Rasanya dah hampir 2 minggu tak membuat penulisan di laman blog Kebun Bahagia Bersama ni. Hari ini naikkan semangat sikit untuk buat catatan progress ayam kampung di Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih banyak-banyak di atas pesanan berterusan untuk daging ayam kampung segar dari Kebun Bahagia Bersama. Hujung Mac lalu untuk pertama kalinya kami mula bekalkan daging ayam kacuk selasih kelahiran Kebun Bahagia Bersama. Mula-mula tak perasan sebab tak pernah belek di sebalik bulunya cuma nampak ada tanda paruh dan kakinya berwarna kelabu kehitaman. Bila dah tangkap barulah perasan rupanya kulit pun berwarna kelabu kehitaman sebelum disembelih. Jadi antara ayam-ayam kampung yang disembelih hujung bulan Mac lepas ibu-ibunya adalah si Sally dan si Ratu (related posting klik sini) iaitu pengeraman secara semulajadi.
Semoga Sis Z dari TTDI makin murah rezekinya, terima kasih banyak-banyak kerana memberikan sumbangan beras untuk membesarkan anak-anak ayam ini dengan pemakanan yang lebih sihat dan pelbagai. Sekarang memandangkan batch Bujang 2 dah membesar, yang masih tinggal lagi dipindahkan ke kandang D dari kandang E.
Manakala anak-anak ayam yang lahir hujung bulan March lalu, dipindahkan ke Kandang D pula. Batch kelahiran hujung bulan March ini dipanggil batch BoiBoiBoi sebab diperhatikan macam batch ini lebih banyak jantan. Rasanya batch BoiBoiBoi kali ini kebarangkalian kami simpan untuk juadah Ramadhan ini untuk anak-anak. Syukur Alhamdulillah selain dari isi kelapa, ada juga rezeki buah-buah jambu air untuk batch boiboi awal bulan April ini bagi pembesaran mereka.
Awal bulan April ini parents dearest husband ada datang ke Kebun Bahagia Bersama, father-in-law bawa baka ayam kampung warna hitam yang baik all the way from Terengganu.
Bahaya betul more than a week now Tukang Kebun is having a period of lethargy and probably melancholy mood. As you see when I'm deep down in this mood, I don't have much the drive to write or do things that I like. Maybe cos the absent of my other half for some period of time. Thank you so much for the emails asking how is Tukang Kebun doing at the moment, lifted up my spirit very much.
What a girl did when she is in this mood?
The Tukang Kebun drowning herself with the music and lyric of this song everyday
Malam ini Tukang Kebun belanja bawa anak-anak, adik dan our parents tengok movie The Jungle Book and dinner. Tiket dah siap beli. Tonight family time. Disney animation 'Jungle Book' is one of my father favourite movie. I think he watches it countless of time when he has the time until now.
P.S yang berminat nak dapatkan fresh halia bara (1 set rhizome RM10), please confirm before tomorrow Saturday morning ya.
4 ulasan:
tulah ingatkan kenapa lama senyap blog nih kak
Bapa mertua pula sudah clear kan semua ayam kampungnya....sekarang ni dia fokus menangkap ikan di Sungai Perak shj
Harap cepat sihat dan kembali ceria...
Salam Bahagia Dana.
Banyak sangat nak kena settle kerja hihihi....dengan cuaca juga terbatas nak lepaskan stress dengan berkebun.
Salam Bahagia Kak Fida.
Syok juga menangkap ikan tu.
Dah lama kami tak buat activity seperti itu.
Salam Bahagia Kak Mala.
Terima kasih semoga badan dan mental bertahan dengan cuaca meletop panas sekarang ini.
Catat Ulasan