Cuti sekolah hujung tahun lepas baru-baru ini, tujuan sebenar kami bercuti ke Johor ialah untuk menunaikan janji hadiah keputusan yang baik kepada Ilhan untuk melawat Legoland. Sebenarnya hadiah ke Legoland ini untuk keputusan peperiksaan pertengahan tahun lalu bukan periksa akhir tahun. Tapi Ilhan pula kata kalau mama tak cukup duit takpe yang Cuti-Cuti Sandakan naik bot kat Sungai Kinabatangan (related posting klik sini) pada cuti sekolah September lepas anggaplah inilah hadiah untuk Abang Ilhan dapat keputusan baik pertengahan pertengahan tahun ya Mama. Itulah yang dikatakan oleh Ilhan kepada Mama masa kami ke Sandakan. Seronok sangatlah tu trip ke Sandakan.
Cair-cair jugalah hati Mama Ilhan bila Ilhan cakap begitu. Tapi sebenarnya masa pergi Sandakan sudah pun tiket masuk ke Legoland dibeli sama-sama hari dengan booking trip ke Sandakan. Cuma Mama tak kasi tahulah dekat Ilhan supaya Ilhan more motivate nak belajar sungguh untuk peperiksaan akhir tahun. Cuma Legoland rancangannya lewat sikitlah kena tunggu hari apa sesuai Papa dapat cuti kerja. Pengesahan bila kami ke Legoland dah atur hotel dan tiket takde cerita dekat anak-anak hinggalah mereka dapat keputusan peperiksaan akhir tahun lepas. Dari bulan September lagi kami sudah rancang ke Legoland.
Syukur Alhamdulillah walaupun Ilhan masih dapat kekalkan No. kedua dalam kelas di Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan, prestasi markahnya lebih bagus. Kali ini juga dapat hadiah untuk markah paling tinggi dalam mata pelajaran Sains untuk seluruh darjah tiga. Yang kelakarnya sebelum peperiksaan gara-gara nak sangat mandi sungai di kampung, Tukang Kebun syaratkan kalau nak mandi sungai kena habiskan satu buku latihan Sains ini. Dalam dua jam Ilhan pulun seorang buat sampai habis satu buku latihan Sains gara nak mandi sungai sangat. Yang Rayyan tak kisah pun buat tak tau je walaupun dikenakan syarat. Abangnya pulun buat latihan, Rayyan dan Abby bising-bising main.
Buat masa umur sekarang ini, kami tiada hantar anak-anak ke kelas tambahan. Kasihan lagipun sekarang kalau bukan cuti sekolah tiada masa pun mereka nak bermain sangat. Masa dah dipenuhi dengan Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. Itupun Tukang Kebun cuba elakkan hantar kelas seperti taekwando pada hujung minggu untuk mereka berehat. Lepas sekolah, sebelah malam ada kelas taekwando lagi.
Syukur Alhamdulillah masih Ilhan dan Rayyan boleh ikut pelajaran di sekolah tanpa kelas tambahan. Anak-anak lelaki pula ligat bermain. Bermain juga bagus salah satu perkembangan minda diorang. Cuma baju tu kekadang dah tak boleh tanggal kotorannya, bukan sahaja baju sekolah, baju jasmani pun cepat sahaja berlubang koyak sini sana. Kasut pun tahun lepas berapa pasang beli pakai sampai hancur dipakainya. Tapak kaki Ilhan pun dah sama saiz dengan kasut nenek. Kejap lagi dah sama saiz dengan Tukang Kebun. Sekolah Ilhan sebelum cuti sekolah lepas ada beri sepasang kasut untuk setiap murid tetapi Ilhan dan seorang kawan belum dapat lagi Mama. Sebab tapak kaki Ilhan besar tak de stok. Rayyan pula terbalik, belum dapat lagi sebab kaki Rayyan kecik.
Bahagialah hati Ilhan bila selamat sampai ke Legoland. Kami duduk depan kumpulan yang masuk sama tetapi bila keluar paling terakhir. Satu persatu Ilhan belek replika kecil dalam wayang Star Wars ni. Biasanya tak semangat nak ambil gambar. Kali ini semua cepat sedia nak ambil gambar.
Tukar angin pula mama Ilhan bila ke Legoland, selalunya penuh petik gambar tumbuhan je, kali ini mencuba ambil gambar miniature scenes dalam Star Wars.
Compact digital camera pun dah ketinggalan zaman, cuba-cuba jelah tangkap gambar Ilhan mana yang boleh untuk kenangan hadiah trip to Legoland. Every boys dream.
Papa Abby seronok cari button je mana boleh tekan ada pop out apa-apa yang keluar gerak dari miniature Star Wars ni. Cuma Ilhan belum tengok semua movie Star Wars lagi jadi ada yang scene dia tak tau. But I'm sure bila dia tengok nanti, his photographic memory boleh imbas balik.
Musim cuaca sekarang ini pokok-pokok kapas di kebun rajin sungguh berbunga dan menghasilkan kapas-kapas. Elok tunggu hari kering untuk tuai kapas-kapasnya. Selain dari kapas untuk buat baju cotton. Pokok kapas juga banyak kegunaan ubatan secara tradisional.
Info lanjut mengenai manafaat pokok kapas boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
~ 1 pek biji benih kapas anggaran 20 biji benih RM3.00 ~
~ 500gram akar organik pokok kapas RM25.00 (boleh dipos) ~
Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan pucuk mulberry muda hanya yang datang self-collect seikat RM1.00.
Juga 1 kilogram buah limau organik campur-campur jenis RM6.00 (boleh pos).
Mohon maaf minggu ini kami tak berkesempatan untuk uruskan pesanan-pesanan untuk dipos. InsyaAllah minggu depan kami akan pos seperti biasa.
2 ulasan:
Budak yang bijak tak perlulah kelas tambahan. Hebat juga Ilhan ni. Dua jam habis dia mengulek buku sampai habis. Itulah hikmahnya dpt terbaik keseluruhan...
Dpt pergi Legoland lagi.. adik-adik pun tumpang seronok.
Salam Bahagia KakZakie,
Syukur Alhamdulillah kalau Ilhan dia determine memang nak sesuatu memang mudah dengar kata dan buat betul-betul.
Jika mata pelajaran macam Sains dan Matematik kalau banyak visual tak banyak perkataan mudah sedikit Ilhan nak tangkap.
Tricky kalau macam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, kalau banyak perkataan tak masuk kamus Ilhan lagi, struggle juga Ilhan.
Catat Ulasan