Selepas melawat Kuil Shiogama dan Kuil Shiwahiko kami pun bergerak menuju ke arah tempat menaiki ferry kena patah balik ke arah stesen keretapi Hon-Shiogama. Memandangkan Kuil Shiogama sejarahnya lebih 1000tahun, maka kawasan berdekatannya yang juga membangun petempatannya bersama-sama juga ada sejarah lama juga. Jalan hadapan ke Kuil Shiogama juga telah masuk dalam kategori jalan bersejarah di Jepun iaitu Shiogama-Kaido Street. Maka bolehlah dikatakan Shiogama ini adalah antara penempatan lama bersebelahan Teluk menghadap Lautan Pacific. Oleh itu sambil-sambil kita berjalan dalam kawasan bandar Shiogama ini terdapat banyak bangunan lama berciri bersejarah beratus tahun.
Tukang Kebun sangat suka dengan bandar Shiogama ini kerana walaupun jalanraya besar tapi kurang kenderaan. Very peaceful. Penduduk kawasan ini juga begitu ramah, kekadang kami tak sempat buka mulut nak tanya betul ke arah jalan nak pergi ni, penduduk yang hampir dah tanya tegur kami hendak ke mana. Ataupun sambil berjalan penduduk akan menyapa ataupun tunduk kepala sedikit as gesture of greetings. Tambahan pula amat mudah nak berjalan kaki di kawasan bandar Shiogama ini melawat-lawat tempat menarik kerana terdapat banyak petanda penunjuk arah dalam Bahasa Inggeris juga.
Cuma kerana masa tak mengizinkan maka tak sempat kami nak jelajah bandarnya. Yang atas ni pun macam tempat dah lebih satu abad tapi tak sempat nak baca bangunan bersejarah ni apa. Tukang Kebun rasanya berbaloi juga tinggal satu malam di sini. Kalau ada rezeki mungkin Tukang Kebun nasihatkan susun aktiviti satu hari jelajah Shiogama dan satu hari Matsushima jika anda melawat Sendai area. Bandar Sendai pun kami tak sempat nak berjalan tempat-tempat menariknya kerana kesuntukan masa. Jalan-jalan area Stesen Sendai ja kami cuci mata. If you planning to visit Sendai, allocate at least 5 days to truely enjoy this area.
Yang seronok berjalan di kawasan bandar Shiogama juga ialah terdapat banyak kedai kecil menjual mainan-mainan jenis zaman-zaman generasi dahulu. Menarik juga untuk dibuat souvenir dan harga pun antara harga budget. Kedai mainan ini amat dekat sahaja dengan Kuil Okama.
Kuil Okama adalah antara kuil lama yang kecil di dalam bandar Shiogama. Kuil ini tiada pembayaran untuk masuk. Cuma dalam 5 minit sahaja jalan kaki dari Stesen Keretapi Hon-Shiogama. 'Okama' bermaksud cerek. Ianya juga ada maksud lain berhubung dengan jantina (boleh Google). Di mana 'Shiogama' sendiri bermaksud 'Cerek Garam' kalau terjemahannya secara lansung. Mudah untuk kita memahami sejarah penempatan asal bandar kecil ini hubungkaitnya selain penangkapan hasil laut ia juga menghasilkan garam sejak beribu tahun lalu lagi.
Tetapi di Shiogama ini proses pembuatan yang diperkenalkan oleh dewa Kuil Shiogama dan Kuil Okama kepada penduduk Shiogama ini ialah pembuatan garam dari rumpai laut. Garam yang berasal dari rumpai laut dipanggil 'Moshio'. Antara souvenir kawasan ini boleh dibeli ialah garam diperbuat dari rumpai laut.
Tetapi di Shiogama ini proses pembuatan yang diperkenalkan oleh dewa Kuil Shiogama dan Kuil Okama kepada penduduk Shiogama ini ialah pembuatan garam dari rumpai laut. Garam yang berasal dari rumpai laut dipanggil 'Moshio'. Antara souvenir kawasan ini boleh dibeli ialah garam diperbuat dari rumpai laut.
Sementara anak-anak berehat dekat depan Kuil Okama ini ada banyak bangku untuk duduk berehat, Tukang Kebun dan Papa Abby masuk berjalan-jalan hingga ke dalam. Kalau dekat kawasan bandar tak sesak orang macam Shiogama ini rasa relax jalan-jalan dengan anak-anak. Takde lah asyik nak monitor je. Kalau kat Malaysia ni takut kalau dibiarkan sahaja mereka bermain-main tanpa pengawasan kena culik dijualnya organ-organ. Tukang Kebun kalau seorang takde my other half, tak berapa gemar nak bawa anak-anak kat tempat ramai sangat orang, susah nak awas 3 kanak-kanak sekali terutamanya Abby yang tengah lasak tak makan saman ditegur. Kalau abang-abangnya dah stage dah faham bila dipesan kenapa tak boleh pergi sebarangan tanpa pengawasan.
Jika di Kuil Okama ini ada juga acara tahunannya setiap tahun iaitu pada 4 ke 6hb Julai untuk meneruskan tradisi pembuatan garam dari rumpai laut (website). Bila terfikir salah satu produk yang juga boleh dibangunkan di Semporna yang kaya dengan rumpai laut (related posting klik sini).
Kecil sahaja kawasan Kuil Okama ini tetapi sejarahnya beribu tahun. Tukang Kebun perasan dengan kawasan Kuil Okama ini penghujung musim bunga kuning ini berbunga.
Yang berminat untuk pokok tumbuhan air sekarang ada stock pokok bunga putih Sagittaria dan Keladi bunting.
Info lanjut pokok bunga Sagittaria (klik sini).
~ 3 moist bare-rooted pokok Sagittaria RM7.00 ~
~ 2 moist bare-rooted pokok keladi bunting RM5.00 ~
Berhadapan dengan Kuil Okama ada cafe comel dengan perhiasan pokok tumbuhan di depan kedai masuknya. Nama Cafe Harema.
Di jalan yang sama dengan Kuil Okama jika ke arah Stesen Keretapi Hon-Shiogama ada tempat persinggahan yang menarik juga untuk yang minat nak cuba pelbagai jenis 'sake' atau arak diperbuat dari beras seperti di gambar di bawah. Di sini boleh juga tengok cara tradisi buat sake. Nama bangunan ini ialah Urakasumi Sake Gallery (tutup hari Ahad).
Sepanjang jalan dekat kawasan bandar Shiogama ini ada rasa feeling macam berjalan di Melaka Jonker Walk (related posting klik sini). Kedai peralatan alat tulis stationary dia bila lalu dari luar juga nampak menarik untuk yang nak dapatkan koleksi untuk buat kraf ala corak Jepun. Ada Tukang Kebun jumpa blogger yang lebih terperinci jelaskan bagaimana nak ke Kuil Okama dari Stesen Keretapi Hon-Shiogama (Click Here).
3 ulasan:
Cantiklah design bangunan kt sini. Nampak classic
Have your lovely family moved to Japan now? It's a very beautiful country and I'm happy for you because I always wanted the same opportunity, but obviously it's not for all. I still think about your kindness but shame on me because I never always let people know about it because laziness can sometimes be very much a part of me - Yikes! All the best of the good year 2018 to you and your family:)
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Rajin mereka kekalkan jaga bangunan-bangunan yang dah lama ada sejarah mereka tersendiri.
Salam Bahagia Annie,
We have not move to Japan, though the idea sounds very tempting.
It was a holiday last November to Japan. First time for the children.
Wish you also have a good hear 2018 too.
Catat Ulasan