No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Blue Crossandra

 Bentuk bunga Blue Crossandra (Pseuderanthemum graciflorum) sangat menarik seperti rama-rama ataupun pari-pari cerita dongeng benua Eropah.  Warnanya lilac yang lembut pasti menjadi kegemaran bagi mereka yang minat warna pastel.  Bukan sahaja bunganya yang menarik, tapi corak permukaan daunnya juga menarik nampak jelas contrast vein di daunnya. Pokok bunga Blue Crossandra adalah jenis pokok bush yang sederhana tinggi sahaja jadi sesuai bagi mereka yang tiada ruang besar boleh selit sana sini di bawah atau bersebelahan pokok besar pun boleh. Tambahan pula, pokok bunga ini suka di kawasan yang tidak menerima banyak cahaya matahari memadai dengan tempias samar-samar cahaya (filtered/dappled light).  Pokok bunga Blue Crossandra kami rajin berbunga sepanjang tahun di bawah teduhan daun lebar pokok Keladi Gajah (Elephant Ear).

Puaslah mencari namanya,
Tanya sini sana,
Akhirnya Sean jugalah ditanya,
Membantu carikan nama. 

Terima Kasih Daun Keladi Sean.

~Blue Crossandra (Pseuderanthemum graciflorum) ~

1 pot RM7.00 .

5 ulasan:

Awin berkata...

saya nak sepokok

Sean L berkata...

Kebetulan saya pernah come across pokok ini. It is one of our native plants that have landscape and horticultural value. Sayangnya tidak ramai yang menghargainya seperti Diana.

TukangKebun berkata...

Awin ~ Ada tukang kebun simpankan.

Sean~ Very rare colour for a native plant. Living happily without care in our garden. The buds sometimes reminds me of the misai kucing shape.

kucen master berkata...

Pokok ni hidup lama ke?

TukangKebun berkata...

Kucen master ini pokok perennial lama jangka hidupnya jika cukup keperluannya.