No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 25 Oktober 2018

Pisang Kadau Masak Merah

 Syukur Alhamdulillah dari bulan lepas, beransur-ansur dah mula musim buah pisang tembaga di Kebun Bahagia Bersama. Mula-mula tak terperasan pun sebab jarang-jarang dapat ke kebun belakang sekarang asyik sibuk travelling sejak cuti sekolah bulan Ogos lalu. Kekadang ada rumpun pokok pisang tembaga sampai 2~3 pokok berbuah serentak.
Buah pisang kulit kemerahan ini masa muda dan bila ranum kalau di Semenanjung Malaysia lebih dikenali dengan nama pisang tembaga atau pisang raja udang rasanya. Kalau di Sabah ini dia ada adik beradik dengan pisang kadau namanya bila masak yang bertukar warna kuning (info klik here). Rupa bentuk dan sifat tandannya sama cuma kulit pisang je warna berlainan jadi ada versi jenis kekuningan kulit masak dan kemerahan masa masak keluarga pisang kadau ini. Setandan pokok pisang kadau tak banyak biasanya antara 3 hingga 5 sisir. Bergantung juga penerimaan pencahayaan dan proses pendebungaan. 

Bulan Oktober ini untuk yang ingin rasa buah pisang kadau masak merah, InsyaAllah dapat kami bekalkan selagi stok masih ada.

~ 1 sisir organik buah pisang kadau merah RM5.00 ~

Hujung minggu pagi ini ada self-collect ya bagi mereka yang kelapangan masa (email us for details kebunkmg@gmail.com) untuk first comer. Yang dah biasa berurusan dengan Kebun Bahagia Bersama nanti message sahaja. Minggu Deepavali kami tiada ya.
 Hopefully hujung minggu ini dapatlah Tukang Kebun mengemas rumpun-rumpun pokok pisang kadau baka merah ini, hope nice weather. Dah banyak sulur-sulur pisang kadau merah yang perlu dipindahkan sebab dah berebut tempat dan beranak pinak antara yang dah membesar dulu sampai keluar dari sangkar dah. Dah teramat berumpun dah pokok-pokok pisang kadau yang Tukang Kebun pindahkan dulu bersama-sama Ilhan, tak sangka bila tengok nota posting lama (related posting klik sini) betapa kecilnya anak-anak pokok pisang kadau tu sehingga anak-anaknya pun dah gemuk dan lampai.

~ 1 sulur pisang kadau baka merah RM20.00 ~

~ 1 sulur pisang kadau baka hijau kuning RM10.00 ~

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

3 ulasan:

norhidana berkata...

tak penah dana beli pisang raja udang ni kak...
tp tgk akak tayang tingin nk try

nsb la dana nya umah takde tanah, klu tak tingin gk nk beli benihnya pisang tuh

meintheswim berkata...

Masa zaman saya budak budak dulu orang tua tua cakap pisang ni tak boleh di makan. Sekarang tidak terdapat lagi pisang berkaler ni kat kampung saya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Rumah baru ni bolehlah cuba tanam pisang yang bukan jenis pokoknya besar. Macam-macam boleh buat dengan bahagian pokok pisang bukan sekadar menunggu buahnya nanti.

Salam Bahagia Aunty,

Mungkin sebab dulu banyak sangat kisah yang dikaitkan dengan pisang merah ni.
Tapi ada negara pula mereka suka lebih jenis pisang kulit merah bila masak dari kuning.