Syukur Alhamdulillah buah kuning telur yang sedang membesar bulan lepas dah mula meranum. Dalam Bahasa Inggeris buah kuning telur selain dikenali sebagai buah canistel juga dipanggil EggFruit. Ini kerana tekstur isi buahnya seperti kuning telur yang telah direbus. Walaupun rupa bentuknya macam mangga tetapi rasa dan tekstur isi buahnya amat berbeza. Yang mengidam nak makan buah kuning telur boleh juga dapat bekalannya dari Kebun Bahagia Bersama.
~ 1 kilogram buah kuning telur RM5.00 (boleh dipos atau self-collect) ~
Dalam pengalaman Tukang Kebun yang masih mentah atau dari pemerhatian, Tukang Kebun rasa pokok kuning telur ini lebih sesuai disemai secara biji benih berbanding dengan grafted/tut. Lagipun untuk pokok dari golongan buah-buahan, ianya sejenis pokok cepat membesar dan matang. Jika kawasan persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan pokok kuning telur ini secara purata 4 tahun dah boleh berbuah dari semaian biji benih.
Dalam bumi mengalami masalah perubahan cuaca El-Nino ini, kalau pokok kuning telur yang dah besar grafted ada kemungkinan besar mudah nak tumbang seperti contoh gambar No.2 di atas. Yang ni pokok kuning telur yang caught Tukang Kebun eye semasa melawat pusat semaian di salah satu agensi pertanian kerajaan. Tengok pun dah boleh tahu ini pokok kuning telur yang memang kebarangkaliannya grafted tiada akar tunjang khas. Sebab ada sepohon kuning telur yang Tuan Tanah beli dari Serdang pernah tumbang masa ribut datang tiba-tiba bila lama tak hujan. Besar pun lebih kurang macam gambar di atas, mau patah pinggang rasa kami nak betulkan. Sampai Tukang Kebun pun dah tak kuasa cakap dekat Tuan Tanah yang pokok yang dibeli ini sama sahaja dengan pokok yang Big Boss semai dari biji dekat belakang. Padahal yang Big Boss tanam pokoknya tak putus-putus berbuah dan pokoknya tegap lasak. Berbanding dengan yang di depan tak berbuah mabuk daun sahaja, ada kala berbunga tapi buahnya tak melekat pun. Macam tak de beza pengambilan masa nak berbuah dari semaian biji benih dan tut.
Buah-buah kuning telur yang ranum bila jatuh sendiri dari pokok memang rezeki ibu-ibu ayam yang bebas di belakang Kebun Bahagia Bersama. Kadangkala Tukang Kebun kutip mana yang belum sempat dihabiskan lagi kasi peluang juga anak-anak ayam merasa di kandang.
Seperti manusia juga jika kaum hawa paling awal baligh atau matang badannya untuk dapat menghasilkan zuriat pun setelah umur 9 tahun. Kalau ayam kampung lebih kurang 6 bulan nak matang. Itu pun ikut individual masing-masing secara physical mencapai kematangan adalah berbeza. Begitu juga kita nak fikir yang pokok buah-buahan juga perlu masa membesar sebelum bersedia untuk menghasilkan buah-buahan apabila ianya matang. Benih yang terdapat di buah-buahan adalah bagi sesetengah tumbuhan adalah benih anaknya. Benih tu dah kira unik sebab macam embryo manusia dah mengandungi kandungan genetik yang lengkap dari ibu dan bapa. Bila pegang biji benih atas tangan tu dah sebenarnya pegang baby.
Sekadar 4 tahun nak tunggu pokok buah-buahan nak baligh hasilkan zuriatnya pun kita tak boleh bersabar. Walhal pokok tu apabila sudah dewasa mula berbuah berpuluh-puluh tahun ianya akan berbakti kepada tuannya. Manusia pun tak mampu nak lahirkan anak tiap-tiap tahun. Tumbuhan pula tak berhenti-henti berzikir. Sometime we tend to forget that like us plants is also a living creature. Seperti manusia, tumbuhan juga mempunyai kitaran hidup yang mirip dengan kita. Growing a good long-life tree juga boleh dikirakan investment sebelum kita habis riwayat juga. Jika pokoknya berterusan beratus-ratus tahun ke hasilkan buah kenyangkan makhluk Allah lain atau memberi teduhan masih lagi amalan yang kita lakukan dahulu diberikan ganjaran walaupun badan kita ni pun dah lama jadi compost. A good long term investment.
Dengan cuaca perubahan extreme sekarang seperti El-Nino sebenarnya bukan manusia sahaja yang suffer, begitu juga tumbuh-tumbuhan. Walaupun manusia diberikan kaki boleh berlari mencari tempat teduh, tumbuhan juga gunakan tenaganya untuk memanjangkan akarnya ke dalam tanah mencari sumber air untuk hilangkan dahaga dan keep fresh. Tapi berbeza dengan pokok tut yang tiada akar tunjang lebih terancam nyawanya berbanding dengan pokok yang lahir semulajadi dianugerahkan dengan akar tunjang. Benda yang tak nampak jauh dalam tanah itulah yang mempunyai peranan penting untuk sokong survival sesuatu tumbuhan. Untuk pokok tut ini akar-akarnya yang berserabut tumbuh tu cuma berhampiran dengan permukaan tanah, tanam berdekatan rumah pun tak elok boleh mengakibatkan simen retak pecah. Apatah lagi apabila tumbuhan stress dengan perubahan cuaca El-Nino ini pokok-pokok tut yang stress akarnya yang tiada akar tunjang itulah cepat kena serangan anai-anai.
Do you know the carrot part that we like so much is actually a tap root (akar tunjang)?
Kalau kita tanam semula bahagian atas setelah potong akar tunjang carrot too, tak tumbuh balik akar tunjang cuma akar serabut sahaja (boleh buat experiment di dapur).
Tukang Kebun punya research interest is actually reproduction/reproductive biology tapi nanti melalut-lalut dah make no sense at all. So I stop here. Let readers digest.
Sabar itu Separuh dari Iman.
~ 1 pot anak pokok kuning telur/canistel/eggfruit RM15 ~
Syukur Alhamdulillah kali ini rasa cepat juga batch boiboiboi membesar (related posting klik sini). Dah makin membesar banyak bulu ini, baru perasan dalam batch ini ada seekor betina mirip betul dengan maknya si Ratu. Yang berminat nak dapatkan bekalan dapur ayam kampung Sabtu ini ada tinggal berapa ekor je lagi dari batch sebelum ini.
Available juga untuk self-collect Sabtu ini adalah :
~ 1 beg tanah bakar RM5.
6 ulasan:
Salam Kak Diana, terima kasih atas peringatan. Just make myself realized one important thing, sabar dengan ujian tuhan. :)
kak diana...ct nak buah ni 2kg...boleh pos ke kedah tak
Yg pasti kakak memang tak pernah rasa buah canistel ini Diana. Kakak boleh membayangkan macam buah avocado tau. Kalau ayam kampung adalah haha... dah tentu kakak ada kampung mestilah ada ayam kampung:)
Memang betul Diana..manusia sudah kurang sabar sekarang..semua benda nak hasil segera...pokok buah2an memang eluk ditanam biji sebab pokoknya lebih kukuh dan panjang umur,
Assalamualaikum kak Diana,
Banyak info yg dpt diperolehi dlm blog kakak ni, seronok baca, beryl tu kak, pokok yg tumbuh dr biji benih mmg tahan lasak berbanding yg kena tut, Julie tgk pokok2 buah di kampung Julie yg ditanam guna biji benih ni mcm mangga mmg tahan lasak, pokok pun besar2. Geram tgk ayam2 ternakan kakak ni, sihat2, rasa mcm nak peluk2 ja ayam gebu tu hihi...
Salam Bahagia Jazzeyra Aj.
Sama-samalah kita tabah dan sabar menghadapi ujian tuhan.
Salam Bahagi CTAju.
InsyaAllah ada dan boleh dipos ke Kedah.
Nanti email (kebunkmg@gmail.com).
Salam Bahagia KakZakie.
Rasanya macam ubi kayu rebus perisa pisang manis hehehe...pun ada.
Macam ada avocado rasa berlemak-lemak.
Salam Bahagia Kak Mala.
Iya semuanya cepat kan sekarang.
Nak dapatkan sesuatu kena usaha dan menghadapi jalan berliku-liku nak dapatkan hasilnya.
Dengan cuaca El-Nina ini kalau yang bertut pokoknya, memang sengsara dan perlukan lebih perhatian berbanding yang tumbuh dengan biji.
Waalaikumsalam Julie.
Syukur Alhamdulillah jika info ada yang diberikan bukan hanya merepek-repek sahaja isinya hehehe....
Itulah geramkan dengan yang dah ibu ayam gebu-gebu.
Catat Ulasan