No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 2 Mei 2016

White Flesh Dragon Fruit

  Syukur Alhamdulillah long weekend cuti buruh ini, kami dapat menikmati buah naga yang segar dipetik dari kebun sendiri. Sebelum bergerak ke airport petik, masuk beg, terbang ke Sabah dapatlah merasa dengan Big Boss dan Tuan Tanah. Memang puas hati makan dari Kebun sendiri. Yang dapat rasa kali ini adalah yang dari dikongsikan gambar bunganya sedang kembang hujung bulan Mac lepas (related posting klik sini).
  Buah naga yang isi merah dan buah naga yang isi putih boleh dibezakan juga buahnya. Sebagai contoh gambar No.1 di mana kelopak-kelopak sekeliling buah berwarna kehijauan. Manakala contoh buah yang isinya merah pula seperti gambar No. 2 di atas pula kelopak di buahnya pula berwarna kemerahan.
  Syukur Alhamdulillah keratan buah naga yang dahulunya terpatah-patah sebab pancang di belakang roboh lalu Tukang Kebun kononnya ampailah sekejap di bawah pokok ri ri ying di depan dapur. Sehinggakan terlupa nak pindahkan ke tempat lain, lalu menjadi pokok naga yang baru dan tumbuh teramat subur di kawasan depan dapur ini. Syukur Alhamdulillah ada juga bunganya yang kembang minggu lepas. Tengok dari warna bunganya macam yang buah naga isi merah. Kombinasi yang bagus ini antara buah naga dan pokok bunga ri ri ying (related posting klik sini). 

  Pokok ri ri ying atau translation - "bunga sakura kembang setiap hari" adalah pokok bunga yang berbunga tiap-tiap hari sepanjang tahun dan antara bunga kegemaran lebah ataupun kelulut untuk mengumpul makanan mereka. Elok ada juga pokok ri ri ying di dusun buah-buahan atau sayur nak tarik lebah datang ke kebun anda untuk bantu pendebungaan. Bulan ini ada limited stok baru grafted ri ri ying.

~ Ri Ri Ying grafted 1 pot RM10.00 ~

~ Fresh cutting red/white flesh dragon fruit RM10.00 ~

Minggu ini tiada penghantaran sebab kami cuti extra long. InsyaAllah awal minggu depan akan dipos semua pesanan yang telah diterima.

Self-Collect This Week:

7th/8th May 2016 Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00 AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama exit Guthrie Corridor Highway).

8 ulasan:

Lynn Huraiza berkata...

sedapnya buah naga...

Normala Saad berkata...

Aduh bestnya. Buah naga segar dari ladang! Yang merah tanam juga ke...

norhidana berkata...

jauh merantau buah naga tuh ye kak... sampai ke sabah nun

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana,
Wah nampak sedap isi buah naga tu...

@na berkata...

Nampak manis bersari...sesuai sgt makan musim kemarau begini hilang dahaga...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Lynn.

Syukur Alhamdulillah memang puas hati dengan rasanya masak semulajadi.

Salam Bahagia Kak Mala.

Syukur syukur dengan nikmat yang diberikannya.
Memang best.
Merah pun ada juga Kak Mala.

Salam Bahagia Dana.

Itulah nak dikongsikan juga dengan tuan yang asal dapatkan pokok-pokok naga di Kebun Bahagia Bersama. Kekadang cucu yang merasa hasil dulu dari air tangan nenek yang tanam.

Salam Bahagia Julie.

Memang syok Julie.
Teruja masa kopek betapa cantik dan pejal isinya.
Just nice texture.
Buatkan rasa nak expand menanam lagi pokoknya hehehe....

Salam Bahagia @na.

Ya letak dalam peti ais dahulu kasi sejuk baru menikmatinya.

Tanpa Nama berkata...

Assalam..klau msih ade keratan utk buah naga merah, sy brminat utk beli..sblum nie ade tanam dr zman sy skolah 2007, tp x brbuah smpai skrg..x tahu ape msalah, cuma pkok tmbuh subur smpai panjat dinding hingga ke bumbung rumah..hahaa...

-IZA-

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Iza.

Keratan buah naga merah masih dibekalkan boleh buat pesanan email (kebunkmg@gmail.com).

Mungkin tak perlu bagi baja lagi agaknya hahaha....kasi posa.