Putih, daki sehingga ke sini pun dah puas hati dapat tengok pemandangan hutan dara yang tebal. So breathtaking even when you're out of breath. Di sinilah agak-agaknya masih kawasan di mana hidupan liar seperti orang utan masih bebas bermain-main. Kami terpesona melihat pokok besar di atas yang kelihatan usianya beratus-ratus tahun duduk bertenggek di atas batu Gua Gamantong, a work of art from nature.
 Syukur Alhamdulillah selamat juga kami turun dari Gua Gamantong Simud Hitam punya belah atas. Kesian lenguh tangan Papa asyik kena dukung Abby. Si Ilhan dan Rayyan masih bertenaga dan teruja melihat keindahan semula jadi. Hari ini sudah Back to School lah. Puas sudah cuti sekolah baru-baru ini macam-macam tempat berjalan.
 Di depan tempat masuk Gua Gamantong ini ada taman kecil dengan pokok buah-buahan.  Ternampak juga macam ada pokok rambutan di situ. Seronoknya kami dapat melihat burung enggang liar di situ. Yang ini jenis burung enggang species kecil (Oriental Pied Hornbill?) dengan paruhnya lebih ke kuning cair.
 Terima Kasih kepada Encik Zul penternak kelulut tinggal di Shah Alam yang ada dapatkan bekalan pokok-pokok Red Powderpuff untuk sumber makanan kelulutnya dari Kebun Bahagia Bersama ada inform dah berbunga-bunga sudah pokok ini di Shah Alam.

 More info on Red Thailand PowderPuff (Combretum constrictum) rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

Special Sales January 2017 only 1 pot of Red Thailand PowderPuff RM10.


3 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Satu pengalaman yang berharga.

Kakzakie Purvit berkata...

Huh!! adventure betullah Dee.
Kakak tengok anak-anak pun boleh tahan juga cuma Abby tu hihi...untunglah dpt dukung papa:)

Org tu mungkin ingat Dee nak buat inspection itu yg macam nampak singa betina hihi... kerja mereka tu dibenarkan atau tak sebenarnya oleh pihak authority.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Warisan Petani,

Teringin nak pergi lagi tetapi tunggu anak-anak besar sikit.
Dengan rancangan dan persediaan yang lebih rapi.

Salam Bahagia KakZakie,

Kalau jalan tak curam, mood Abby okay kadangkala tak mengalah juga tu lasak macam abang-abang Abby.

Ada possibility juga begitu kan hehehe ingat inspector.