Sebelum masuk tahun ayam jantan nak kasi sorting gambar-gambar yang banyak disimpan tak sempat-sempat nak upload. Semasa nak masuk tahun monyet, inilah suasana Tamu Gaya bulan Januari 2016 tahun lepas. Masa awal tahun ini ramai pelancong melawat Kota Kinabalu bukan sahaja dari dalam negara tapi luar negara.
Inilah teman sejati Tukang Kebun jika ke Tamu Gaya bila papanya tidak dapat bersama-sama. Syukur Alhamdulillah tahun ini dah masuk Darjah Empat, semua baju sekolah adik beradik Ilhan yang tolong gosok hujung minggu. Ringan beban sikit maknya. Dah boleh menolong angkat barang-barang yang dibeli di Tamu.
Jika di Tamu Gaya biasanya banyak bekalan buah pisang pelbagai jenis dan pilihan sayur-sayuran serta buah-buahan juga membuatkan rambang mata. Ada pembaca-pembaca yang berkesempatan Cuti Cuti Kota Kinabalu semasa Cuti Tahun Baru Cina ini? Boleh juga singgah ke Tamu Gaya yang dalam bandar Kota Kinabalu diadakan setiap hari Ahad pagi. Cuma Tahun Baru Cina hujung minggu depan kurang sedikitlah peniaga kerana peniaga bangsa Cina sedang menyambut perayaan ini. InsyaAllah peniaga berbangsa lain masih berjualan seperti biasa.
Setiap minggu kebiasaannya gerai menjual kraf dari kerang dan barangan tembaga seperti kedua gambar ini adalah regular peniaga di Tamu Gaya ini.
Tumbuhan dalam kategori jenis 'air plant' juga makin popular dibekalkan di Tamu Gaya.
Di Tamu Gaya juga menjadi tempat menjual binatang belaan seperti kucing dan anjing. Ada juga yang menjual ungas seperti anak-anak ayam, itik, angsa dan lain-lain. Keperluan-keperluan haiwan perliharaan juga boleh didapatkan di Tamu Gaya.
Ikan-ikan perlihara jenis hiasan juga ada dijual di Tamu Gaya termasuklah ikan koi. Jika mengidam nak makan ikan air tawar segar macam ikan sepat juga ada dijual dalam plastik masih hidup lagi.
Bukan sahaja di Gaya Street ada gerai-gerai pada hari Tamu. Tetapi di belakang jalan Gaya Street tempat yang hari-hari lain dari Ahad jadi stesyen Teksi pun ada gerai-gerai. Biasanya di sini murah sikit barang jualan.
Harga pokok-pokok orkid yang dijual di sini ada banyak pilihan dan lebih murah berbanding dengan yang dijual di Gaya Street. Sini senang sikit nak tawar menawar bila beli banyak.
Di tengah kawasan ini ada seorang kakak jika pokoknya ada musim buah kelubi akan bawa jual. Mana tau ada yang mengidam nak makan buah kelubi yang boleh tahan masamnya. Kakak ini pun jika ada rezeki juga menjual jagung muda segar. Masih lagi dalam kulit-kulitnya. Tinggal kita yang buka-buka sendiri. Bila simpan begini lagi lama tahan dan wangi baby corn tersebut.
Awal tahun ini banyak cuti sesiapa yang rajin bolehlah buat bekas kitar semula dari buah kelapa tua seperti gambar di bawah ini. Sesuai juga tanam orkid dalam pot bersabut organik seperti ini. Untuk memudahkan pelanggan ada peniaga juga ambil initiatif sediakan bakul sampah supaya keadaan Tamu tidak kotor.
Yang teringin nak dapatkan bekalan kelapa tua, boleh juga dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama.~ 8biji buah kelapa tua RM10.00 ~
2 ulasan:
Macam2 jualan yang terdapat di Tamu Gaya ni ye.
Salam Bahagia Warisan Petani,
Macam-macam ada seperti department store dah hehehe...
Catat Ulasan