No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 14 Julai 2016

Kelupis

  Tahun ini pertama kali Tukang Kebun sekeluarga menyambut Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu. Sebelum itu, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir Batin. Hari Raya pertama kami buat open house. Antara juadah untuk Open House Raya Pertama tahun ini ialah makanan tradisi tempatan di sini iaitu 'kelupis'.
  Seperti lemang dan ketupat palas yang menggunakan beras pulut dan santan. Perbezaan untuk daun yang digunakan ialah bagi lemang dibalut dengan daun pisang, ketupat palas dengan daun kelapa, bagi kelupis pula adalah menggunakan daun nyirik. Rasanya mengikut daerah daun nyirik ini juga dipanggil daun kobu oleh bangsa Dusun-Kadazan. Contoh pokok daun kobu ini seperti gambar di atas yang tumbuh amat bahagia sekali di Kebun Bahagia Bersama. Kali ini juadah raya Open House yang gunakan santan yang kesemuanya home-grown dari Kebun Bahagia Bersama (from Sungai Buloh to Kota Kinabalu).

~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 ~
  Makanan tradisi ini mengikut daerah ada versi kelainan masing-masing. Mama Tukang Kebun buat petang akhir Ramadhan sebelum berbuka. Santannya dimasak terlebih dahulu. Sebelum ditanak bersama beras pulut pakai periuk nasi. Bila dah nak hampir masak kemudian nasi pulut dibalut dengan daun kobu. Kemudian akan dikukus semula sehingga masak. Lepas berbuka, mak sambung balik membalut sambil mengukus. Syukur Alhamdulillah laku betul home-made kelupis mak buat sehingga tak sempat kami nak merasa sendiri.
  Selain dari menggunakan daun kobu untuk balut buat kuih kelupis ini. Boleh juga gunakan daunnya untuk balut ikan bakar dan lain-lain. Nak bungkus nasi lemak pun boleh. Pokok daun kobu ini juga menghasilkan bunga berwarna keungguan di bahagian bawah aras tanah pokoknya. 

Ada juga previous posting, Tukang Kebun tulis mengenai daun kobu ini (klik sini).
  Pokok daun kobu ini adalah jenis rhizom yang rajin menjalar. Boleh juga ditanam dalam pasu. Di bawah adalah contoh sebahagian rizom pokok daun kobu di mana ada bunga dan tunas baru. Kebun Bahagia Bersama akan bermula  dari bulan ini membekalkan rizom pokok daun kobu dan daun yang segar untuk yang berminat.

~ 3 set rizom pokok daun kobu/nyirik RM10.00 ~

~ 1 set (10helai) daun kobu/nyirik RM1.00 ~
 Terima kasih kepada semua kunjungan, ucapan dan komen yang diterima. InsyaAllah jika diberikan rezeki kesihatan dan kelapangan masa akan kami datang berkunjung.

13 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Selamat Hari Raya Diana, maaf zahit batin..
pernah rasa makan kelupis masa ada program di Inanam dulu.

norhidana berkata...

selamat hari raya kak....

msti sedap kan kelupis nih... aroma daun tuh yg bt jd lain kot...
mcm penah nampak pokok n daun gitu kt kampung kak... sbb penah nampak org guna bt balut tempe kt kampung

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak tahu kelupis ni Dee
Pernah makan pun masa house warming pakcik kakak yg S'porean beli rumah di JB sini dan anak dia yg duduk Brunei bawa kelupis sebagai hidangan. Kami makan dengan rendang dan serunding. Sedap. Ada aroma special mungkin dari daun pembalutnya.

Selamat Hari Raya dear, maaf zahir batin dari kakak:)

Sha Mohamed berkata...

Wah menariknya.. Teringin nak rasa..

Annie's Journal berkata...

That looks so delicious and special Diana:) Wishing you and your family a happy holiday!

NONTON FILM ONLINE berkata...

trimakasih gan buat infonya,,
sangat menarik,,
saya suka dengan artikelnya,,

TukangKebun berkata...

Salam Syawal Nasa Mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Syukur Alhamdulillah dapat juga rasa kelupis masa balik Sabah hari tu kan.

Salam Syawal Dana.

Ya bila dah dikukus daunnya ada aroma pula.
Kadang-kadang masa tanak beras pulut dengan santan dicampur juga dengan daun pandan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Salam Syawal KakZakie.

Ya orang Brunei pun rajin hidang kelupis masa musim perayaan. Biasanya ada juga dijual di Tamu.
Kekadang 1 biji 50 sen.
Ada juga menjual RM2 for 5 biji kelupis.
Boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk macam nasi pun ya juga.

Selamat Aidilfitri , Maaf Zahir Batin.

Salam Bahagia Shahida,

Senang ja nak buat ni kalau rajin hehehe....

Salam Syawal Annie's.

Its festive season here in Malaysia.
Thank you Annie for the wish.

Salam Syawal Nonton Film Online.

Terima kasih singgah berkunjung di kebun virtual kami.

Unknown berkata...

Boleh dapatkan saya raizom daun nyirik 1 set yg RM10 dan pos ke Taiping boleh.

sexy berkata...

kat tempat sexy dipanggil daun lerek. kami buat lemang(arwah datuk n nenek yang buatkan, sexy jaga diri jer.)

sexy berkata...

kat tempat kami ada kuih mcm kelupis ni tp kami gantikan dgn ubi kayu, gula, secubit garam & dipanggil kuih dakap (arwah datuk & nenek yg buatkan, sexy tau mkn jer). Sekarang pyh nk cari kuih dakap ni diganti kue moden. lhpun kue dakap ni makanan org ssh/ dulu-dulu (sedeyyy, arwah datuk & nenek x sempat mrasa senang (harta)d dunia, smoga senang di sana di atas kayanya budi bahasa & amalan keduanya. Amin).

sexy berkata...

Kalau tnya pakcik google, ada resepi pulut dakap yg dimodenkan dgn inti pisang tp arwah dulu buat guna ubi kayu. pulut ni makanan agak mewah bg kami.

Unknown berkata...

Assalam sis...ada tak jual pokok ni d sungai buluh..pokok kelupis

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kasmin Kamiran,

Pesanan boleh dibuat melalui email ke (kebunkmg@gmail.com).
Rizom daun nyirik boleh dipos.

Salam Bahagia Sexy,

Oh daun lerek juga panggilannya.
Terima kasih berkongsi ilmu boleh juga balut lemang ya.
Pertama kali kami dengar kuih dakap akan cari juga resepinya boleh cuba-cuba.

Salam Bahagia.

Pokok ni memang ada tumbuh di Sungai buloh pun di kebun kami, subur bermahajaralela.
Kami juga bekalkan daun ini.