Syukur Alhamdulillah akhirnya kedua kaki ni ada peluang jejak juga ke bumi Bosnia dan Herzegovina walaupun atas urusan kerja. Negara Balkan yang pertama Tukang Kebun lawat dan paling jauh arah Barat setakat masih bernafas ini. Sementara menunggu keretapi sampai nak ke Mostar, maka ambil peluang berjalan di kawasan berdekatan Stesen Keretapi Sarajevo. Berdekatan dengan Stesen Keretapi Sarajevo adalah Embassy of the United States of America dan dekat bertentangan jalan ada Sekolah Menengah. Memandangkan hari minggu maka kawasan sekolah menengah di tengah bandar ni lenggang dan ambil kesempatan posing macam high school student sikit. Depan jalan sekolah ni kalau jalan ke arah kiri ada Gereja Saint Joseph.
Malangnya muzium ni hanya buka setengah hari je pada masa hari minggu, tak dapatlah tengok koleksi di dalam. Jika lalu sebelah jalan kanan bangunan muzium ada cafe tito.
Sekarang dah mula awal musim luruh, jadi daun dah mula kekuningan atau kemerahan tengok jenis pokok. Dekat cafe tito ni pun macam muzium kereta kebal. Ada juga info ditulis berdekatan kereta-kereta kebal ini jenis apa dan dari mana.
Seperti di Malaysia, pada hari minggu ini ramai keluarga beriadah di taman-taman atau berjalan-jalan. Di belakang bangunan muzium ini ada Sungai Miljacka. Sepanjang Sungai Miljacka ini ada banyak jambatan-jambatan yang mempunyai sejarah nya tersendiri.
Kalau menyusur Sungai Miljacka ini dari kawasan bandar baru Sarajevo memang tak sesat sampailah ke kawasan Old City Sarajevo. Jika tak silap tengok Google Map gambar di bawah ini adalah Jambatan Suada dan Olga yang dinamakan atas pemangsa pertama ditembak semasa awal pertempuran Siege of Sarajevo. Jambatan ini juga sumber ilham untuk Kurt Schork yang hasilkan documentary 'Romeo and Juliet in Sarajevo' di mana sepasang kekasih ditembak oleh sniper pada 19 May 1993 apabila cuba menyerabangi jambatan ini.
Banyak itik-itik di sepanjang Sungai Miljacka ini. Pergilah mana-mana Sungai di Bosnia dan Herzegovina ini mesti ada itik-itik bahagia bermandi manda bersama kawan-kawannya Tukang Kebun perhatikan. Sampai Tukang Kebun tanya tour guide, orang Bosnia tak makan itik ke? Sebab masa diorang susah perangkan, for survival macam-macam mereka kena cari makanan sehingga ada juga fauna jadi terpupus terancam. Orang Bosnia kata mereka itik ni tak makan. Kalau orang Peranchis hati angsa tu special delicacies kan. Mungkin jenis ni tak sedap makan kut. Sebab kat Malaysia pun ikut jenis itik juga, ada yang untuk makan , ada yang untuk telur. Kalau itik coklat bertelur jenis tu jarang orang makan kan, biawak pun tak usik dia.
Dari Lapangan Terbang Sarajevo ke Stesen Keretapi Sarajevo masih banyak bangunan yang nampak terang kesan peninggalan bedilan senjata masa perang tahun 1990an. Di bandar Sarajevo ini juga tidak kurangnya, sebagai contoh bangunan di bawah ini pun masih ada kesan bedilan senjata.
Setiap apartment ada penghuni, life goes on after the war even scars is eerily visible but the scars in heart is much heavier still. Bagi Tukang Kebun yang lahir membesar tanpa perang di Malaysia, it seems unreal.
Roses blooming beautifully in front of this bullet scars building. Ada balcony gardener juga di apartment ini. Tukang Kebun geram tengok pokok-pokok dahlia blooming depan small cottage di bawah ini yang tumbuh bersama-sama dengan pokok-pokok french marigold.
~Jika jenis Dahlia Harlequin mixed color ada stok original packaging from Japan RM5.00 (Anggaran lebih 30 biji benih).
~ French Marigold mixed colors juga ada stok original packaging from Japan RM10.00 (Anggaran lebih 50 biji benih).
Di belah kawasan New City Sarajevo ini banyak juga bangunan berasaskan rekabentuk pengaruh dari Austro-Hungarian atau Yugoslavia kerana bandar ini dijajah oleh kuasa tersebut setelah tamatnya kuasa jajahan Ottoman yang lebih lama. Berapa kuasa jajahan telah bertukar tangan di bandar Sarajevo ini membuatnya kaya dengan sejarah dan budaya.
Semasa jajahan kuasa Austro-Hungarian, tram pertama telah dibina di Eropah di bandar Sarajevo ini sebagai percubaan sebelum dibina di bandar-bandar lain seperti Vienna. Jika gambar hitam putih, manusia sedang pakai baju zaman awal pembinaan tram, you feel you travel back in the past among these old heritage buildings. Bangunan lama ini juga yang sebahagiannya adalah kedai commercial juga masih terdapat kesan bedilan hampir dua dekad lalu.
Bertentangan dengan bangunan lama tadi, ada bangunan pusat membeli belah yang baru. Tram yang kebetulan lalu pun berwajah moden sikit berbanding dengan gambar yang sebelum ini. Bolehlah tumpang tandas dalam shopping complex ini dengan percuma bagi yang memerlukannya.
Di sebelah shopping complex ini ada bangunan parlimen Bosnia dan Herzegovina. Depan bangunan parlimen ini untuk peringatan penduduk sini, ada tempat peringatan tempat ramai berkorban semasa perang Bosnia tahun 1990an lalu. Peringatan dengan bekas percikkan darah yang juga bagi orang tempatan dipanggil Sarajevo Roses. Walaupun bukan bekas darah yang sebenar lagi tapi red resin still strongly resembles one. "Sarajevo Roses" ini ada di pelbagai tempat dalam Bandar Sarajevo bagi memorial utama yang jadi tempat ramai terkorban.
Tukang Kebun perhatikan di kedai runcit atau pasar, penduduk Bosnia and Herzegovina ini memang paling popular jenis kacang buncis adalah jenis yang berwarna kuning ini. Dapatlah kami restock semula Kacang Buncis Pencil Pod yang kali ini benihnya dari Bosnia and Herzegovina.
~ 10 biji benih kacang buncis pencil pod RM3.00 ~
More info (Click Here).
Kenangan Google Map masa jalan-jalan dalam 2 jam di kawasan bahagian bandar Sarajevo sementara tunggu waktu keretapi nak dekat ke Mostar sampai. No ikut urutan gambar disusun dalam posting ini.
2 ulasan:
dh nampak semakin maju n cantik je bandar2nya ye kak....
mcm tak sangka bandar or negara tu dulu penah dilanda perang yg dahsyat....
tp tgk bangunan ngn kesan peluru tuh... alahai terasanya ngeri n mcm terasa2 kesan penderitaan perang tu
Salam Bahagia Dana,
Bandar Bosnia asalnya dah dikurniakan dengan banyak binaan bangunan bersejarah lama memang cantik bandarnya kalau bukan disebabkan kesan perang.
Sayang sungguh disebabkan etnik berbeza jadi berperang begini walaupun dari zahir mereka ni nampak sama je tak dapat pisahkan ni etnik apa kalau tak tuan badan sendiri yang inform. Masih juga rasa ketegangan conflict etnik ni.
Catat Ulasan