Bunga buah naga bila kembang dengan saiznya yang besar memang nampak macam naga dengan lidahnya terjelir gitu. Hari ini sambung kisah apa yang menarik minat atau dapat dipelajari untuk mereka yang gemar berkebun di Muzium Negeri Terengganu. Di laman luar bangunan utama Muzium Negeri Terengganu boleh kelihatan berderet pokok buah naga tersusun dengan teratur. Untunglah staff muzium negeri Terengganu apabila musim buahnya.
Walaupun Taman Herba Muzium Terengganu agak terbiar sekarang (related posting klik sini), taman di luarnya adalah rapi dan banyak koleksi buah yang menarik dapat dilihat di sini terutamanya pokok-pokok buah nadir banyak yang dah besar dan matang jarang kelihatan sekarang. Satu initiative yang baik oleh Muzium Negeri Terengganu di mana kawasan sekitar banyak herba-herba dan buah nadir dalam simpanan hidupnya.
Hari ini tukang kebun nak fokuskan kepada pokok buah naga. Bagus juga pakai tayar untuk kitar semula nak beri sokongan kepada batang-batang pokok buah naga. Pokok naga pun sebenarnya boleh ditanam di dalam pasu kerana akarnya tumbuh tak dalam dan biasanya kalau nampak akarnya timbul-timbul macam gambar di bawah dibiarkan pun tidak mengapa. Akar di bahagian luar juga akan tumbuh membuatkan ia pandai paut kepada sokongan yang diberi tidak kira tembok batu ataupun batang kayu pokok lain. Dekat Kebun Bahagia Bersama pun dengan tidak sengaja ada keratan-keratan buah naga putih disandarkan ke dinding tembok sekarang dah mula tumbuh akar melekat di tembok tersebut. Eloklah kalau jadi ianya naik tembok tersebut kemudian sukar sedikit orang nak ceroboh ke laman rumah.
Tapi pokok naga yang paling menarik perhatian tukang kebun ialah di depan deretan kedai di Bandar Baru Sungai Buloh di gambar bawah. Lihatlah betapa tingginya pokok naga ini memanjat. Pertama kali tukang kebun perasan masa dearest hubby pergi ke kedai Hardware dan tukang kebun menunggu dalam kereta. Sekali bila tukang kebun dongak ke atas punyalah banyak buah-buah naga bergayutan di atas pokok tersebut. Gambar di bawah masa bukan musim buahnya. Ini dipanggil guerilla gardening, walaupun tiada kawasan nak bercucuk tanam di kawasan rumah kedai, kawasan sempit bersebelahan longkang dan tempat letak kereta awam dimafaatkan sepernuhnya. Lihatlah ada beberapa pokok-pokok buah-buahan juga di situ yang juga dah beberapa kali tukang kebun tengok lebat musim buahnya.
Gardeners yang mana di kawasan perumahannya ada bandaran tanam pokok-pokok hiasan tinggi macam ini tapi takde hasil, bolehlah cuba tanam pokok naga style guerilla gardening ini. Masa pokoknya kecik letaklah sangkar dulu nak elakkan bandaran terpotong pula pokoknya. Tengoklah akar-akar besar pokok naga berselirat di batang besar pokok kayu ini. Nak bertenggek atas pokok kemboja pun boleh, ada kami buat begitu. Sekarang ini tengah cuba nak tengok pokok naga naik atas tunggul kelapa yang dah mati. Dari dibiarkan tunggul tu sekurang-kurangnya bolehlah menyokong pokok naga.
Pokok buah naga isi putih ada stock boleh self-collect. Kalau yang diminta pos akan tukang kebun gali keluar dari polibeg dan pos dalam keadaan moist bare-rooted. Keratan batang pokoknya dah berakar jadi tinggal terus tanam. Kalau musim kemarau pun tak risau sangat sebab pokok naga ini keperluan airnya tak banyak, tak perlu siram selalu. Yang duduk dekat belakang kebun tak pernah tukang kebun siram.
~ Pokok buah naga isi putih ~
1 bekas for RM10.00 . (Sementara stok masih ada).
Penghantaran 1 Malaysia.
Penghantaran 1 Malaysia.
4 ulasan:
Dragon fruit rumah kampung kakak tu harap besar aje tapi tak suka berbuah. Ada keluar buahnya pun secoet kecik sizenya. Tapi kami punya warna pink/maroon.
unik betul buah naga nii, belum tercapai lagi nak tanam, cemana nak tahu isi merah atau putih ya KBB...
Yang bunda tahu pokok2 buah naga ni unik...macam pelik pun yer...daunnya ..batangnya...menjadi seakan satu sebagai sebuah pohon....
Dan bila dah berbuah...bukan main lagi bergayut...buanya juga unik...walau pun namanya dan rupa buahnya seakan naga...tapi isinya amboi padat...lembut n juicy tak padan ngn namanya...nak pulak yang warna merah hampir ungu tu...manis sedap..Subhanallah..
Salam Bahagia KakZakie,
Yang isi merah ada juga kami tanam.
Selalunya lepas musim kemarau datangnya hujan ianya teruja nak berbunga.
Salam Bahagia Sud@is,
Tukang kebun pun tak mahir lagi nak bezakan.
Tapi warna bunganya boleh nampak beza.
Yang isi merah bunganya di sisi kemerah-merahan daunnya. Macam tu nak bezakan kut.
Salam Bahagia Bunda.
Ya pokoknya unik...hanyalah berbatang-batang.
Yang merah manis isinya lembut
Yang putih isinya pejal tak mudah hancur.
Catat Ulasan