Bunga pokok lemon ginger baunya harum dan besarnya lebih kurang 2 inci. Pokok bunga Lemon Ginger (monocostus uniflorus) adalah pokok yang mudah dijaga dan sesuai bagi mereka yang sibuk outstation atau memegang gelaran 'weekend gardener' kerana keperluan airnya tidak banyak. Pokok ini juga sesuai tumbuh di kawasan partial shade~shade. Boleh juga tumbuh dalam hanging basket. Yang tidak dapat menanam costus jenis besar-besar itu kerana kekurangan ruang, bolehah tanam pokok lemon ginger yang sama family dengan costus ini kerana boleh tumbuh dalam hanging basket. Tambahan pula boleh hidup di kawasan yang redup, tidak perlu risau mengenai penerimaan cahaya.
Pada mulanya tukang kebun tak perasan ada sebuah pasu yang lemon ginger hidup di antara batang-batang kayu pokok lipstick palm kerana dilindungi oleh pokok markisa yang sedang berbuah lebat rebah dari pergola.
Bila dikemaskan baru perasan dicelah-celah batang kayu lipstick palm ada pokok lemon ginger terselit di situ hidup dengan bahagia. Pokok lemon ginger sangat lasak, ada satu pasu pernah dihempap dengan rimbunan pokok kertas yang rebah sebab terlampau berat berbulan-bulan tukang kebun biarkan begitu. Ingatkan dah arwah pokok lemon ginger setelah tukang kebun kemas di kawasan sebut. Setelah diangkat pokok bunga kertas tersebut, masih hidup bahagia lagi pokok lemon ginger hidup di bawah rimbunan daun pokok bunga kertas. Memang pokok lemon ginger tahan lasak.
Ada juga sumber yang mengatakan pokok lemon ginger juga sesuai dijadikan tumbuhan yang boleh hidup indoors.
~ Lemon Ginger (Monocostus uniflorus) ~
1 Bekas RM8.00 .
8 ulasan:
cantik bunganya
Cantik sungguh warna kuning bunganya. What does it smell like?
Lebatnyaaaa buah markisa tu...
Lemon ginger nie adakah sama specis dengan pokok yang bunganya merah tu diana? Yang macam bunga halia tu? Nampak daun macam sama... Tapi yang ni kuning cantik...
Salam kenal,
IM taaklah minat sangat menanam pokok. Tapi abah IM dulu seorang tukang kebun dan tangannya memang 'sejuk' bila menanam sebarang pokok bunga.
Bunga pokok keluarga costus memang unik lembut bunganya Kak Ros.
Biasanya warna kuning nampak striking kan Sean. Somehow yellow ni nampak ada lembut sikit. Like costus some ginger smell kut but not strong.
Sama species dengan pokok costus yang banyak digunakan perhiasaan yang bud bunganya warna merah kejinggaan bole makan tu Ima.
Salam kenal insan marheen.
Pokok ini sesuai untuk semua golongan sebab tahan lasak.
Catat Ulasan