African Spear yang mudah dijaga dan tahan kemarau adalah tumbuhan yang sesuai ditanam dalam pasu. Seperti pokok kaktus, seminggu sekali disiram pun sudah memadai. Nama botani bagi African Spear ialah Sansevieria cylindrica. Ianya adalah adik-beradik kepada pokok lidah jin atau juga dikenali sebagai lidah mertua. Berbeza dengan jenis lidah mertua yang lain di mana daun batangnya adalah rata, African spear batang daunnya membulat seperti silinder. Sekali imbas tengok macam pedang samurai warna hijau atau pedang sakti.
African spear akan teruja menghasilkan bunga apabila dirinya terdedah kepada musim kemarau. Panjang tangkai bunganya seperti batang daunnya. Bulan March 2015 ini adalah musim bunga pelbagai jenis lidah jin di Kebun Bahagia Bersama. Kalau gardeners yang selalu kata tangannya tak hijau atau tak pandai menanam, adik-beradik lidah jin seperti African spear ini sesuai dicuba untuk menambahkan keyakinan anda bersama-sama menghijaukan bumi ini. This is hard to kill plant if you don't over-water. Lazy gardener memang suka pokok lidah jin ini sebab tak banyak kerja, nak menyiram pun jarang sekali tapi laman kita sentiasa evergreen dengan adanya lidah jin. Malas-malas pun jaga dia nanti dihadiahkan bunga juga.
Bonus diberi oleh African spear juga ialah dikatakan jenis tumbuhan yang boleh membantu membersihkan udara yang mengandungi molekul-molekul beracun berterbangan seperti kimia benzene, formaldehyde, xylene, toluene. Mereka yang baru buat renovation rumah/opis atau baru berpindah ke rumah baru elok gunakan adik-beradik lidah jin sebagai air purifier. African spear ini boleh sangat hidup dalam pasu dan dijadikan indoor plants untuk ubah-ubah tempat nak bersihkan pencemaran udara dari bahan kimia yang tidak bagus. Kalau baru beli perabot baru atau polish/varnish perabot masih kuat bau yang tidak menyenangkan, si African spear sedia membantu nak kurangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Bukan sahaja indoor plant yang menarik tapi good air purifier. Bunganya pun sangat meriah dan menarik.
~ African Spear (Sansevieria cylindrica) ~
1 moist bare-rooted plant RM7.00 .
Penghantaran 1 Malaysia (kebunkmg@gmail.com).
3 ulasan:
Baru kakak tahu namanya pokok ini. Cantik dan kalau dah hidup memang mudah dijaya walau tak disiram selalu.
Blog nih dah jd wajib utk sy tengok. Best sgt update dgn pokok2 unik yg kdg2 pernah nmpk tp x tahu nama. =)
Salam Bahagia KakZakie.
Memang pokok yang mudah nak jaga sebab tak perlu siram selalu walaupun ditanam dalam pasu.
Kalau tak silap selain itu dikenali juga dengan nama Elephant Toothpick.
Salam Bahagia We Linnasya.
Terima kasih banyak-banyak sudi baca gardening ramblings kami kekadang melalut juga hehehhe...
Catat Ulasan