Pada 6 Syawal kami beraya ke Homestay Rumah Liza di Pekan Pedas, Negeri Sembilan. Pertama kali kami ke sini bukannya nak duduk menginap tapi nak beraya dengan keluarga Mak Long Liza pemilik HomeStay Rumah Liza ini. Rasanya dari awal kami kahwin sampai tahun ini dah lama tak pergi raya rumah Mak Long Liza. Kebetulan teringin nak tengok Homestay Mak Long Liza yang berhadapan dengan Ladang Ternakan Lembu Haji Budin milik Pak Long. Suasana tenang sepi kampung asli perasaan nak beraya memang ada sehinggakan Ilhan awal-awal tak mau masuk rumah. Sebab Ilhan nak enjoy suasana kampung dulu di halaman luar rumah. Kasihan betul budak-budak bandar sekarang ni.
Zaman sekarang ini keluarga sanak saudara dah berhijrah ke kawasan bandar, jadi tiada lagi kampung nak pulang. Untuk balik ke suasana beraya di kampung, ramai yang mencari homestay begini kumpul adik beradik saudara ramai-ramai boleh buat lemang dan rendang seperti zaman kanak-kanak dahulu. Malam-malam boleh main bunga api berlari sana sini di luar rumah. Homestay Rumah Liza yang rumahnya jenis rumah kampung lama yang telah dibaik pulihkan memberikan peluang untuk mereka yang rindu dengan suasana hidup di kampung. Tidak jauh pun dari Lembah Klang for weekend holiday rest with family.
Seronok sangat bermain lalu di lorong bawah tangga, Abby balik dengan benjol di dahi. Biasalah princess papa ni lasak sangat, bak kata big boss ikut perangai mama dia masa kecik tak boleh duduk diam. Jarang-jarang dah jumpa rumah kampung dengan tangga design seperti ini. Pak Long kata dia buat tangga ada 6 steps sebab dia ada 6 orang anak.
Dekat tepi tangga apalagi kan Rayyan buat main gelungsurlah. Seronoklah Rayyan naik tangga lepas tu turun gelungsur. Dekat background berhampiran pintu masuk dapur ada pokok nona.
Salasilah hubungan kami dengan Mak Long Liza ialah papa tukang kebun 1st cousin dengan Mak Long Liza. Papa punya father is the eldest dan Mak Long Liza mother is the youngest dalam 4 adik-beradik. Kesimpulannya atuk dan nenek Papa and Mak Long Liza sama. Sambil anak-anak mengelungsur, Mak Long Liza kata masa dia kecik-kecik pun main gelungsur begini dengan geng-geng saudara dulu dekat rumah atuk, dengar papa membebel-bebel sebab he is the oldest grandchild. Biasalah yang paling tua kan selalu kena supervise yang kecik-kecik hehehe...
Geramnya tengok buah-buah nona yang berjuntaian. Homestay Rumah Liza ini dikelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan. Kami sampai pun dah lepas Asar, syok makan cekodok panas-panas di luar dapur.
Interior dalam rumah pun masih dikekalkan seperti zaman dulu-dulu. Dulu balik raya, budak-budak ramai-ramai tidur lambak di luar bilik macam ini kan.
Bolehlah tinjau dari luar apalah budak-budak ni buat dalam rumah.
Dekat luar halaman rumah dikelilingi dusun buah-buahan boleh berehat juga di wakaf. Masa nak balik dapatlah kami rezeki ole-ole buah rambutan dan manggis. Tengah tunggu jemputan dari Pak Long dan Mak Long lagi untuk BBQ pula mesti seronok.
Yang beminat untuk mengetahui lebih lanjut Homestay Rumah Liza di Pekan Pedas, Negeri Sembilan bolehlah jenguk facebook page 'Rumah Liza' (klik sini) ataupun di webpage iBilik.com (klik sini).
Yang mencari HomeStay di Raub, Pahang pula bolehlah jenguk-jenguk di blog Makngah 'Seri7ujuh&Co.' .
6 ulasan:
Tengkiu..tengkiu..tolong promote hstay makngah...hstay Mak Long Liza punya tu memang nice...malam2 mesti sejuk sebab byk pokok...udara pun fresh...
Bestnya tengok suasana seperti dalam gambar TK, ada tangga main sorok2, ada pokok nona, adan pkok mnggis dan rambutan boleh pnjat2...aman nyaman..rasanya
Salam Syawal Mak Ngah.
Sama-sama.
Pagi-pagi sejuk gaknya mesti tak mau bangun duduk dalam selimut hehehe....
Salam Syawal Sud@is,
Dekat dengan water park di Pedas dan di sebuah gunung untuk hiking. Macam-macam aktiviti ada boleh buat berdekatan homestay ini.
Salam. Tq lah tolong promote homestay mak long...
Salam Mak Long,
Thank you for the invitation seronok sangat lain kali nak jenguk sana lagi.
Kalau ada shbt2 yang nak cari homestay di Bandar Melaka boleh menginap di homestay saya. Homestay Kesidang di Bandar Melaka
Catat Ulasan