Syukur Alhamdulillah perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat dalam bulan ini, bila dah masuk daerah Kudat baru hujan rintik-rintik bermula yang kemudiannya bertukar kepada sangatlah lebat sekali. Sempat la singgah di tepi jalan beli jagung bakar untuk lapik perut dahulu sebelum hujan makin rancak. Biasanya bila masuk daerah Kudat ini antara local delicacies yang popular untuk singgah snacking ialah jagung bakar. Sebab hampir setiap tahun di Kota Marudu ada acara tahunan iaitu Pesta Jagung. Jadi tumbuhan jagung adalah antara sumber penting yang membantu menaikkan sosioekonomi penduduk tempatan di sini.
Kali ini trip ke Kudat kami bernasib baik ada tiga jenis jagung bakar yang dapat rasa. Biasanya singgah selalu ada jagung manis je yang bukan jagung kampung. Kali ini ada juga ada dua jenis jagung pulut yang isi putih dan isi kuning. Jagung pulut isi putih dia panjang halus, manakala baka yang jagung gemuk pendek macam jagung jenis popcorn. Kalau baka jagung pulut yang isi kuning ditanam di Kudat ini rasanya sangatlah berkanji, lain dari jenis jagung manis biasa. Ada beza rasa jagung pulut isi putih dan isi kuning. Geng mengembara kali ini semua jenis kami beli nak rasa. Semua texture dan rasa lain. Senyum lebar kak yang meniaga jagung bakar ini tengok kami pajak jagung dia. Jagung segar yang dijual pun adalah dari jenis jagung manis sahaja. Memang nak dapat bekalan jagung pulut agar sukar baginya juga. Nasib kali ini ada rezeki kami.
Teringat betul zaman kanak-kanak dulu memang jenis jagung kampung ini sangat berkanji. Kalau anak-anak sekarang tak pandai makan kut jagung pulut ni dia lebih berlemak rasanya, tak manis sangat tapi isi dia keras lah sikit. Cepat kenyang makan jagung pulut ni, tahan lama sikit rasa laparnya. Good for nak jaga badan atau kuruskan badan kut.
Ada jugalah dapat bibit jagung pulut yang isi warna kuning dari Kudat ini jika ada yang berminat nak juga tanam. Sekarang ini laku lagi jual jagung kampung cepat habis jualan dari jagung manis. Dah mula semua rindu nak makan semula jagung kampung teringat zaman kanak-kanak kan.
~ Anggaran 50 biji benih 1 pek jagung pulut yang isi warna kuning dari Kudat RM3.00 ~
4 ulasan:
Assalamualaikum kak Diana,
Wah post kakak kali ni kan,betul2 bikin Julie teringat kembali zaman lampau Julie, jagung pulut ni la, antara tanaman yg sukses Julie tanam zaman budak2 dlu, memang best tanam jagung ni, & lagi best time harvest jagung ni, best2 & sangatlah best, di kota Marudu pun time Julie kerja sana dlu, ada juga org jual ni jagung di tepi2 jalan, area kampung2, sedap jagung bakar ni. Mengamit kenangan silam hihi...mau d tanam baliklah jagung ni, Julie book 2pkt benih ye kak...tqvm
kt semenanjung mana lah nk jumpa lg jagung pulut gini kak, teringat zaman dana sekolah rendha dulu, arwah nyai (nenek) ada tnm jagung pulut yg warna putih n yg jenis campur2 color pth ngn kuning... mmg jagung nya rasa sedikit keras n kurang manis tp mmg lain lah ngn jagung biasa nih...
cumnya syg, takde yg simpan benih jagung pulut tuh, tak penah jumpa pun skrg...
Lama tak makan jagung pulut. Arwah bapa pernah tanam atas batas ban sekitar tahun 80an dulu. Besar2 butir dia dan memang berkanji. Kak tak pernah jumpa orang jual jagung bakar sekali kulit mcmtu. Mesti wangi sangat kan...
Waalaikumsalam Julie,
Di Kota Marudu memang ramai usahakan jagungkan. Sana hampir tiap tahun ada Pesta Jagung. Tapi tak pernah kesempatan nak pergi tengok pesta Jagung macammana.
kak doakan kali ini pun Julie ulang sukses tanam jagung pulut.
Kami tumpang bahagia bila Julie kata berjaya cepat cambahan bibit ni.
Salam Bahagia Dana,
Ya zaman kita kanak-kanak jagung isi dia ada keras rasa dan lebih berkanji berbanding dengan jenis jagung moden sekarang ni kan.
Tapi bila kak makin berusia ni teringin semula nak makan jagung macam ini.
Lagi sihat nak makan kekadang buat sarapan atau minum petang, cepat kenyang ya juga.
Salam Bahagia Kak Mala,
Ya wangi kak bila bakar dengan kulitnya sekali.
Catat Ulasan