Syukur Alhamdulillah di penghujung Syawal ini di Kebun Bahagia Bersama sedang lebat musim buah mempelam telur. Pokoknya berbunga meriah semasa cuti sekolah pertengahan yang lalu. Ianya tak pernah dibaja tapi sebab tumbuh sebelah dengan bangsal motor tumpangan anak-anak ayam bila dicuci lantai maka mengalirlah baja tahi anak-anak ayam mengalir ke arahnya. Kekadang tanah atau reputan dari saluran parit keliling rumah diletak di kelilingnya.
Memandang hujung minggu lepas kami semua berkumpul di Kota Kinabalu, maka 1 beg dibawa penuh dengan buah mempelam telur seperti gambar no. 1 di atas. Atas pertolongan Sumandak di rumah membuka kulit dan memotong buah mempelam telor dapatlah Tukang Kebun buat jeruk mempelam telor asam boi. Permata-permata hati pula tolong kutip buah-buah cili masak di keliling kebun Big Bos di Kingfisher, Kota Kinabalu. Bahagian pokok yang tinggi papa Abby kena buat second trip keluar ke kebun petik buah cili nak kasi kick lagi jeruknya.
Dapatlah kami lebih dari 2 balang penuh besar yang biasa dibuat isi snek rempeyek tu pada Sabtu lepas. Kebetulan pula pada hari Ahad ada beberapa keluarga datang beraya ke rumah, jadi dapatlah juga kami berkongsi hidangan 1 balang besar jeruk mempelam telor asam boi. Orang Sabah kan ndak kuat pedas, sedap katanya walaupun padas.
Sangat jimat membuatnya bila bahan seperti buah mempelam telor dan cili dari kebun sendiri. Cuma nak kena belanja bahan untuk buah asam boi, serbuk asam boi, gula dan garam yang tidak sampai kosnya lebih RM10 untuk 2 balang. Lalu Tukang Kebun mengusik si Sumandak ini 1 balang kalau jual pun boleh dah dapat untung RM50. Dah biasa 1 tupperware kecik setengah je isi pun sudah dijual RM5 untuk jeruk mangga assam boi.
~ 1 kilogram buah mempelam telor RM5 ~
~ 1 pot anak pokok mempelam telor RM10 ~
Minggu ini ada halia bara untuk yang berminat 1 set rhizome RM7.00 . Self-collect untuk hujung minggu ini ialah hanya pada hari Sabtu pagi 30hb Julai 2016 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Antara fresh produce yang available:~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 .
~1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00.
~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00.
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00.
~ 1 ikat daun nyirik (kelupis) RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
~1 ikat daun pucuk muda assam gelugor RM1.00 .
~ 1 biji kelapa parut RM2.00 .
~ 1 beg tanah bakar RM5.00.
5 ulasan:
Terliur betul kakak tengok jeruk pelam tu Dee.
Ini kalau makan selagi tak senak perut tak berhenti ni:)
Salam terliur pulak bila tgk buah mempelam telur tu...
aduhai....
mari kita riki2 nk ngoder... apa menggoda sgt nih sume
sedapnya jeruk mempelam
Salam Bahagia KakZakie,
Betul susah nak berhenti makan selagi perut tak meragam hehehe....
Salam Bahagia Jiwa Tani,
Sedap juga cicah dengan kuah rojak.
Salam Bahagia Dana,
Godaan dari mempelam telur hehehe....
Salam Bahagia Kak Suzie,
Syukur Alhamdulillah dapat juga berkongsi bawa apabila ada jamuan.
Catat Ulasan