Syukur Alhamdulillah bilangan nenas yang dapat dituai setiap tahun sejak kami mula berjinak-jinak mencuba tanam jenis Nenas Madu Sabah makin meningkat. Walaupun beberapa bulan musim panas kering telah berlalu, tibanya bulan Mei kelihatan buah nenas madu Sabah makin rancak membesar dan mula meranum buahnya. Actually we don't have anything to complain. Walaupun beberapa minggu musim panas berlalu, tak pernah disiram dan tak pernah dibaja ada juga hasil dari tanaman nenas. Jenis Nenas Madu Sabah ini thrive so well di Kebun Bahagia Bersama sebelah Lembah Klang ini with neglect.
Yang lebih seronok ialah bulan Mei ini juga kelihatan banyak juga kemunculan buah nenas kecil yang telah juga mula musim berbunga. InsyaAllah lihat perkembangan buah Nenas Madu Sabah ini jika ada rezeki adalah buah yang dapat dituai dalam bulan Ramadhan dan bulan Syawal akan datang ini.
Cuma dugaannya ialah siapa/apa cepat dia dapat dululah prinsip dalam kebun ini. Kekadang mata buah nenas baru sedikit sahaja bertukar kuning nak meranum pun ada yang dah tak sabar testing. Jadi kekadang kalau takut tak merasa bila nampak mata buah dah mula menunjukkan tanda kuning atau buahnya dah condong sangat akan dituai dan diperam di dapur.
Syukur Alhamdulillah mulai hujung minggu baru-baru ini sebenarnya kami dah mula bekalkan juga buah Nenas Madu Sabah dari kebun. Minggu ini juga sudah kena booking. InsyaAllah tengok kalau ada rezeki jika hujung bulan ini ada yang ranum buahnya. 100% Organically grown. Baja pun tak diberi, yang diserapnya naturally composted material. Kimia juga tidak digunakan untuk mempercepatkan pokok berbuah atau buatkan buahnya masak.
Buah Nenas Madu Sabah ada dalam 3 bentuk dan salah satunya seperti di atas. Dalam Kebun Bahagia Bersama pun kekadang boleh kelihatan ada 2 bentuk yang berbeza. Mahkota Nenas Madu Sabah biasanya tak besar dan kadangkala berlapis-lapis mahkota kecik.
Bentuk pokok buah Nenas Madu Sabah seperti dalam kategori Spanish. Jadi buahnya biasa terletak terlindung ke dalam pusat pokoknya. Challenging sikit nak tuai. Tapi kalau macam Kebun Bahagia Bersama ada pelbagai jenis ternakan bebas, jenis Spanish lebih sesuai. Susah sikit diorang nak access buahnya kalau tanam di kawasan yang tidak berpagar. Cuma angsa je lah boleh capai kut. Dulu pokok-pokok nenas ditanam di kawasan berpagar supaya ternakan tak masuk. Tapi sekarang tak perlu, sebab angsa tak usik pokoknya makan daunnya. Yang gambar di atas ini pokok-pokok nenas duduk sebelah pokok kapas, mana kapas yang tak terkutip tu jatuhlah di atasnya macam salji.
Syukur Alhamdulillah bolehlah awal bulan Jun nanti Tukang Kebun expand lagi kebun nenas di Kebun Bahagia Bersama sebelah Sungai Buloh. Kali terakhir masa cuti panjang Tahun Baru Cina buat kebun kecil (related posting klik sini). Oleh itu, sebelum Tukang Kebun mula expand kebun Nenas Madu Sabah di Kebun hanya untuk bulan Mei 2016 ini kami buat promosi '5 sulur Nenas Madu Sabah for RM10'.
Bulan Mei ini juga adalah musim buah pisang nangka, yang berminat nak buat kerepek pisang nangka untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri boleh juga dapatkan buahnya yang segar di Kebun Bahagia Bersama. Nak buat pengat ke atau pisang goreng pun boleh.
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5 (boleh juga dipos) ~
InsyaAllah malam ini atau awal pagi esok akan Tukang Kebun email tracking no. untuk pesanan yang menggunakan Pos Laju. Semua pesanan yang telah selesai pembayarannya sehingga petang semalam telah dipos pagi ini. Gambar di atas antara pesanan-pesanan yang disediakan semalam yang menggunakan kotak prepaid Pos Laju Malaysia sehingga nak dekat pukul 2 pagi tadi baru selesai. Yang gunakan plastik sampul pos laju dan sampul-sampul surat untuk normal postage pun telah selamat dipos. Kali ini dearest husband yang bantu bungkuskan. Sebab Tukang Kebun dah berapa hari sibuk kejar deadline nak siapkan major revision re-submission ke journal. Banyak constuctive comment nak dijawab dari reviewer.
Terima kasih kepada pembaca yang tinggalkan jejak di ruangan comment. InsyaAllah bila Tukang Kebun dah selesai menjawab comment reviewer nanti kita visit ya. Otak rasa nak pecah ni. Inipun break kejap nak release stress.
Self-Collect This Week:
14th/15th May 2016 Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
9 ulasan:
wahhhh mmg menjadi betul nenas akak tuh... subur betul
Terliur tgk nenas yg mula meranum tu..
akak x tahu tanam nenas mana tapi musim panas baru ni mmg manis sgt dan beso buahnya...ni ada 4-5 biji lagi kat pokok...
Banyaknya anak2 nenas kut tepi tu...
Salam Bahagia Dana.
Syukur Alhamdulillah lama juga nak bersabar supaya dapat hasil nenas seperti sekarang.
Mungkin tanah sekarang sudah sesuai dengan cuaca juga.
Salam Bahagia Kak Mar.
Puas hati rasa dapat petik sendiri buah nenas dari kebun.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Ya musim panas lebih manis buahnya kerana kurang berair.
Wah lumayan tu kak.
Salam Bahagia Kak Mala.
Jenis ini memang kuat beranak pinak, ambil masa lama sedikit nak berbuah berbanding jenis nenas lain. Tapi berkat kesabaran rasanya lebih manis.
Nenas saya baru 4 bulan rupanya..
Berapa bulan baru keluar buah ya..?
Beli dengan Diana juga ni..
Seronok tengok nenas Diana ni geram..!
Salam Bahagia Marissaislam.
Tengok persekitaran pertumbuhan dan faktor-faktor lain dalam purata belasan bulan ianya mula berbuah.
Kalau matahari banyak dan rajin baja serta siram belasan bulan InsyaAllah.
Kalau kurang matahari dan nutrient mungkin lama sket.
Catat Ulasan