Turnip adalah adik beradik dengan kubis (brassica). Walaupun rupanya seiras dengan radish ianya adalah species yang berlainan. Purple Top Turnip bukan sahaja akarnya boleh dimakan tapi daunnya juga boleh dimakan. Tapi sekiranya hendak akar yang besar elakkan dari memetik daunnya yang membantu pembesaran akar turnip. Orang Jepun semasa masak juga menggunakan daun muda sayur turnip dalam masakan jenis bersup ataupun menggoreng. Daun turnip rasanya lagi kuat berbanding dengan sayur daun (Asian green). Semasa mama tukang kebun datang melawat kami di Adelaide, saya tak perasan yang mama ada gunting daun turnip dan campurkan dalam mix veggie stir-fry. Patutlah rasa pelik mula-mula sayur daun apa yang rasanya kuat ini. Akar jenis turnip ini lebih berair berbanding dengan turnip snowball yang pernah tukang kebun tanam juga. Warna isi akar purple top turnip berwarna putih. Lagi muda dituai lagi enak rasanya untuk dimakan sama macam radish. Turnip rasanya tak seperti radish yang kadangkala pedas atau tidak berbau seperti radish. Tukang kebun selalu masukkan dalam tom yam ataupun masakan yang bersup.
Tukang kebun tak pernah tanam di Sungai Buloh lagi kecuali di kebun Adelaide. Tapi sifat penjagaannya sama dengan radish juga. Moisture air penting dalam memastikan akar turnip membentuk bulat dengan baik. Sekiranya tidak cukup airnya, akarnya tidak membulat tapi menjadi panjang sahaja.Sediakan tanah dengan compost atau manure sebelum direct-sow biji benih tapi jangan pula tanah mempunyai excess nutrient Nitrogen nanti daun je banyak, akarnya tiada sangat. Elakkan semai biji benihnya masa musim kemarau.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai purple top turnip lawat laman ini
.
Bagi gardener yang teringin nak cuba tanam jenis sayur ini tinggalkan komen dalam komen box dibawah dan benihnya dispatch akhir bulan November. Bagi yang tidak pernah berhubung dengan tukang kebun lagi jangan lupa tinggalkan email ya.
Stok Habis.
16 ulasan:
saya order satu pek
Nak 2 :-) yay nak makan turnip!
kak mr 2 pek..
saya nk satu pack
saya nak satu
saya nak 2 pek.
Nak satu pek diana.aida at aida_aminshah@yahoo.com
Eila nak try 1 pek ye Diana :) oh selamat hari raya aidiladha buat Diana sekeluarga .
smforestgarden, Mama Pongkey, Kak Mar, Zamzurina, Aku P@aN, Avia, Aida, Eila~ Booking sudah.
Note : 11 Pack reserved
One
For
Me
!
masih ada? nak 1 pek...
Reserved for Sasha and Ivy, one pack each :).
Note : 13 Pack reserved.
Simpan untuk Kak Nik satu.
Note: 14 pack reserved.
Thank you!
assalamualaikum, saya mo order la bibit turnip ni, ada stok lagi ka???
Julie M~ Yang ini masih ada lagi, kalau nak tahu stok list yang ada boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com)
Catat Ulasan