Hari ketiga terakhir di Jepun cuaca cerah di sebelah pagi sesuai untuk ambil kesempatan jemur laundry dan tilam di tempat ada cahaya matahari. Gambar di atas diambil dari apartment AirBNB (related posting klik sini) tempat kami menginap dari balconi kecil. Siapa boleh nampak ada balcony juga yang tuannya suka berkebun ada balcony garden. Pokok jenis memanjat jadi nature work of art di dinding bangunan. Tambah menawan apabila musim luruh pada ketika itu kerana daunnya dari berwarna hijau bertukar ke warna merah mengikut musim. Teringat Tukang Kebun ke pokok daun memanjat menjalar di Kinabatangan yang pelbagai jenis (related posting klik sini).
Antara bangunan apartment yang kami menginap di Jepun ini ada kuil kecil. Setiap kali keluar bangunan ada sahaja yang singgah untuk berdoa. Orang Jepun walaupun moden, mereka sangat spiritual. Di bawah bangunan apartment ini juga ada kedai sukan.
Jalan-jalan menuju ke stesen keretapi Sendagi, di depan kedai ternampak pula ada pokok bunga jonquil yang mekar. Kurang pasti samaada ni mekar terlalu awal atau tidak sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Nostalgia sejenak, tiba-tiba teringat pengalaman pertama tengok bawang jonquil yang Tukang Kebun tanam berbunga dulu (related posting klik sini).
Seronok juga sambil-sambil jalan tengok pokok-pokok gardeners lain tanam di depan kedai mereka. Hehehe sambil teka teki, macam pokok kailan ni kemungkinan pokok broccoli dan cauliflower.
Wah subur betul pokok keluarga aloe vera ini ditanam dalam pasu sampai tak nampak dah pasu yang asal.
Jika tak nak pokok berduri tapi nampak sama dan menghijau, boleh juga tanam pokok pandan serani seperti gambar di bawah ini. Jika rajin cantas sikit batang bahagian pucuk, lama-lama akan jadi macam tu juga bercabang-cabang merimbun. Pokok pandan serani juga mempunyai banyak kegunaan.
More info on pokok pandan serani (klik sini).
~ 1 bekas pokok pandan serani RM10.00 ~
Kebelakangan ini terima banyak pesanan dari balcony gardeners. Di sini Tukang Kebun kongsi gambar lebih jelas bagaimana markisa ditanam dengan suburnya di balcony seperti gambar di bawah.
Sekadar cadangan sahaja sebab mereka yang berkebun di balcony biasanya ruang di kaki pijak cepat penuh. Untuk lebih kreatif memandangkan ruang di kaki dah penuh, boleh juga penuhkan ruang di dinding sambil sejukkan mata dan suhu di rumah anda di atas langit. Salah satu kekangan balcony gardeners juga adalah berapa lama pencahayaan penuh yang diterima pokok dalam sehari. Jika pokok menjalar sekurang-kurangnya bila dah memanjat tinggi lebih meluas penerimaan cahaya mataharinya berbanding dengan pokok renek. Salah satu tumbuhan yang juga daunnya sejak dulu lagi tradisi kita digunakan untuk perubatan suka menjalar adalah pokok sireh. Ada pokok-pokok sireh berakar banyak dalam bekas masih ada limited stok dari musim pilihanraya lalu yang Tukang Kebun propagate kami boleh tawarkan.
Info Sireh (klik sini).
~ 1 pot pokok sireh kuning RM6 ~
Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan 1 ikat daun sireh dalam 10 helai RM1.00 .
Sambungan jalan-jalan dalam Yanaka Ginza (klik sini) sambil ke Sendagi Station, hari sebelumnya cuma cover separuh. Jika nak berjalan-jalan ke Yanaka Ginza boleh turun juga dari Stesen Keretapi Nishi-Nippori atau Nippori jika ikut Japan Railway (JR)- Yamanote line. Boleh juga gunakan Tokyo Metro atau subway nak ke Yanaka Ginza berhenti di Stesen Sendagi. Jika dari arah Stesen Sendagi nampaklah pintu gerbang ni untuk ke kawasan tumpuan Yanaka Ginza.
Kalau dari Ginza kawasan highclass di Jepun ini boleh naik Tokyo Metro Chiyoda Line ke Yanaka Ginza. Hehehe...Yanaka Ginza ni kira kawasan the common people of Ginza la tu nickname dia Yanaka Ginza. Hari tersebut pun antara destinasi ialah Ginza tapi cuci-cuci mata sahaja. Ginza tu macam the East 5th Avenue la rasanya sebab tak pernah pergi hehehe....
Sempat lagi lah singgah beli kuih tradisional Jepun nak bagi anak-anak ni merasa. Ada macam-macam inti rasa yang menarik perhatian. Musim luruh ni pun musim buah berangan.
Pintu masuk nak ke Sendagi stesen ni pun antara celah bangunan. Dapatlah anak-anak ni merasa naik subway atau underground train kat Tokyo. Banyak keretapi dalam satu jam berhenti dekat-dekat jarak masanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan