Syukur Alhamdulillah 1 Syawal baru-baru ini, hasil dari pokok herba yang banyak digunakan sebagai bahan masakan harian di tanahair Malaysia ini telah kami pergunakan sepenuhnya. Memandangkan bekalan dari kebun sendiri tidak mencukupi, terpaksa juga kami borong di Tamu Minggu Tuaran (3hb Julai 2016). Tetapi 1 ikat RM1 di Tamu Tuaran sama nilainya dengan RM5 jika dibeli di Lembah Klang. Isi batang bawahnya juga lebih gemok dan besar.
Untuk open house 1 Syawal, kami juga hidangkan teh serai untuk tetamu yang datang beraya ke rumah. Tukang Kebun kali ini berfikir untuk menyediakan air serai adalah bagi membantu mereka melegakan perut yang menghadapi masalah kembung perut atau senak/sebu setelah lama berpuasa. Tambahan pula rebusan air serai ini membantu mengurangkan panas badan di mana minggu raya panas di Kota Kinabalu. Amat mudah membuat teh serai, ambil bahagian bawah serai diketuk-ketuk dan rebus bersama gula batu. Boleh juga direbus dengan daun pandan. Atau pun setelah air rebusan siap dimasak boleh diperah dengan limau kasturi sebelum diminum atau campur dengan madu. Untuk raya kali ini stok serai segar yang kami beli untuk menyiapkan juadah raya ada 2 baldi penuh.
Setelah berbuka akhir Ramadhan, Tukang Kebun dan suami sibuk sambung menyelesaikan projek buat satay ayam dan ayam panggang. Tukang Kebun tukang peram daging dan cucuk, dearest huband tukang potong dan tukang bakar. Serai juga banyak digunakan untuk bahan peram sate ayam kali ini. Sehinggakan pukul 3 pagi lebih satu syawal baru selesai membakar. Syukur Alhamdulillah sate ayam kali ini nampaknya menjadi dan hot item sehingga ada yang nak order. Puas hati buat sate ayam sendiri, bila tengok tetamu selera makan dan komen 1 cucuk pun paling kurang harga RM1.
Bahan-bahan peraman anggaran 1 ekor ayam:
1 labu bawang putih (blendar kering)
1 biji bawang merah besar (blendar kering)
1 ketul kikis halus gula melaka/gula endau
5 batang serai besar (blendar kering)
halia, lengkuas, kunyit hidup (blendar kering)
1 sudu besar ketumbar, jintan manis/putih (sangai dan blendar kering)
garam
Masa peraman juga amat penting. Elok peram sekurang-kurangnya 4 jam.
Memandangkan tukang-tukang masak sibuk layan tetamu masa 1 Syawal sehingga diri sendiri pun tak sempat nak rasa hidangan home-made cooking masing-masing. Big Boss pun jadi mengidam nak makan satay ayam air tangan Tukang Kebun sebab tak puas makan. Bila ada tukang bakarnya balik KK, nanti Tukang Kebun buat untuk mak lagi sekali ya.
Elok sahaja tetamu terakhir pulang lebih kurang pukul 10 malam, Tukang Kebun pula knock out terus demam beberapa hari. Hari pertama demam tu memang kepala Tukang Kebun tak boleh nak fikir. Hari kedua demam baru teringat cuba teh serai untuk kurangkan panas (kena minta tolong rebuskan, sendiri kena fikir). Syukur Alhamdulillah memang herba serai ini boleh mengurangkan panas demam. Tambahan pula bantu mengeluarkan peluh, di mana boleh terasa sifat anti-oxidantnya dan keluarkan toxic dari badan.
Setakat ini untuk ujikaji minum teh serai dekat badan Tukang Kebun sendiri (rasa effectiveness) ialah:
~ Dapat membantu masalah kurangkan perut kembung/senak lepas makan.
~ Menggalakkan penghadaman atau pencernaan yang baik.
~ Mengurangkan panas demam badan (sejukkan badan)
~ Membantu atau mendorong mengeluarkan peluh (keluarkan bahan toksik dari badan).
~ Mempunyai sifat penenang, sedatif atau anti-depressant (penenang kepala dari asyik nak meroyan).
~ Kurangkan gangguan sukar tidur atau insomnia (badan lebih selesa rasa nak tidur).
~ Makanan yang diperam atau menggunakan banyak serai tidak cepat basi atau tahan lama (sate ayam simpan diluar bukan dalam peti ais boleh tahan lebih 24 jam).
Orang kita sangat sebati tahu kenal pokok herba serai ini, but believe me like me sure ramai take it for granted and did not realised its full potential. Tak susah pun buat teh serai, ketuk-ketuk je rebus.
Antara manfaat serai yang dilaporkan juga adalah seperti berikut:
~ Membantu melawaskan pembuangan air kecil.
~ Membantu stabilkan hormone (kitaran haid).
~ Mengurangkan tekanan darah dan elokkan peredaran darah.
Info air serai boleh juga rujuk dalam posting lama sebelum ini (klik sini).
Hujung minggu ini masih sibuk beraya, InsyaAllah minggu depan baru mula semula self-collect day. Minggu depan hari Selasa/Rabu baru sempat pos goodies yang dipesan ya.
Next Self-Collect Day:
23rd/24th July 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Sungai Buloh/Paya Jaras/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
Antara fresh produce yang available:
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun muda assam gelugor RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun muda ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun nam nam/katak puru RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun nyirik RM1.00 .
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 biji buah Nangka Muda RM5.00 .
~ 1 biji buah Nangka Masak RM20.00 .
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .
4 ulasan:
Saya pun Hari raya hari itu buat air serai di rumah mmg minum itu saja, pergi beraya bawa bekal air masak dari rumah sbb you tau lah di sabah ramai yang hidang air gas tuk tetamu.
memang lawas sangat2 tapi x pula sakit perut tu yang hairan, agaknya kesan minum air serai kot.
salam...
Daun ubi tu yang sedap kalau di rebus dan di cicih dengan sambal belacan.. orang jawa cakap daun ubi lunjar..hehehheheh
Belum cuba resepi air serai tu nnanti kalau ada kelapangan saya ingin rasa.. terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat dan penuh bermakna ni..
Elok minum hari2.. ada terbaca artikel yg air serai diminum oleh pesakit kanser di Israel..
Salam Bahagia Nasa Mulia,
Ya musim perayaan ini ramai yang hidang air gas sebab promosinya pun harga lebih murah daripada biasa.
Terima kasih kongsi pengalaman minum air serai.
Saya pun sama memang beberapa hari memang lawas tapi tidak rasa sakit perut. Angin pun asyik terbuang.
Salam Bahagia Insan Mulia,
Menariknya terima kasih berikan nama lain daun pucuk ubi ini- daun ubi lunjar ya bagi orang Jawa.
Bila berkesempatan cubalah air serai ini, InsyaAllah diberikan khasiat yang baik.
Salam Bahagia Kak Mar,
Ada terbaca juga artikel ini rasanya Kak Mar yang kongsikan dahulu.
Bagi pesakit kanser mungkin tak mengapa kut Kak Mar.
Tapi yang tiada kanser mungkin ambil selang seli sebab rasanya bila lihat komponen dalamnya tu juga tak elok kalau terlebih banyak terkumpul, takut badan tak boleh tanggung jika ambil kerap tiap-tiap hari. Nak kena tunggu kitaran juga.
Kalau Tukang Kebun mungkin syorkan baik kita selang seli juga dengan minuman khasiat lain. Mungkin buat menu seminggu 1~2 hari minum air serai, hari lain kita minum teh herba lain pula.
Catat Ulasan